Shopping Raya? Perlu ke?


Semalam keluar bershopping hari raya bersama osmet. Nor je takde. Dia pegi umah kak dia kat Rawang. Mula-mula kami pergi The Mall. Sebab aritu saya dah aim baju kat The Mall. Lagipun The Mall tak ramai orang. Selesa dan tak runsing. Beli jugak kasut raya di The Mall. Macam biasa jenama BATA jer. Itu je yang selesa di kaki. Dan tahan lama. Kasut raya saya tahun lepas pun masih elok dan dibuat lasahan lagi di sekolah. Tahan wooo jenama BATA ni :p


Pergi jugak Jalan TAR pasal nak cari telekung solat. Saya nak beli untuk mak, adik dan diri sendiri. Selepas ditawar-tawar dapat RM45 sepasang. Corak bunga-bunga sulam tu lah. Ok la RM45. Mira yang pandai tawar. Kalau saya ni, harga tu penjual letak, harga tu la saya bayar. Kalau tawar pun jarangnye berjaya, huhuhuhu.


Bila kat Jalan TAR, terbekenan pulak dengan satu baju. Padahal dah berazam kat Jalan TAR hanya nak beli telekung. Aduiyai. Ni la pompuan. Sebelum tu singgah SOGO beli handbag. Tapi handbag ni memang harus beli sebab handbag lama dah lusuh giler. Prinsip saya, takkan tukar handbag selagi yang lama masih elok.




Di Jalan TAR punya la ramai-nye-maknusia. Jadi kami terpaksa la pakai mask. Benci la pakai mask ni. Ntah-hape-hape-je-rasa. Macam mana doctor leh tahan pakai mask ek?


Lepas membeli, kami singgah sembahyang kat Masjid India tu. Rehat-rehat kejap dan gerak untuk balik. Pergi dan balik naik taxi jer. Dah tak larat nak mengusung barang naik ketapi letrik yang tak berapa nak laju tu.


Terbanyak pulak spend semalam. Walaupun pada mulanya tak nak shopping. Sebab kena simpan duit ni untuk rawatan gigi yang seterusnya. Saya rasa tahun ni amaun duit raya kepada budak-budak dan juga anak-anak sedara harus dikurangkan, wakakakaka!



11 comments:

Life Of Aku said...

salam ramadhan ... ianya harus dan dibolehkan ... tak sampai wajib dan tidak haram ...

tapi seeloknya dahulukan mana yang lebih utama .... :)

Unknown said...

pasal mask ni teringat cikgu sekolah ada kata..

"itulah kamu, dulu orang suruh belajo pandai-pandai jadi doktor, kamu tak nak, sekarang sebok nak jadi doktor ha...,"

hihi......

~akak pun cam dayah, kata tak nak beli, tapi kalau dah sampai Jalan TAR tu, kalau tak de duit, sanggup cari ATM machine~ hehe

Disturbia said...

sama le kita.. bila dah sampai kat shopping complex tu macam2 rasa nak beli ... :)

Nurul Nadiah said...

nadia pon nak gi shopping sabtu ni. huhuhu

banyak wishlist ni

hayad takmau tolong support 50% ka?

hehehe =p

hayad said...

life of aku--> terima kasih mengingatkan :)

aminbakish--> tu la, jln tar tu mmg berhantu :p

disturbia--> kita kan sama2 pompuannn, hehehe. mst nafsu membeli tu sama :p

nadia yuna--> bg support secara moral boleh la, kekekke.

achik said...

x berkesempatan lagi nak gi shopping.. huhuhu..

hayad said...

achik--> xpe achik, ujung minggu ni masih ada ;)

Teacher Hafizah said...

aku tak penat pegi the mall. aku kursus dekat hotel putra. dekat dgn jalan tar, 3 ari berturut2 p sana. tapi alhamdulillah aku berjaya kontrol nafsu. beli tudung je.

hayad said...

fiza--> oh, berjaya mengontrol nafsu? tp beli tudung je? tu tara kontrol tu. kalo tak kontrol aku tak tau la ape akan hg beli. silap2 the mall tu hg beli, hehehe.

ruru said...

atenye perlu le bshopping raya. karang kalo raya ada org dtg nak nengok kamu macam mane kalo tak beradun lawa. hihi.

hayad said...

ruru--> hahaha! aku bukan ada kt umah pun, beraya ke rumah kawan2, kuikuikui

Followers