End Of The Sad Story...

Dah 2 hari tak ber'updet' blog nih,heh..takde la lama sgt pun :p Saya dah rasa ok sket sejak kehilangan Uteh, dua ari jugak nangis, tapi yang dah mati tetap mati. Bak kata Amanitium dalam komen beliau, " yang pergi usah dikenang... pemergian Uteh dah ditulis sebelum Uteh dipelihara awak lagi...bersabarlah".

Saya jumpe sekerat badan tikus yang Uteh makan ni bawah katil. Tak bersemut lansung bangkai ni. Adakah ini membuktikan tikus ni dah beracun? Jadi CSI kejap :p

Apa-apa pun biarlah Uteh bersemadi dengan aman. Sejak takde Uteh, Bulat anak susuan Uteh dah tak berapa nak masuk umah. Bulat masuk kejap2 jer, tu pun untuk makan Frieskies. Lepas tu Bulat akan keluar. Hari pertama Uteh xde Bulat macam bingung sket. Perangai Bulat pun jadi 'giler2' sket. Macam mencari-cari sesuatu. Bile dia naik atas umah dia akan pandang2 semua tempat kat atas umah tu, tempat dia selalu main dengan Uteh, lepas tu dia turun tangga terus kuar umah. Skang ni memang Bulat dah jadi sedikit liar, nak tangkap dia pun payah. Saya hanya dapat usap Bulat bile time Bulat tgh makan.

Sian Bulat tinggal sorang2(baca: sekor2)

Orang kata jangan tangkap gambo kucing nanti kucing mati, ntah betul ntah tak. Saya penah cakap mcm tu kat sorang blogger, tapi saya pulak kena ceramah... Dia kata tak payah dok percaya. Takde dalil pun. Pegangan orang Islam hanya ada dua jer, bukan cakap2 orang.
Teringat pulak bicara saya dengan adik saya...

"Weh, kamu tanya dah ustaz Sarafi? Kalo kucing mati masuk syurga ke macam mana?"
"Dah, ustaz kata kucing ni takde hisab di akhirat, dia akan abeh macam tu jer, xde dihitung pahala dosa.."
"Oooooo, lagi?"
"Lagi ustaz kata kucing ni dia tak masuk mana2, sama macam dia x sokong mana2, PAS ke UMNO ke KEADILAN ke DAP ke..."

"Hahahaha! Ustaz Sarafi cakap camtu?"
"Aah..."

Ampeh...

"Ermm...nanti kat Syurga aku nak mintak kat Tuhan aku nak jumpe Uteh lah!"
"Macam kamu sure masuk Syurga!", tempelak adik saya.
"A'ah kan? hehehehe....."

Tapi semua orang nak masuk Syurga, kalo tanye pencuri pun dia kata nak masuk Syurga...huhuhu

Saya ingin menamatkan kisah Uteh, segala kenangan tetap dalam ingatan. Yang pergi tetap pergi. Moral of the story, sayangilah apa jua yang ada pada kita sebelum ia ditarik balik oleh yang berhak yakni Yang Maha Pencipta. Segalanya hanya sekadar pinjaman dari-Nya.

[ TQ to akirasuri atas pemberian buah nona yang diterbangkan khas dari utara tanah air ;p Nampaknya perkenalan di blogger memang benar-benar mem'buah'kan hasil,hehehe ;) ]

10 comments:

NaSh said...

ko ni dah kena sampuk si uteh.. :p
hehe

dayah said...

nash--> ahhhh..sampuk tak sampuk, ko dulik aper ;p

akirasuri said...

he he he dayah..kasih kau aku terima...ermm sian buyat ek...mesti rindu kat uteh...

dayah said...

Akirasuri--> nanti aku bls blk pemberian kau yek! mungkin sesuatu utk hari ry,ekekeke

akirasuri said...

dayah...
kueh raya ke??ihiks..:p

Fuad said...

Terlepas kisah uteh. Apapun, kalo masih belom terlambat.. nak ucapkan takziah atas pemergian Uteh. Sabar yek Cik Dayah.. Moga bulat menjadi anak yang soleh/solehah dan sentiasa mendoakan ibunyer..

dayah said...

akirasuri--> heh heh...sy bg kad raya je lah,haha :p

fuad-->klu terlps, masih leh bc lg :p Moga bulat menjadi anak yang soleh/solehah dan sentiasa mendoakan ibunyer..???haha...mcm ape jer :p

ad3ck said...

mak hai..ganas giler si Uteh nih..;p sampai senggitu ha tikus tuh..hihi

dayah said...

ad3ck--> Uteh mmg pelahap,hehe

sitinurlaili said...

best ke ade kucing saya tak ley tul la ngan binatang ni.. hari tu kat skewl saya ade anak kucing kecik kecik comel taw tapi saya tak suke gak. dorunk tinggal kat makmal bio. bile nak masuk makmal aku seriau je kang saya bedah cam bedah katak kang baru tau har har har. kalaw awak nak kucing tu datang la skewl saya bersepah sepah ade...

Followers