Kita Bertemu Nanti Pada 20 hb 10

"Kamu tak boleh makan laksa dan telur selama sebulan! Kena jaga pantang!"

Apa???? Telur masih boleh bertahan. Tapi LAKSA... Uwaaaaaaa!!... Uwaaaaa!! Tak leh makan laksa sebulan :( Dah la nak pose nih, biasenya tiap kali berbuka laksa la yang akan saya sental dulu. Macam makcik saya kata, senang je nak bela budak nih, bg laksa je tiap2 hari, idop le dia!

"Lagi satu kamu tak leh minum air ais 3,4 hari nih, lps 3,4 hari baru boleh minum. Sekarang ni minum air suam jer."

Pantang yg ni juga masih boleh bertahan pasal saya sendiri mmg jarang minum ayaq ais. Nak awet muda la konon :p Pantang-pantang yang disenaraikan tadi berkuatkuasa semalam dan akan tamat pada 19 hb 10 yang depan. Bermakna pada tanggal 20 hb 10 saya sudah boleh makan laksa dan telur. Yeeeehaaa!!!! nasib baik la kan? Sbb lagi seminggu nak raya. Kalo tak, tak pasal2 masa raya saya tak boleh makan kuih raya. Pada hemat saya, saya ingatkan tak boleh makan telur sebijik tuh, ghope2nya apa2 makanan yang mengandungi ingredient telur adalah diharamkan sama sekali. Dan nasib baik juga pantang ini habis seminggu lagi nak raya sbb pabila hari raya sudah pasti byk rumah yang menyajikan laksa sebagai menu utama ;)

Kalau lah pantang ini berlanjutan sampai raya sudah pastinya saya akan giler meroyan melihat laksa di depan mata ditambah lagi dengan emak saya, sepupu sepapat saya, makcik-makcik saya yang akan membuat aksi makan laksa dengan penuh kesedapan hingga menjilat pinggan. Ohhh..tak dapat saya bayangkan macam mana nak tahan kegersangan dan keberahian tak dapat makan laksa,haha!

Tentu anda semua tertanya-tanya mengapa saya berpantang? [heh, ye ke korang tertanya2?]. Sebenornya semalam saya pegi buat rawatan resdung secara homeopati. Amatlah terseksa jiwa dan raga semasa sesi rawatan itu. Sehingga ke saat ini saya masih lagi rasa terseksa kerana hidung saya masih tersumbat dengan cecair likat bercampur cair yg masih tak henti-henti keluar. Doc tu kata 3,4 hari saya akan macam ni. Kepala pun rasa sakit, tekak juga terasa amat perit. Semalam adalah tido yg paling amat tidak selesa sekali, saya rasa saya hanya tido2 ayam jer. Sekejap2 saya bangun dan tido dalam keadaan duduk. Memang hampir tiada udara yg boleh masuk ke dalam hidung, dan saya hanya bernafas melalui mulut. Barulah terasa nikmat hidung yg Allah beri,huhu. Lepas ni anda sumer rajin2 lah korek hidung yer spy udara lancar masuk dan keluar :p

Saya sampai ke tempat rawatan pukul 5. Trs saya diperiksa oleh Dr.Umi, check tekanan darah, cek kolestrol dan kandungan gula dalam darah. Sungguh saya tidak sangka saya yang kecik molek ini [haha,perasan!] dan kurus ni mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Arggghhhh!!! TIDAKKKKK!!!!! Itu tidak benar sama sekali. Tapi sesungguhnya amatlah benar. Kerana setelah saya bermuhasabah diri akhirnya saya mendapat jawapan kepada keraguan tersebut. Pertamanya saya ni mmg seorang yang kuat makan. Sesiapa yang sudah kenal saya pastinya tidak menafikan yang saya memang kuat makan, tak padan dengan saiz badan. Dah la kuat makan, jarang exercise pulak tuh, kalo di U dulu tahan la jugak sbb hari2 ke kuliah saya berjalan kaki. Tahap kesihatan saya pada masa itu amatlah memberansangkan!

Setelah check2 sumer, saya disuruh basuh muka. Lepas tu saya kena duduk atas kerusi dan ada meja. Then Dr. Rashid [asben Dr.Umi] masukkan cotton bud yang dah dia celup dalam satu cecair jernih ke dalam dua2 belah telinga saya. Sebaik saya cotton bud ni masuk, dengar bunyi meletup2, lebih kurang macam bunyi kalo kita bakar rumput kering tu. Saya tak keseorangan buat rawatan resdung nih. Sepupu saya turut serta. Masing-masing ada 2 antena kat telinga. Macam alien pun ade. Kami kena tunggu sampai bunyi meletup tu tak kedengaran dah. Lepas tu kami disuruh korek telinga macam biasa. Takde ape2 yang kuar, yang ade taik telinga :p

Langkah yang seterusnya: Kami kena sedut herba yang saiznya halus. Sedut ikut hidung. Memang seriyau saya masa ni. Kazen saya lagi la, sbb dia ni mmg penakut ya amat pada doktor dan ubat. Tapi terpaksa la jugak sedut. Sebaik je sedut pedih la wei! Herba tu masuk dalam hidung. Adeh, seksa2. Kami diberi mangkuk sorang satu dan segala apa yang bakal keluar mesti dalam mangkuk tu. Memang sebaik je herba tu masuk kita otomatik akan rasa nak meludah. Setelah lbh kurang 20 minit, doktor tu kata dah ok dah, dah abeh. Fuhh...lega. Dalam hati kata boleh balik, yea! yea! Siap cakap kat kazen lenkali kita buat lg nak? xde la sakit.

Tetapi anggapan saya ternyata meleset sama sekali. Tiba2 saya nampak doktor tu masukkan cecair warna hijau kekuningan dalam picagari. Dia akan inject bahan tu melalui lubang hidung. Sure akan pedih. Lepas je inject dua-dua belah hidung, kami kena tunduk. Kazen saya kena dulu. Memang nampak terseksa. Saya dah cuak. Kini giliran saya pulak. Inject sebelah hidung dulu, elok je cecair tu masuk, ya Allah pedihnya mak datokk! Sampai ke telinga. Lepas je sebelah lagi kena inject otomatik saya tunduk dalam mangkuk, kuar la benda2 yang kotoq tu dari hidung dan mulut. Saya tengok kazen saya banyak kuar buih2 warna kuning coklat2, tapi yang saya takde. Lepas 10 minit tunduk, Dr.Umi kata dia nak inject saya sekali lagi. Ah, sudahh...Mati aku!

Lepas je injection yang kedua nih, barulah kuar cecair yang sama macam kazen saya tu. Dekat 40 minit jugak kena tunduk. Tapi rawatan ni memang menyakitkan.Saya rasa kalo nak buat lagi sekali kena pikir 88 kali,hehe. Bayangkan je lah, kalo hidung kita termasuk air pun dah rasa pedih, ni pulak masukkan cecair herba. Saya rela lagi buat rawatan resdung yang asap tu tapi Dr.Umi kata dia bkn nak tutup periuk nasi orang tapi kaedah yang tu kurang berkesan. Lepas dah setel, doktor tu cuci muka kami dengan sejenis sabun, pedih gak sabun nih bile kena kulit muka. Biarkan kering then cuci. Sebelum balik kami diberi ubat. Bayaran rawatan adalah rm45. Mahal gak kan?

Pukul 7 selesai lah sumer. Hopefully rawatan ni berkesan untuk saya. Dan anda di luar sana jangan ingat muka anda licin anda tiada resdung. Sebabnya sepupu saya tu yang tiada seketul jerawat pun, kuar kotoran yg lagi banyak melalui hidungnya.

Kalaulah saya tahu kena pantang makan laksa sebulan, sure sebelum rawatan saya tibai laksa cukup2 dulu. Walaupun 3 benda ni yang jd pantang, tapi saya rasa sumer benda saya takleh makan. Sejak semalam tiap kali nak makan, saya akan sebut "Laksa, Telur, Ais". Sebelum nak makan nasi semalam pun saya akan sebut "Laksa,Telur, Ais". Laksa oh laksa...kita bertemu nanti pada 20 hb 10 ;p


8 comments:

me3n said...

baru2 nih aku mengalami gatal2 hidung yg biler digaru, tak rase lege..gatal kat dalam..macam ader ulat jer~! adakah ini tander2 resdung?

btw, memuler igtkan ko pantang baru lepas bersalin..haha~!

Anonymous said...

ad3ck,
aha,resdung le tuh.hehehe

akirasuri said...

he he he teruknya rawatan homppati kau dayah..ngeri..nasiblah doktor hassan dekat bangi ni just tengok tangan dan bagi ubat jek...ha ha ha....

Anonymous said...

akirasuri,
erm, sblm tu mmg doc tu tgk tgn jgk...dia analisis la bla bla bla. Tapi tobat lps ni sy tak nak wat dah. Rsnya nak amalkan ubat homopati je pasni, sbb at least dah buang kan walaupun terseksa seketika ;)

Yasz said...

hoi...aku ingat hang ni sakit apala sampai kena pantang..nak kate pantang sbb bersalin dak jugak...seyesla...kasi aku suspension jer post hang ni..hahah...syabas2..
anyways, bayor 45 inggit jer..kire murahla tu kak oi. kalo kat kl ni..kalo p klinik, satu jenis ubat, doktor dah belasah kat ko RM10...so kira balik kira, agak standard ler 'regger obat ko tu...;)

p.s: baca komen aku ni kot stai payrok yer..pasai blog aku tu, ko nanti kan aje ler post2 menarik 2-3 ari nanti...eheh

Anonymous said...

yasz,
heh heh..murah ker? aku rs mahey bebenor dah. Tp x kesah ler, nak berubat kan?
cpt2 sket wat post menarik.Np ko kate menarik? ko nk wat post bhs pehgok lak ker?haha

Anonymous said...

semalam pas aku tibai laksa satu mangkuk...ptg tu pulak aku tibai sambal belacan satu bungkus...hidung aku terus prob!!seksa rasa bila berair...nyesal lak dok sakat hang tak leh makan laksa..tapi rasanya nak makan lagi la hari ni..haha...susah la jadi hantu laksa ni...huhu...:pharap jumpa hang waktu raya nanti...ada perubahan pada wajah hang...kalu ada..aku lak nak pi wat rawatan tuh..haha...

hayad said...

chieffy,
ampeh..teruk sgt ke muke aku? siot tol,hahaha :p
tak yah wat la...sakit wooo...sure hg tak thn,kekke

Followers