Lawatan Sambil Belajo

Cik Dib dah otw balik kampung. Saya baru lepas menghantar dia di Hentian Duta. Les Copaque gue dibueknyo. Bukan Les Copaque la, More Copaque. Segala sara hidup ditanggung oleh kakak Cik Dib yang berhati mulia, huk huk huk!

Semalam bawa Cik Dib ke Aquaria. RM28 per entry untuk anda yang memiliki IC. Kalau warga emas RM18.

otw ke Aquaria




Sempat tengok penyelam bagi ikan jerung makan.


Nanti ada duit berkepuk, akan gue bina akuarium macam ni kat umah gue, hahahaha. (gelak macam Prof. Klon sket)

Apa ke nama binatang ni. Frog aligator kalau tak salah.

Saya ingat manusia je ada yang albino. Ikan pun ada. Albino ape ke nama ikan ni. Maaf la, nama-nama spesies binatang ni memang masalah bagi saya untuk mengingat. Buku pun tak bawa nak catat.


Kami bernasib baik pasal sorang brother yang menjadi tourist guide kat situ sudi mengambilkan gambar kami berdua. Banyak juga tempat menarik yang dia suruh kami posing. Siap ikut kitorang sepanjang dalam terowong ikan tu. Masa aktiviti menonton live penyelam beri ikan makan, dia yang jadi tukang cakap.

Lepas habis tengok tu saya dan adik pun nak blah je la. Dah habis tour dah. Ingat nak wish terima kasih kat dia, tapi tengok dia masih ada tugas bercakap dengan microfon bagi expalanation. Saya dan adik pun terus la menuju ke terowong keluar. Tup-tup tengok-tengok dia ada kat sebelah. Sambil mulut masih bercakap pada mic. Saya pun ucap terima kasih. Elok habis je dia bercakap dengan mic, dia pun cakap sama-sama, lepas tu suruh kitorang pegi Fish Spa.

"Apsal dia tu dari tadi ikut kita ek? Siap tolong ambilkan gambo plak tu. Orang lain takde pulak dia wat gtu".

"Dia minat kat kamu kot?"

"Laaa, apsal tak mintak je no fon aku, mesti aku bagi, hahaha. Muka boleh tahan hensem. Wakakaka!".

Mungkin dia tengok saya dan Cik Dib mengambil gambo gaya macam orang gila tak penah bergambo kot. Orang lain sumer macam skema je amek gambo. Kitorang siap depa tangan la, melekap kat dinding la, haha. Keluar dari aquaria kami ke Fish Spa. Rm15 for 30 minutes. Kalau harga asal RM20. Tapi sebab dah masuk aquaria, dapat diskaun.

Elok cecah je kaki dalam air, ikan pun berkerumun. Seksa jiwa raga menahan kegelian. Geli seh bila ikan tu menghisap-hisap kulit kaki. Tak tahan gue. Tapi lepas 20 minutes, ok la, dah rasa selesa.

Kesimpulannya, saya tengah kopak sekarang kerana menyara hidup Cik Dib sepanjang beliau berada di KL, huk huk huk!






__________________
Arini cuti Hari Wilayah. Untung juga mengajar di Wilayah ni ye. Hehehe :D



8 comments:

Sally said...

ish..idak ngape eh..kopak untuk adik sendiri..bestnya dpt kakak ghope ni..hehe

en_me said...

bestnyerrr gi aquaria tewwww..

hayad said...

tchersally--> nasib baik adik sorang,kekeke

en_me--> best la jugak. tp takde la mencapai tahap best giler!

Acaii Jawe said...

Slm cikgu hayad,
Lama giler tak melawat sejak takde blgo nih,hehehe..:) moga sihat2 hendaknya..tak pernah pi aquaria tu,huhu..bleh bawak kamera besau2 tak masuk situ hayad? teringinlah nak pi,hehee..

http://blog.faisalrahim.com/

WRA said...

memang seronok pergi aquaria ni....cuma mahei la sikit kekekeke

hayad said...

acai--> boleh je acai. ramai je yg bawak. sila2 la ke sana

alex lacey--> aah, biasa la, kos bg mkn ikan pun tinggi, hehehe

wasabe said...

makcik dib tu tanam anggur je ke kat kg tu. Suruh dia blajar buih kuih. Bley le memperbanyak jenis jualan kuih raya tahun ni. Dia take over belah kuale ni. Kak k tak penah rasa lagi kuih raya dayah.

hayad said...

kak k wasabe--> dia mls sket nk buat2 kueh. nak tlg pun malas, apetah lg buat. kalo nak rasa, dtg la raya kat umah, hehehe

Followers