19 Ramadhan

Berbuka tadi pergi join sek As, sek.ren.taman tun yang mengadakan majlis berbuka puasa. Tapi bayar jugak la, Rm12 seorang. Lepas makan kami berempat pun balik.

Siang tadi dah dapat bungkusan daripada Kak Apple dari Sabah. Saya beli brooch mutiara daripada beliau. Dia promote kat facebook.

Kak Apple, tulisan akak sangat comey! Membe pun cakap benda yang sama. Akan dayah simpan sampul ni, hehe.

Tengok dalam gambo tak berapa cantik, macam boleh tahan , saya beli sebab mutiara asli. Tapi sekali dapat, tengok depan mata, sangatlah cantik. Membe-membe sekolah pun kata cantik.

So tiba-tiba..... pling! Nak meniaga brooch mutiara asli la lepas ni, hehe. Dah bagitau Kak Apple. Kata dia, bisa diatur. Hehehe.



Saya baru tau bahawa mutiara asli saiznya tidak sama dan ada garis-garis or jalur-jalur pada permukaannya. Sebab brooch mutiara yang saya beli ni macam tu keadaannya. Kak Apple kata kalau sama saiz dan nampak licin je, itu manik.

Saya beli "butang-baju-melayu-aku-mana-Pahhh??" jugak. Untuk abah. Hadiah hari raya, hehehe. Brooch tu satu nak bagi mak plus dengan telekung solat. Untuk Peah Gendut yang belajo kat uitm tu saya bagi telekung solat je. Bagi brooch ni dia bukan reti sayang. Habeh merata-rata hilang je nanti.

Siang tadi lepas sekolah ada appoiment lagi dengan dentist buat kali yang ke-4. Sebab doc kata nak setelkan gigi atas sebelah kiri ni yang berlubang tu. Saya berdoa sangat-sangat supaya doc tidak mencadangkan saya buat Root Canal Treatment lagi sekali. Kang rabak lagi RM1.5 k dari poket gua. Huhu. Dah tu pulak, kalau dah buat root canal dan pakai crowning, dah tak boleh makan benda keras-keras. Dah tu kang seumor hidup pulak saya makan benda lembut-lembut je. Geraham kanan pun dah di "root canal" ing + crowning. Kang dua-dua geraham buat gitu, jawabnya ape je yang nak makan. Boleh tu boleh, tapi kena mengunyah dengan penuh sopan-santun.

So tadi doc tampal dengan amalgam jer. Fuhhh, legaaa! Kena dua tampalan, RM160. Lepas tu dia suruh datang lepas raya untuk buat scaling pulak. Adoi la. Takkan la saya cakap tak nak pulak kan. Saya memang tak boleh cabut gigi atas sebelah kiri ni pasal bila saya senyum, gigi tu nampak. Kang cacat pulak gambo perkahwinan saya kan? hahaha!

Masa tengah nunggu giliran tu, Kak Sue yang keje kat klinik tu bagi kat saya sekarung ubat gigi Sensodyne dengan berus gigi sebatang.

"Nah! Akak bagi dayah. Amek la. Shhhh, jangan bagitau doktor, hehehe".

Hahahaha. Takkan la saya nak bagitau doktor pulak kan, hehehe. Saya dah jadi baik dengan Kak Sue ni. Tiap kali lepas treatment, mesti lepak dulu bergebang dengan dia.

Ok lah, nak siapkan kerje sekolah. Esok nak balik kampung. Ada tempahan kueh yang perlu dipenuhi. Perlu buat beberapa kilo lagi. Kak Noni telefon saya aritu, dia dah pindah Sabah. Telefon mintak poskan biskut ke Sabah. Dia nak sangat-sangat. Dah la kawan tu tengah mengandung. So terpaksa la saya memenuhi permintaan beliau. Kang meleleh pulak ayaq liuq baby tu bila lahir, mengidam biskut buatan Cik Dayah, kuikuikui!

*** Shared on facebook

3 comments:

chekgu Bani Hassim said...

gile ah..
sempat berbisnes time balik kampung...
gigih nye...

salute laa...
dah nk balik kmpg ek??
balik hujung minggu je yea??

okeih laa...selamat bersilat dgn oven...

Teacher Hafizah said...

dayah, setau aku pearls yg ada jalur2 tu pearls yg muda lg depa dah amik. yg tua skit, jalur2 dah kurang. tapi bila org tengok ada jalur n saiz x sama tu mmg org tau tu mutiara. so, klu hg wat bisness tu ckp kat aku, aku bleh tlong promote juai kat skolah aku. aku minat gak brooch, gelang ,pearls ni

hayad said...

chekgu BH--> aah, blk ujung minggu je. memenuhi tempahan kueh, hehehe

fiza_sensei--> ok, nnt aku roger hang kalau aku nk mula biz nnt.

Followers