dua-kosong-kosong-enam

Di saat semua orang memasang azam demi azam untuk tahun 2007 saya masih terkenang-kenang akan jalinan hidup saya sepanjang setahun yang lalu. Saya kira-kira tiada lansung achievement sepanjang tahun yang lalu. Saya terasa seperti kosong, kosong seperti kosongnya angka kosong itu sendiri. Oh ya, mungkin kejayaan saya yang bisa menghabiskan pengajian on time boleh dikira juga sebagai achievement saya yang terlampau. Saya nyaris extend. Dan EXTEND adalah satu-satunya perkataan yang tidak sanggup saya lafazkan pada orang tua saya. Maka, di akhir semester saya telah mengambil 22 unit. Setiap kali disoal oleh rakan-rakan, “berapa unit sem ni?”. “Ermm..19 aje”

Di tempat saya belajar, pelajar hanya terhad mengambil paling banyak adalah 20 unit sahaja. Saya tidak akan menyebut 22 unit kerana saya tidak mahu mereka akan terkejut seperti beruk sambil guling-guling macam terkena sawan seterusnya pengsan. Ditambah pula, jika saya memberitahu jumlah unit yang sebenar, pasti saya akan menerima kata-kata yang akan menjatuhkan motivasi saya sehingga ke paras dasar laut. Kerana rata-rata yang mendengar orang yang mengambil unit yang lebih ini akan mengeluarkan kata-kata yang menakutkan.

Contohnya begini :

“haaa?? 22 unit? Banyaknya. Nape leh jadi gitu? Boleh buat ker?”

“Iskkkkkkk,boleh bawak ke tu? EXTEND je lah”

“22 unit? Si polan tu dulu, amek banyak sgt, last2 banyak yang kantoi. Ahirnya extend”

“Hang ni gila ka??? Leh buat ka? Aku 15 unit ni pun rasa terseksa”

Itulah sebabnya kita tidak digalakkan mendengar kata-kata negatif dari orang lain, kerana ia akan mengundang impak yang lebih negatif. So, juz follow ur heart. Becoz ur heart never lie to u. Tapi pastikan ur heart tu follow ur akal dululah.

Tuhan saja yang tahu perasaan saya tika itu. Tapi dalam hati saya kata. “Pasai tak nak extend la aku amek byk unit terus! Aku takmo extend laaa!!!”

Tapi kenapa sampai 22 unit? Ya kenapa ya? Kerana saya pernah kantoi, gagal subjek kimia dan juga ada faktor-faktor lain yang perlu dirahsiakan. Hanya nurul saja yang tahu, kan nurul kan? Hehe.

Saya pun tak tahu mengapa saya jadi begitu bodoh pada subjek kimia berlevel 3 nan satu itu. Dua kali saya ambil, dua kali juga gagal. Maka saya terpaksa repeat lagi sekali pada cuti panjang semester akhir, bermakna genap 3 kali saya ambil subjek yang sama. Bodohnya saya ini. Bukan subjek kimia itu saja yang perlu saya repeat bahkan juga satu subjek matematik, bernilai 4 unit, menjadikan jumlah keseluruhan unit sebenar saya pada semester akhir adalah 26 unit!!! Saya yakin jika ada rakan-rakan seperjuangan yang tahu pasti mereka tidak lagi terkejut beruk bahkan mereka terus koma. Saya tidak sanggup melihat mereka koma, maka lebih baik saya rahsiakan saja.

Siang malam saya berdoa, semoga Allah meluluskan saya dalam 2 subjek yang saya gagal ini. Terutama subjek matematik. Saya juga begitu bodoh dalam matematik. I hate maths. Saya lebih sanggup membaca buku biologi dari kulit ke kulit dari membuat pengiraan menggunakan pelbagai anu-anu yang ntah-hape-hape itu. Saya tak suka subjek mengira. Tapi syukur saya masih lagi pandai mengira duit.

Batin saya sungguh terseksa dalam masa menunggu result exam 2 subjek yang saya repeat itu. Dalam kepala otak macam-macam yang datang bermain. “AKU GAGAL, AKU KENA EXTEND, AKU TAK DPT GRADE BLN 8 NANTI, MACAM MANA NAK CAKAP DGN MAK ABAH, AKU TAK PANDAI”

Tapi segera juga saya meyakinkan hati saya, yang saya ini boleh lulus dan boleh grade on time. Bukankah setiap keyakinan dari hati itu adalah doa. Jika hati saya kata saya boleh lulus dan boleh grade, insya allah, jika Dia izinkan, maka saya akan grade. Maka berakhirlah penantian saya setelah saya menerima surat dari jabatan peperiksaan U mengatakan saya lulus dan boleh grade. Untuk lebih meyakinkan, saya telefon jabatan peperiksaan, dan saya bagaikan mahu terbang pabila suara kakak itu menyebut, “ Tahniah! Adik boleh berijazah”. Terasa hilang satu batu besar dalam tempurung kepala ini sehingga saya lupa untuk mengucapkan terima kasih pada kakak penjawab telefon itu. Tapi syukur saya masih ingat untuk buat sujud syukur.

Oleh itu, achievement saya yang terlampau pada tahun 2006 adalah mengambil 26 unit pada semester akhir dan berjaya lulus untuk semua 26 unit itu. Oh, memang terlampau sungguh achievement saya itu. Mungkin saya patut check dengan jabatan peperiksaan U ada atau tidak dalam rekod sesiapa yang pernah mengambil 26 unit atau lebih. Atau saya adalah satu-satunya rekod itu,haha.

Ok lah, saya ingin stop mengarut pasal achievement saya yang terlampau itu. Sekarang saya hanya mahu berkongsi rakaman fireworks kami sekeluarga di Pantai Teluk Batik pada malam tahun baru. Kami tidak beli bunga api ini, tapi ia adalah hasil daripada rampasan,ngeh ngeh! Bukanlah suke bangat mahu meraikan tahun baru dgn cara begini, tapi sekadar mahu menghabiskan stok bunga api yang berkotak-kotak di rumah. *Kalo tak diletupkan, tak pasal-pasal umah aku yang meletop* .Dan sepanjang tahun 2006 ini juga telah menyaksikan banyak aktiviti RAPAT UMUM yang kami jalankan bersama. Ya, terlalu banyak! Menambahkan rapat dan mesranya kami sekeluarga. Tak kira bersama family sebelah mak dan juga family sebelah abah. Masing-masing ceria apabila bersama.

Semoga tahun 2007 memberi sinar harapan buat saya walaupun saya sendiri masih kabur-kabur tentang perjalanan hidup saya ini.


25 comments:

13may said...

1st! Welcome 2007:))

jeff said...

congrat n congrats dayah atas achievement yg outstanding (takkan la dpt complet 26 unit dianggap sbg tada achievement kut :P )

Slmt berkonvo and welcome to the real world. kalau tak dpt kerja, cari modal dan bukak saja bakery :D

ad3ck said...

Salam Eidul Adh n Selamat Tahun Baru!

Nashrex said...

tahniah sebab da lepas, dan dapat berijazah.. ehehehe

aku ni baru nak setat blajo balik.. wish me luck!! :p

apa-apa pun, slmat maju jaya untuk ko dlm 2007.

NuRuL said...

sesungguhnya pengalaman mengambil unit yang terlampau banyak di akhir sem amatlah sakit tapi sesuatu yang bagus untuk dikenang..kan cik dayah :)

hayad said...

13 may--> welcome too :p

jeff--> boleh tak anda bg modal kat saya,hehe

ad3ck--> salam eidul adha dan salam thn baru juga :0

nash--> ala, ko budak pandai, mst boleh ;)

nurul--> yer, mmg teramat bgs untuk dikenang. Tu la sp suh belajo main2, kan dah gile bile amek unit byk di sem akhir,haha :p

Ayaq masak said...

Bersusah2 dulu bersenang goyang kaki kemudian. Congrats sebab dapat harungi kepayahan itu. :)

Pa'chik said...

hoit, lepas 26 point tak kira pencapaian agung lagi ke? tu dah banyak gila dah. Bukan tahap manusia normal tau. Perlukan konsentrasi yg kuat, dan juga kerajinan yang melampau. Calang-calang orang je buleh buat. Yang banyak, kantoi 2-3 subjek pulak. Memang hebat sungguh la.
Tahniah utk kamu ye.

Sikenit Comel-AminBakish said...

Sejarah tu akan terus dikenang sampai bila-bila... :D

Semoga sukses tahun 2007 ni.. :D

faisal said...

selamat tahun baru wak...jgn risau..yg penting awk yakin boleh melakukannya dgn baik...jgn peduli apa org kate eh...

INDERA KENCANA said...

Jika hati dan pemikiran kita mengatakan kita boleh melakukan, maka kita boleh melakukannya. Cuma pengorbanan yang berikan sudah semestinya lebih..

hayad said...

ayaq masak--> heh, aku bersusah pyh di akhir sem yg mn septtnya akhir sem adalah sem goyang kaki,haha

pa'chik--> haha, aku mmg bkn manusia normal :p

sikenit aminbakish--> mekaseh :)

faisal--> yeah bebeh :p

indera kencana--> aha, btol btol!! :)

MerapuMan said...

yes, must be in English. BTW Selamat Tahun baru.

Sunan_Jati said...

slatm thn baru dan azam baru semua mesti baru.. hahahaha,,,

Fuad said...

Semoga tahun 2007 ni dapat pencapaian yang lagi superb.. :-)

kak nieys said...

selamat tahun baru dari kak nieys.. :)

tuan tanah said...

Whoa!!!

Hebat! Hebat!

Saya beri standing ovation.

Clap! Clap!! Clap!!!

hafiz_238 said...

wah..seronok main bunga api yer :)

hayad said...

merapuman--> Selamat juga

sunan jati--> tak semunya kena baru beb! :p

fuad--> insya allah :)

kak nieys--> selmat juga utk kak nieys :)

tuan tanah--> isk, ada2 aje tuan tanah ni...malu tauuu ;p

hafiz_238--> :)

kakLuna said...

sesungguhnya achievement tu adalah perkara subjektif..

orang kata, matlamat itu tak penting, yang penting ialah proses dalam mencapainya..

u've done ur best..let Allah decide the rest..

lindosh said...

wah sungguh dasat dia.. :)

hayad said...

kak luna--> yes let Him decide the rest

lindosh--> haha, dasat sungguh kan? :p

hakim dirani said...

memang best.

Prograr2 macam ini memang bagus dan seronok, kerana mengeratkan silaturrahim walaupun dah sememangnya erat. :)

Najwa Aiman said...

life is short, and graduation is among the sweetest things! ;D

hayad said...

hakim dirani--> aha, mmg best! :)

najwa aiman--> ya, very sweet ;)

Followers