Harimaujan

Suatu malam kami berkumpul ramai-ramai, mak, abah, makcik, pakcik, sepupu-sepapat semua ada. Macam-macam topik keluar. Pasal agama, politik, masalah negara, tol, semua ada. Saya menjadi pendengar setia. Tiba-tiba abah bukak topik pasal harimau.

Dikatakan pada zaman dahulu ada seorang lelaki ni, bekerja di hutan, kira macam cari kayu la mungkin. Setelah penat bekerja dia pergilah panjat pokok, nak melelapkan mata barang seketika. Elok saja dia terjaga dilihatnya ada seekor harimau betina dengan seekor anaknya tengah dok landing bawah pokok tu.

"Alamak!!! Macam mana aku nak turun ni?"

Waktu itu hari sudah hampir malam, lelaki ini perlu pulang ke rumah. Mahu tidak mahu dia terpaksa la juga duduk atas pokok itu. Tiba-tiba anak harimau itu bertanya pada ibunya. Oh ya, kononnya pada zaman dahulu binatang-binatang boleh bercakap kan? Kononnye la!!

"Ibu, ibu..ape kekuatan kita sampai manusia semua takut kat kita?"
"Eh..ibu tak boleh bagi tahu. Itu rahsia kita. Kalau manusia dengar abes la kita."
"Ala ibu, mana ada manusia waktu begini, dalam hutan pulak tu."
"Baiklah, kalau kamu nak tahu, rahsia kekuatan kita terletak pada tiga tempat. Pertama pusar kita pada hujung ekor, kedua pusat kita pada tapak kaki, dan ketiga susu kita letak pada lelangit."
"ooooo...", jawab sang anak.

Tiba-tiba manusia atas pokok tu berkata," Woooo...aku tau dah rahsia kamu!!"

Mendengar saja manusia itu berkata begitu terus dua ekor harimau itu cabut lari. Maka, manusia tadi pun dapat pulang dengan selamat ;)

"Tu pasal, petua orang tua kata kalo jumpe ghimau, sebut tiga kekuatan pada dia tadi tu," abah.

"Eh abah! Harimau kan mamalia. Susu dia bukan kat perut macam kuceng tu ke?"

"Entah ler, takde le pulok tauu... Orang zaman dulu kata pada lelangit. Bila dia nak susukan anak dia, dia keluarkan susu dari mulut letak atas daun-daun. Nanti anaknye pegi la minum. Penah dengar cendawan susu harimau? Katakan cendawan tu tumbuh dari susu rimau yang tumpah atas tanah. Ala, ini cerita jer... Kalo jumpe ghimau try le buat," Hahaha.

Saya kira takde siapa ingat tiga rahsia Sang Belang ni kalau la betul tiba-tiba ada depan mata. Baik cabutttttt!!!

Oh ya, tapi ada satu yang berkesan. Ustaz saya semasa sekolah menengah ajarkan. Kata dia, kalau jumpa anjing, dan anjing tu macam nak kacau kita, sebut "Assalamualaika Ya Khatmir!". Khitmir, nama anjing ashabul kahfi :)

Saya sudah mempraktikkannya. Nampak berkesan. Tetapi apa yang penting anda perlu yakin ;p Ya, yakin! Sebab kawan saya cuba tapi tak berkesan. Pernah kami jalan ramai-ramai, datang anjing macam nak ganggu, kawan-kawan suruh saya sebut pasal diorang tiba-tiba lupa ape ayat ustaz cakap. Disebabkan keyakinan saya yang terlampau, maka kami selamat,haha. Eh, saya bukan riak! Jangan salah sangka,hehe.

Tapi kalau tang Pak Belang tadi tu. Ampun! Tobat! Saya tak sanggup ;p Tambah-tambah bila saya menggoogle pasal susu Pak Belang tadi, saya jumpa gambar ni.

Image Hosted by ImageShack.us

Walaupun ini harimau bintang, tapi ia tetap spesies harimau. Saya pasti beritahu abah fakta ni bila abah balik keje nanti.

"Abah!! Susu ghimau kat perut lah, macam kuceng,". Saya akan kembang-kempiskan hidung sambil menunjukkan aksi bangga bahawa saya telah berjaya mematahkan fakta orang dolu-dolu,haha!

Eh, makcik kat kelantan tu masa diserang harimau dia sempat hisap rokok daun. Terus dihembusnya asap tu kat muka ghimau. Ghimau pun terus lari. Maknanya, perokok-perokok tegar, anda selamat bila bertemu ghimau,hehe. Tapi jangan la hembus banyak sangat, bukan ghimau je boleh mati, orang sebelah pun boleh al-kojol,ehe :D

9 comments:

NAzzXXra said...

matahari da keluar..
harimau????

Pa'chik said...

abis bela kucen, kamu nak bela rimau pulak ye.

kakLuna said...

lagi satu,kalau jumpa anjing baca tabbat yada

dah praktik, mmg ok :D

13may said...

tiap2 hari jumpa rimau....kat stesen minyak Esso:D

Anonymous said...

teringat sesuatu pulak .. cerita dayah ni macam baca cerita sang kancil dgn pak belang

Anonymous said...

Tingat plak iklan cheetah curik hape ntah...

...tengok, sebab tu la saye bela hamster. :D

Nakal betul!

Unknown said...

menariklah dayah cerita ni...
:D

Sunan_Jati said...

erm... wah... hehheheeh
hari mau siang..

Unknown said...

tapi kan.. anak rimau comei tau.. eei geram je tgk. hekhek

Followers