Terkenang-Kenang...

Mat Kilau mandi embun pagi2, tu pasal dia kuat dan panjang umo mungkin...
Mat Kilau tak makan banyak, tu pasal dia sihat dan hidup sampai 105 thn...
Mat Kilau berkias apabila berbicara, pasti bhs melayu lamanya sgt asli...
-jejak mat kilau-

Bila bulan ramadhan bukan semakin sikit saya makan, tapi saya rasa bertambah-tambah pulak lagi nafsu makan, itupun ada yang terpaksa ditolak tepi iaitu laksa. Kalau tidak tiap2 hari berbuka dgn laksa. Murtabak pun sama. Tapi murtabak ada telur, so tetap tak boleh makan. Sebarang makanan yang dicampur telur tolak tepi buat masa ni...

Pergi teraweh, rasa tak best pulak teraweh thn ni... Jemaah semakin kurang. Orang2 tua kampung byk dah xde, terasa hambar bila yang tua dah tiada. Yg muda ramai dah meninggalkan kampung. Usai teraweh trs balik. Kalau dulu2 mesti mewajibkan diri join moreh. Rasa x syok nak makan. Geng yang muda2 dah takde. Kalo dulu sempat bergebang2 sambil makan2. Sekali-sekala jumpa banyak cerita dibuka...

Nak ditegur tapi dah taraf makcik2. Nanti dikata memandai je nak ajor orang tua. Hanya mampu mencuit2 supaya dirapatkan. Badan gerak ke kanan tapi terasa bahu masih tak bersentuh. Oh, payahnyaaaa.... Tahun lepas banyak buat teraweh di rumah, sendiri2... Buat di sana pun rasanya macam buat sendiri2 jugak. Satu sejadah satu orang. Sekor kambing masih muat masuk dicelah2... Rindu pula saat berjemaah di kampus. Terasa akrab pabila bahu2 kami bersentuh. Walaupun di kiri kanan tidak pernah kenal, saat bersalam bertemu pipi ukhwah terbit secara otomatik...

Terbayang2 saat sahur beramai2.[ Chieffy, kalo hang baca nih sure hang pun teringat :)]. Bilik hang jadi port bersahur dan berbuka. Walaupun bilik aku sedikit jauh, aku tetap menapak naik tangga pagi2 buta pegi bilik hang. Sahur dgn siti, kak sue, kak chah, ma dan sape la lagi yang akan join kita. Tapi yg pasti muka hang, aku ngan siti sure ada :p

Sahur di tahun pertama telah meninggalkan kenangan yg tak mungkin boleh lupa. Saat siti tersepak air panas dalam heater yang baru masak terus tumpah atas kaki saya. Siti, salah seorang sahabat saya yang bilamana bangun pagi akan mamai2. Mamai2nya itu mengambil masa yg amat lama untuk hilang. Terasa mahu tampaq aje mukanya supaya hilang mamainya itu,haha. Berkali-kali dia mohon maaf pada saya, sambil merayu, merengek, dan menghentak-hentak kakinya sampai bergegar hostel ;p Siap berjanji mahu belikan saya cream penghilang parut jenama smartshop yg dikatakan amat berkesan namun harganya amat mahal. Tapi sampai sekarang siti tidak menunaikan janjinya. Sungguh ampess si siti.

Akibat terkena air panas, saya terpaksa sembahyang duduk atas kerusi, kaki tak boleh nak bengkok, tak pegi teraweh beberapa hari, pegi kuliah berdengket-dengket tahan sakit, tak boleh pakai seluar panjang, pakai baju kurung jer. Terima kasih banyak2 to kak chah, senior saya yang otai, tapi baik hati sbb hantar saya ke klinik setelah dipaksa oleh beliau. Akibat banyak berjalan kawasan yang sakit jadi bertambah bentan. Tapi nak buat macam mana kan..tahan ajelah. Kejadian ni jugak telah menyebabkan saya tetiba jadi femes. Sapa2 yang tahu mesti nak tengok kaki saya. Banyak kali jugaklah saya terpaksa membuka kaki saya dan menjadi seksi seketika. [isk,bulan pose nih, jgn korang nak bayang2kan pulak ek! haha]

Saya sikit pun tak marahkan siti walaupun kejadian tu menyebabkan saya kerugian
RM444 444.44 dari nilai diri saya. Tapi tak mengapa kerana masih ada baki
RM 888 888.88..muahahaha! Muka siti memang tak keruan semasa kejadian,haha. Dia berasa amat bersalah. Sian hang siti,hehe. Saya tak pernah rasa mahu menyalahkan siti. Dan kami (saya,siti,chieffy) menjadi sahabat sampai ke hari ini. Harapnya berkekalan sampai bila-bila, sampai beranak pinak nanti,haha!

Masa berbuka beramai-ramai jugak adalah yang paling amat best. Kalau tak sempat beli makanan pesan kat membe...Saat 'pow' menge'pow' makanan. Jadi banyak makanan yg kita makan :p Lepas teraweh lepak lagi ramai2 sambil makan2. Sambil makan, sambil buat ketupat,muahehehe.

Rindunyeeee!!! Rindu saat dengan kawan-kawan!

Isk, kenapa tetiba saya jadi beremosi nih...huhuhuhu

10 comments:

Amanitium Cho said...

emosi? haha. emo ni! itulah, kadang2 tak reti nak tegur dengan orang yang lebih tua. time solat nnt mula la tak khusyuk pikey pasal tak rapatkan saf, pasal saf tak lurus, terus turun kualiti. haha.

Unknown said...

mmg org tua cam tu... kita ajelah yg pergi dekat dengan dorang...

sweet kenangan semasa belajarkan... :) kalau sambung buat Master pun belum tentu dapat pengalaman ni.. hargailah persahabatan yang ada... :)

akirasuri said...

uhuhuhu saya pernah menjirus air panas kat peha masa mamai-mamai raya tahun lepas, dush!!ha ha ha...

ya ya memang seronok berbuka dan bersahur di campus, ada ukhwah...besh...lalalla~

Anonymous said...

amanitium--> ko pn mengalamai masalah yg sm ek?huhu

sikenit amin bakish--> dah pegi dekat dah..tp yg belah kiri tak mai dekat, so camner?

akirasuri-->wah, lg dahsyat! sendiri jirus ke kaki sendiri?

tumismenumis said...

no school like old school huh?

Teringat jugak balik time sahur ramai ramai kat UiTM dulu.

me3n said...

ala..orang tuer mmg camtuh..nnt ko da tuer, ko tau ar..hihi..cam bagus jer aku neh..

fiq said...

agaknya, size kambing yang mana muat dalam saff tu ye? hmmm..

Anonymous said...

mazudi--> ehe,sumer kan terkenang blk kan?

ad3ck--> aku akan menjadi org tua yg berilmu tau,heh heh

fiq--> saiz kambing boar

Anonymous said...

aku hingat...aku hingat....hahaaa...sori la..baru ada kesempatan baca blog hang nih..tetiba pulak sebak rasa teringat zaman kita posa kat kampus dolu...huhu...la ni aku pun bukak posa ngan rumet aku ja..kalu hujung minggu ...dgn classmate2...tak dak dah kumpul ramai2 macam dulu...hidup makin mencabar la kat sini..tapi tak kesah la..janji dapat gak berpuasa.aku baru ada kesempatan buat tarawikh semalam...ntah apa yang aku sibuk selama ni...hidup makin tak terurus 2,3 minggu lps..malas turun jemaah..aku buat solo ja..teringat kngn aku jadi imam ngan irma kat surau...ramai jemaah sbb kami bawak paling laju..huhu...ntah diterima ka tak taraweh kita tuh...kehkeh....selamat berpuasa!!!

Anonymous said...

chieffy--> huhu, rindu biler dikenang2 blk, kenangan yg dlu tu pasti takleh diulang dah

Followers