Berpoya di Hujung Minggu

Semalam kami pi tengok Upin Ipin di Mid Valley. Bila tanya budak kat atas ni, "Seronok tak citer Upin Ipin?". Dengan penuh excited dia kata sonok.

Bila tanya saya? Hahaha. Saya rasa tak berapa seronok :p Cik Nurul siap terlentok tidoq lagi dalam panggung, hahaha! Saya rasa ngantuk jugak. Tapi mengenangkan duit sendiri yang beli tiket, jadi haruslah saya menonton sehingga habis :D

Pizah (kanan sekali) ialah membe semasa di USM. Dah lama giler tak jumpe. Dia keje di Tapah. Kebetulan semalam dia nak bawa anak sedaranya tengok Upin Ipin jadi kami pun berjanji la untuk jumpe. Lepas Pizah grade tahun 2005 tak penah jumpe tapi still bermesej-mesej sekali dua kala.

Pagi tadi pulak saya, Nurul dan Ct ke air terjun Serendah. Best jugak mandi kat sini. Dekat jer dengan rumah sewa Cik Nurul ni.


Muka Cik Ct amat ketakutan sekali, kekekeke.


Ok lah, nak suruh mesin basuh kat umah ni basuh baju-baju saya jap. Yeay! Esok sekolah. Tak sabo nak ke sekolah esok. Semenjak dua menjak ni saya rasa seronok sangat ke sekolah dan bekerja. Mungkin aura saya dan aura di sekeliling saya sudah bertambah baik agaknya :)




6 comments:

Sally said...

ehhh..mike grad USM ghope2nye ye..amik biology dgn pendidikan eh??junior teman la niiii..lawanye air terjun tuh..sejuk je nampak..tambah2 skrg ni hangat memanjang..
baguih laaa bila guru rasa seronok bekerja..teruskan..

hayad said...

tchersally--> sy amek sc dgn pendidikan. major chemistry, biology minor saya.

akak amek ape dlu?

Sally said...

K.Sally batch terakhir Program "B" pendidikan..maknanya double major dgn pendidikan..major english dan biology..suatu waktu dahulu..haha..remaja retro la katakan..kekekeke..

hayad said...

tchersally--> ooo, tak tau la plak program B neh.

Kasawari said...

lor mcm mana leh tertidur dalam panggung ni.. he he...

ikutkan .. orait jer cerita ni.. sbb kasawari byk terpengaruh dgn animasi dari luar tu.. dan tak sabar nak tunggu ice age 3 tu.. perghhhh.. mesti best..

tapi geng ni kira bangga gak sbb org tempatan yg buat kan.. kira ok ler tu...

hayad said...

kasawari--> aha, best tu best la jgk. siapa sangka kan anak tempatan buat animasi camni :)

Followers