Vita C

Tubuh saya telah kekurangan vitamin C!!!

"Binatang apa vitamin C?"kata P.Ramlee.

Gusi di gigi geraham kiri saya berdarah bila saya berkumur dengan kuat. Tapi bukan di tahap skurvi ;p

Sejak hampir 9 bulan tinggal di rumah, saya telah menjadi kurang berdisiplin. Saya telah tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Gizi saya tidak seimbang. Saya makan semuanya, dan saya tidak lagi melakukan senaman. (Tapi menyapu daun-daun di halaman rumah saya yang luas masih dikira senaman yang bisa mengeluarkan peluh).

Sejak hampir 9 bulan tinggal di rumah saya tidak lagi mengamalkan pengambilan supplement vitamin C, spirulina dan susu igg yang menjadi rutin saya di hostel. Saya jadi begitu malas untuk menelan semua itu. Mungkin sebab di rumah tiada perlu ke kuliah. Jika ke kuliah saya akan pastikan saya menelan ketiga-tiga gizi tersebut. Vitamin C untuk kulit, spirulina untuk awet muda *kononnn..* dan susu igg untuk tulang dan sebagai pembekal tenaga juga untuk awet muda *kononnn...*

Sejak hampir 9 bulan tinggal di rumah, botol-botol supplement tersebut tidak luak. Nyaris belum expired. Kelmarin dan kelmarin yang lepas gusi gigi saya masih berdarah. Syukur Dia mengisyaratkan gusi saya mengeluarkan darah, menandakan ada sesuatu yang kurang dalam tubuh saya. Nampaknya saya wajib kembali mengamalkan pemakanan yang sihat...

13 comments:

pa'chik said...

kamu banyak sangat makan kek ni...

INDERA KENCANA said...

Betui kata Pa'chik tu..

arianna adrizal said...

gelak baca statement pa'chik! haha.
gusi berdarah biasa berlaku dikalangan org pmpuan. tanda2 kekurangan zat besi & zink.

Amiene Rev said...

kekurangan vitamin c? buah oren, belimbing, strawberi, anggur yang segar. cuba bayangkan betapa segarnya lidah apabila dapat merasai betapa ranumnya buah-buah yang kaya dengan vitamin c. bagaimana pula dengan pai kiwi atau strawberi. nyam! enak! segar! sejuk! lazat!

moga-moga tulisan ini akan mendorong selera vitamin c anda. :p

Fuad said...

Cadangan ku.. Jadik vageterian.. ;-) Kalo kurang zat besi kene makan besi ke? Kalo makan besi cicah budu.. musti best..

hafiz_238 said...

tak cukup vitamin C eh....kalau cam tu, kenalah makan banyak buah...asalkan jgn terlebih vitamin C udah ler (terlalu banyak vitamin C boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit) :)

Pa'chik said...

kau ikut la cakap anne tu, nanti lagi berdarah gusi kau tu makan besi dengan zink... gigi pun buleh patah.

tuan tanah said...

Ish... Ish... Dayah apa nak jadi ni? Malas makan vitamin ya? Padan muka gusi berdarah!

Hahaha!

(Sekali sekala tuan tanah nak juga buli penyewanya)

kakLuna said...

wow..ini channel kesihatan ke?

hayad said...

pa'chik + indera--> saya tak mkn byk la kek tu, lps buat rs sepotong, pastu org lain abiskan :p

kak anne--> oooo, kurang zink ngan besi pun leh gusi darah ek? blajo dlu vit C jer,hahaha

Amiene Rev --> alahai, semua buah2 yg anda nyatakan tu mahal2 belaka..huhuk

fuad--> budu aku suke, tapi besi cicah budu tu nak mampos namanyer,haha

hafiz_238--> nak bauh ceri tempat awak keje tu boleh? ngeeee :D

pa'chik--> aku rs aku kena psg besi kt gigi tu kot, baru gusi aku penuh dgn khasiat besi

tuan tanah--> buli la, tak takooott pun ;p

kakluna--> aah! prevention is better than cure ;)

nUr@dDeEn said...

yah! nampaknya gusi kamu makin kehilangan daya rintangan. kembalilah kamu ke jalan yg benar hahahaha....

dayah amalkan igg plus ek? apa kata cuba plak mountain salt. skang banyak kat pasaran especially toothpste mountain salt. :D [promo..promo...]

hayad said...

nur@addeen, selalunya dayah pakai ubat gigi DENTOBACGEL, herba..bagus sgt, tapi kat tempat dayah ni payah plak nak dapat, tu yg terstop tu

ku> said...

skrg ni byk penyakit mudah berjangkit,maka dgn tu amalkan cara hidup yg sihat yek,spt menelan vitamin C! 1000mg utk org dewasa yg normal. ~Pesanan dari kementerian kesihatan. hehe

Followers