Mimpi


Semalam saya ke Popular, meneman nurul dan adik saya mencari buku sekolahnya. Apakan daya, keadaan kewangan saya masih belum mengizinkan. Saya hanya mampu membelek-belek dan melihat-lihat saja dengan hati yang penuh geram untuk membeli semua buku-buku yang menarik hati saya.

Disebabkan saya tak mampu untuk membeli, saya terpaksa membaca dengan cepat satu buku itu sementara adik saya dan nurul membuat hal masing-masing mencari apa yang patut di dalam Popular tersebut. Saya tertarik dengan buku tentang cara menguasai minda separa sedar. Antara topik-topik dalam isi kandungannya saya teruja membaca topik "Telepati". Tahukah anda kita boleh menge'pow' rakan kita hanya dengan menggunakan telepati ;) Saya cuba membaca dengan penuh khusyuk kerana saya bercadang untuk mengaplikasikannya,haha.

Melalui telepati juga kita mampu membuatkan seseorang itu jatuh cinta dan sayang pada kita. Bila terpandangkan wajah kita seluruh jiwa, raga, cinta dan kasih hanya pada kita seorang. Suami isteri patut amat aplikasikan ini. Oh, tak lupa juga pada pasangan yang sedang berkasih-kasihan ;) Semua itu ada caranya. Kalau mahu tahu pergilah beli. Saya akan pastikan saya beli juga buku itu nanti.

Untuk latihan asas telepati, cuba pandang seseorang (make sure orang itu jauh sikit jaraknya dari anda). Arahkan orang itu memandang anda (sebut dalam hati, "pandang aku.. pandang aku..). Cuba banyak kali sampai orang itu terpandangkan anda. Boleh juga buat telepati dengan binatang, cara yang sama. Boleh cuba dengan kucing ataupun kambing :p Kalau dah terer yang ini baru boleh pergi latihan telepati yang lebih tinggi :)

Satu lagi subtopik yang paling menarik hati saya adalah "Mimpi". Rupa-rupanya mimpi kita adakalanya adalah petunjuk untuk kita menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian kita. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya dan tidak tahu untuk menggunakan mimpi kita itu. Penulis memberi contoh Albert Einstein. Beliau berjaya menemui teori pergerakan cahaya apabila bermimpi menunggang cahaya. begitu juga dengan seorang ahli biologi yang telah menemui fosil sejenis tulang ikan yang tidak lengkap. Beliau akhirnya dapat menyudahkan lukisan penuh tulang ikan tersebut setelah bermimpi tentang bentuk asal tulang ikan itu. Serta beberapa contoh lain tentang mimpi Nabi Yusuf.

Bagaimana mimpi membantu kita menyelesaikan masalah? Dalam buku itu dinyatakan ketika tidur minda sedar kita tidak berfungsi lansung tetapi minda di bawah sedar berfungsi dengan baik sekali. Kita disarankan menyediakan satu diari untuk menulis semua mimpi kita setiap hari. Macam tulis diari harian tetapi ianya rekod mimpi peribadi anda. Seeloknya buku itu diletakkan bawah bantal beserta dengan pen sekali. Supaya apabila kita terjaga dari mimpi kita terus boleh menulisnya kerana jika menunggu esok hari kemungkinan besar kita telah lupa mimpi tersebut.

Sayangnya saya tidak sempat habis membaca cara-cara bagaimana mahu mentafsir mimpi itu supaya ia mampu membantu urusan hidup kita,hehe. Nampaknya memang kena cari duit untuk beli buku tu. Teringat pula mimpi saya 3 atau 4 hari lepas. Saya mimpi berada di suatu tempat, ada ramai orang. Tapi tak sure saya di mana. Tiba-tiba mimpi saya tu terus menunjukkan pemandangan dari udara. Apa yang saya lihat? Rupa-rupanya saya berada di kawasan rehat jambatan kedua Pulau Pinang,haha.

Jambatan kedua tu belum pun siap lagi tapi saya sudah sampai ke situ. Ape maksudnya yer? hehe...

21 comments:

achik said...

nape x try aplikasikan telepati tu utk paw org beli buku tu hehehe..

Ayaq masak said...

Aku nak mimpi mendapat jawapan exam, boley?

hayad said...

achik--> kena berlatih dgn kucen or kambing dlu, kalo kucen ngan kambeng tu leh baca telepati saya, baru leh aplikasi kt manusia plak,hahaha

ayaq masak--> boleh2,aku penah dlu ms spm mimpi psl soalan bio, sekali mmg kuar btul. Seb baik aku bc,hehe

Pa'chik said...

aku pernah mimpi macam mana nak sudahkan satu stage game red alert2 dulu. Pasal stuck kat stage ni lama sangat. haha.. dan aku berjaya akhirnya

hayad said...

pa'chik--> haaa..kan betul mimpi mampu membantu selesaikan masalah hidup kita,haha

yana said...

dah lama tak gi kedai buku fofuler itu.. dulu tempat feveret kengkonon carik buku stadi la..

'nAYZEra' said...

hayad..ari tu saya ade mimpi,saya mempunyai kuasa ala2 gadis2 jelita dalam siri tv Charmed tu..saya hanya perlu tunjuk dgn tgn,objek apa yg saya nak gerakkan,secara magicnya objek2 tu akan bergerak mengikut rentak tgn sy.hurm,tlg tafsirkan boleh..alangkah masyuknya kalo saya ade kuasa camtu..mimpi ni gara2 baca novel Harry Potter sebelum tido lah..hahah..

NuRuL said...

dah ok internet umah hang? takut gak aku memikirkan kalo2 rosak..huhu

nUr@dDeEn said...

uih! itu sudah bagus. maknanya kalo mimpi saya betul, saya adalah super hero super saiya la sbb saya mimpi 7 bijik bola naga huhu...

Jeff said...

saya telah bermimpi semalam bahawasanya mimpi dayah di Jambatan kedua tu alamatnya nak kawin anak raja dan syaratnya ialah buat jambatan sampai ke rumah ..

moral : adakalanya juga kita bermimpi dalam mimpi sekali sekala

hayad said...

kak yana--> hehe, wat2 blakon cr buku study la ek?

nayzera--> saya bukan pentasir mimpi :p ape kata beli buku tu spy awak leh tafsir mimpi awak sendiri,ehe

nurul--> hahaha, mst hg takut giler ek?

nur@ddeen--> oooo, pulak... tp mungkin 7 bola tu bola jaring kot,hehe

jeff--> eee..tak kose teman kawen ngan anak raja. Tp kalo keturunan raja brunei xpe,ngeee :p

kakLuna said...

tu tandanya kat jambatan kedua tu nanti mungkin ada sebuah kedai buku..ataupun suatu hari nanti hang akan beli sebuku roti kat situ :P

kakLuna said...

eh..membaca kan jambatan ilmu?ahaks

amok said...

telepati online ok tak hayad? ;)

yana said...

aah... niat sebenar nak dating :P

ad3ck said...

err, maksudnya ko tak dapat naik jambatan tuh sbb jambatan tuh tak siap lagi haha.

hayad said...

kak luna--> haha,apo2 ajo la kak luna ni. Xpe2, kita tunggu dan lihat aje nnt bile jmbatan kedua tu dah siap nnt :p

amok--> itu tak sure :D

kak yana --> woooo....ngan ex dlu la ni ek?hehe

ad3ck--> eheh, btul jgk ek,hihi

maza said...

hahaha..bab plg menarik;

"pandang aku..pandang aku."

nak cube.yey...yey....hahhahaha

hayad said...

Haha maza, ape kata cuba kt anak murid ;)

cikgu azleen said...

aiseh.. apa tajuk buku ni?? interesting ler.. nak carik satu...

hayad said...

saya lupa tajuk penuh..penulis dia pun luper..nnt la saya bgtau blk ek. Sbb mmg cdg nak pi beli pun

Followers