Masih Lagi Kisah Uteh...


Saya masih bersedih atas kematian Uteh, biar la sesape yang baca ni kata saya giler ker ape ker. Uteh saya, sayalah yang lebih merasainya. Patah hati dibuatnye. Putus cinta pun tak sedih macam ni. Masa putus cinta hepi lagi ade laa.. Saya nak tahu jugak pasal kematian Uteh. Saya jumpe forum pasal verterinar nih...

Soalan saya :

Posted: Fri Sep 01, 2006 10:36 am
Post subject: Sedih sgt, tak dpt selamatkan kucing saya... :(


Doc,
semalam kucing saya mati..tepat pukul 7 mlm, sedih tak terkira, mati depan mata saya pulak tu..

Kisahnya macam ni, pg semalam saya nampak dia makan tikus. Kucing saya ni mmg biasa makan binatang yg dia tangkap, cicak, sesumpah dan tikus. Tgh ari tu saya perasan dia tinggalkan muntah dia atas lantai, (muntah ni semuanya isi kandungan tikus tuh) tapi saya tgk dia ok jer lps muntah. Then bile petang dalam pukul 4 tetiba dia mengiau2 dan turun dari tangga. Saya tgk mulut dia berbuih, air liur meleleh2 jadi buih.

Dulu penah sekali dia jadi mcm ni. Saya bwk klinik, doc tu kata dia keracunan psl makan binatang. Doc tu suruh bg minum susu jer. Saya sedikit ralat sbb saya tak bg dia susu smlm. Mcm mana boleh tak teringat lansung ntah la..ape boleh buat...

Tapi kejadian mulut dia berbuih semalam tu lg teruk dr yg sebelum nih. Pukul 6 saya sedar dia semacam kejang. Dia mengeliat , anak mata tertarik ke atas. Badan dia mengeras. Otot dia macam menarik, sesekali dia ggt lidah dia. Macam kena sawan kot. Badan dia sejuk, saya tak tahu nak buat ape, just tuam badan dia dgn botol yg isi air suam. 30 minit jugak dia keadaan mcm tu, sekejap2 dia megeliat mcm kekejangan...saya dah rasa kucing saya takde harapan dah... Crying or Very sad

Then tepat pukul 7 mlm, tiba2 dia mengeliat lama, trs mati. Masa dia dalam keadaan kejang2 tu mata dia bulat membesar, mata hitam dia pun jadi bulat penuh, mata dia terjegil, saya tekan mata tu rasa sejuk dan keras. Dah lama2 sket saya perhati mata dia kebiru-biruan.

Kenapa kucing saya macam tu doc? Keracunan ker? sepatutnya dalam keadaan mcm tu ape saya harus buat. Nak pegi klinik haiwan pun semalam cuti merdeka, mst tutup...

Harap doc boleh cerita sikit. Thanx a lot..

-Saya yang sedih-

Jawapan Dr. Nat :

Posted: Fri Sep 01, 2006 7:14 pm

Nampaknya kucing anda terkena racun. Kadang-kala kucing boleh terkena racun bila makan tikus yang telah makan racun tikus. Tapi, ada banyak lagi jenis racun yang boleh dia kena. Beberapa jenis racun memang ada "antidote"nya dan boleh dineutralkan.

Biasanya, bila termakan racun, tanda yang pertama akan dilihat adalah muntah. Kadang-kala cirit juga ada.

Racun itu ada effect pada otaknya. Oleh itu, anda lihat dia dalam keadaan kejang dan terkena sawan. Tanda-tanda lain jika racun terkena pada otak adalah seperti: tidak boleh berjalan terus (incoordination), lemah kaki, anak mata terbuka besar (pupils dilated), kejang, mudah terkejut, tidak ada reaksi jika dipanggil/disentuh, koma, etc. Apabila racun sudak kena pada otak, biasanya ianya sudah dalam peringkat yang teruk. Dalam peringkat ini, bila bawa ke klinik pun tidak semestinya boleh disembuh.

Jika dalam keadaan seperti itu, ianya adalah kes "emergency". Jika nampak dia muntah banyak, dan ada buih di mulutnya, bawalah ke klinik dengan segera. Jika diberi rawatan yang awal, kucing itu mungkin boleh diselamatkan. Lebih baik kalau ada simpan no tel dan alamat klinik yang ada memberi rawatan emergency 24 jam. Mana tau bila diperlukan lagi.

[Memang konpomlah Uteh keracunan sebab dek tikus tu yg mungkin dah makan racun... Uwaaarghhhh!!! :cry: Takpelah, walaupun Uteh dah takde, segala kenangan tetap dalam ingatan. Sabarlah wahai hati...]

8 comments:

singabeng said...

Kucing kat kafe kampus saya banyak, awak pilihlah nak yang mana satu.

akirasuri said...

adeiii jangan la sedih-sedih dayah..:) *aku pun nak nangis kalau gini* adeiii....

dayah said...

singaben--> tak nak! tak nak! aku tak nak kucing lain :p

akirasuri--> yer, saya tak sedih2 sgt dah ;)yg pergi ttp pergi. Uteh ttp dikenang

ad3ck said...

takziah..kucing aku da 3 ekor mati sebab kene langgar..T.T..skang da malas nak bela da..

dayah said...

tu la kan...rs mls nk bela dah ..huhu

Mazudi said...

Habis pasni nak bela apa pulak dayah.
Cadangan saya, adalah lebih baik kalau bela kambing ker, lembu ker, nanti boleh buat korban, jual pun mahal jugak dah menatang ni sekarang.

Takziah atas pemergian Uteh.

dayah said...

Cikgu Mazudi--> tu lah, mmg ade cita2 gak nak membela kambing sumer tuh, makcik kayo tuhh! hehehe

Anonymous said...

Dayah, takziah atas pemergian kucing awk. Sebagai pencinta haiwan..sy fhm sgt perasaan awk. sbb skg sy pun tgh mencari antidote utk haiwan sy yg sedang sakit tenat. Haiwan sy tu anjing local, simptom sama cam kucing awk, sy dah try google kat tenet tp jwpn yg rata2 sama, bg susu. pagi td bwa dia jumpa doc haiwan pun ckp camtu, bg minum byk susu high kalsium cam anlene tu..tp sy tgk dia dh tenat, tp sy x nak putus harapan, sy berusaha bg dia minum byk air susu..moga2 dia ada harapan utk hidup smula..

Followers