Saringan Sukan

Hari ni seharian saya berada di Stadium Cheras bersama-sama dengan atlet-atlet rumah kuning dan juga rumah-rumah lain beserta guru mereka masing-masing. Penat, tapi seronok giler. Enjoyyy. Atlet rumah saya ada yang qualified untuk ke acara sukan tahunan. Ada juga yang tak. Lelaki kelas C memang out terus. Perempuan kelas C pun harap sorang je lepas. Ohhh, risaunya saya. Boleh ke rumah kuning menjadi juara lagi tahun ni???

Habis acara saringan, kami semua balik semula ke sekolah. 2.30 petang saya tengok budak-budak kawad pulak. Kawad dah ok. Untuk pakaian kawad, masih menjadi rahsia. Semua rumah memang akan rahsiakan pakaian seragam kawad masing-masing sebab nak tunjuk gempak la konon. Alhamdulillah, pasukan kawad rumah kuning dapat sponsor dari N******, anaknya kepada Menteri dot dot dot.

Sementara tengok bebudak kawad, saya tengok Brahim and da geng buat latihan tarik tali. Setakat ni rumah kuning masih mengungguli acara tarik tali. Alhamdulillah.

Pagi tadi bangun pukul 4.30 pagi untuk goreng karipap segera dan juga buat roti telur bakar untuk makanan atlet-atlet saringan saya. Memang saya ada tempah sandwich, tapi takut tak cukup. Tu yang saya topup dengan karipap sponsor dari Kak Jue dan buat roti telur bakar. Sekali tengok roti bakar tu yang lagi laku dari sandwic. Ceh, kalo tau, saya tak payah order sandwic, buat perabih duit rumah je. Sedap jugak air tangan saya kot, pasal licin budak-budak makan, kekekeke.

Masa awal-awal jadi ketua rumah sukan, saya semacam ada perasaan malas dan tak suka sikit. Tapi dah nak sukan ni, semangat kesukanan tu datang pulak. Budak-budak akan semangat bila kita semangat juga. Kak Farid memang contoh guru sukan yang baik. Semangat giler dia. Nasib saya baik, pasal Kak Jue, Kak Farid banyak membantu saya yang masih baru ni walaupun ada juga segelintir guru-guru rumah sukan yang tak beri komitmen lansung. Tapi tak kesah la. Kalau ada 2,3 orang guru yang bersemangat pun dah memadai untuk menaikkan lagi semangat antara satu sama lain.

7 comments:

disturbia said...

salam...

good luck ek.. hopefully rumah kuning johan lagi tahun ni...

saya minggu depan bz dgn kejohanan olahraga daerah... penat le nanti... huhuhuu

Pa'chik said...

wat pulut semangat lagi semangat weh... :P

hayad said...

disturbia--> insya allah..doakan la tau :) musim2 sukan ni mmg penat. buatkan je la. dah tugas kan. tp puas bila kita dpt jlnkan tugas dgn baik, tul tak?

pa'chik--> pulut kuning ke pa'chik? :p

Chekgu BaniHassim said...

waaa...
chayyo2 cikgu rumah kuning...

seronoknye ade cikgu yg rajin masakkan makanan...
mcm piknik la pulak!

hayad said...

chekgu BH--> doakan rumah kuning menang ek? :)

DeeN said...

Dayah,
Budak2 akan naik semangat kalo cikgu tuh bersemangat nak bersama2 anak2 murid dia. Nanti rumah kuning menang, hang blanja aku donat kat Big Apple tau. Hahahahaaa...!!

Good Luck, weh!!

hayad said...

deen--> tu la, dayah kena lbh bersemangat la ginih! hehehe. blanje? no hallll :p

Followers