Pagi tadi ada Merentas Desa di sekolah. Hari ni hari ganti persekolahan sempena cuti CNY hari tu. Nasib baik la kawasan sekolah saya ni di Desa __ _____. Desa berbatu ok. Kalau tak, tak tau la kat mana budak-budak ni nak merentas agaknya.

Kononnya lepas rehat jam 10.30 P&P berjalan seperti biasa. Mana la nak logik. Ingat budak-budak nak belajo ke bila dah berpeluh-peluh. So atas kertas je la tulis mengajor. Lagi pun semua pasukan kawad buat latihan kawad selepas tamat majlis penutupan.

Pasukan Rumah Hijau Johan merentas desa tahun ni. Tahun lepas Rumah Kuning. Adoi! Takut la saya. Nak kekalkan kejuaraan Kuning untuk 3 tahun berturut-turut sebagai Johan keseluruhan. Orang mesti tengok ketuanya kan? Hari Khamis ni dah saringan. 10hb3 Hari Sukan. Hopefully budak-budak Kuning perform la masa saringan nanti.

Bulan Februari ni ada 4 orang guru yang sambut hari lahir. (Kak Esha tiada dalam gambar sebab masuk hospital). Saya dan Azwa memang ditugaskan untuk beli kek dan buat kad untuk setiap guru yang sambut hari lahir.

Lepas habis sekolah, budak-budak kelas saya nak cat kelas. Saya tolong cat sikit-sikit, dan tunggu diorang mengecat dalam sejam lebih. Lepas tu saya balik. Risau jugak tinggal diorang. Takut keje tak selesai. Compang-camping dinding. Tapi saya dah pesan suruh habiskan jugak. Isnin ni nak tengok. Kalau ada compang-camping, siap! Saya akan paksa stay back lagi.

Eee, dah la cerita pasal sekolah. Minggu ni penat sangat. Minggu depan pun akan penat. Selagi sukan ni tak selesai, selagi tu kepala dok pikiaq! Ahhh, rimas!

Nak gi beronggeng kejap la malam ni. Kebetulan Laila jemput kami kawan-kawan sekolah ke rumah dia. Dia buat makan-makan sempena hari jadi anaknya.



Daaaa!!!







6 comments:

chekgu Bani Hassim said...

sibuk2 pon nak beronggeng rokiah lagi ke??
bwk2 la rehat...
minggu ni kan sehari je cuti...
luse dah nak skolah balik...

matilaa..tiap2 minggu sekolah aku sabtu bulan ni ade je sekolah...

DeeN said...

apakata kalo ko nak pasukan kuning menang, ko join bebudak tuh. Lari ke, lompat ke, baling ke, ok kan, kan, kan, hehe

Kasawari said...

WAH.. meriahnya.. uiikkss nak beronggeng??!!

hayad said...

chekgu BH--> kalo aku penat keje, aku tak leh dok memeram di rumah. aku mst nak keluar,hehehe

deen--> lg la kalah jawabnye, satu mata pun aku tak sumbang nnt :D

kasawari--> ye bro, kenape? tak boleyyy? :p

Anonymous said...

ha?. ko ketua rumah?. adakah mrk tlh fikir byk kali sblm lantik ko?. kakakaka.. adeeiii.

diaorg tau ko dulu atlit bola jaring. hehe

hayad said...

CJ--> aku mn ada main sukan ms sek. memandai je ko. ko la yg vote aku kt pengetua aku ni kan?

Followers