27 Ramadhan

Tadi last day berbuka di Masjid Wilayah dan buat solat Taraweh di KL ni. Esok saya sudah mahu pulang ke kampung, Insya Allah. Rasa sedih pulak. Bila dah selalu pergi masjid, sedikit sebanyak jiwa ada rasa terdidik sikit. Akan timbul rasa sayang untuk meninggalkan rutin tersebut.

Malam ke-26 Ramadhan saya dan housemates sempat pergi join qiamulail di Masjid Wilayah. Itu je lah sekali. Tapi Nor dan Mira yang ke-3 kali. Insya Allah, kalau panjang umur, Ramadhan akan datang kami akan buat rutin ke masjid bersama-sama lagi.

Hmmm, Ramadhan sudah di penghujung. Ada 3 hari saje lagi. Masih ada masa untuk grab pahala, betul tak?

Sekarang dah pukul 1.30 pagi. Saya masih tak boleh tidur. Biasanya bila esok adalah hari balik kampung, mata saya akan jadi segar. Tambahan pula, saya masih belum mengemas beg untuk balik kampung esok.

Saya dan housemates baru lepas setel buat popia mini simpulan kasih. Popia mini ni milik saya dan As, sebab kami share beli kulit popia dan serunding ikan. Tapi nor dan Mira dengan ikhlasnya membantu kami, dengan tidak menerima sebarang imbuhan hatta seketul pun popia tersebut, kekekeke. Diorang rasa seketul je lepas digoreng :p

Sebelum digoreng

Mira dan Nor. Usaha tangga kejayaan ok. Simpul jangan tak simpul :D Mula-mula Mira buat gulung, tapi saya telah memaksa mereka semua membuat simpulan kerana ia lebih cantik dan kemas.


Zoom in

Sesudah digoreng. Thanx mira sebab tolong goreng.

Model mini popia Simpulan Kasih, kuikuikui

Akhir sekali, proses penimbangan untuk pembahagian yang sama rata. Tidak kurang dari segi penimbangan kerana penimbangan yang tidak betul amatlah dilarang di sisi agama.



Nota kaki :
Kami berempat mendapat idea untuk memperniagakan mini popia Simpulan Kasih ni pada tahun hadapan. Ataupun tak perlu tunggu musim perayaan, boleh jual pada bila-bila masa. Hehehe. Bisnes...bisnes... ;p





4 comments:

achik said...

dah lama x buat popia mini ni.. tp dkau buat yg gulung punya la..

wah, asyik fikir bisnes je.. bagus2.. :D

Ayaq masak said...

haaaaaaa popia ni pun aku buat jugak, tapi yg gulung biasa je la. aku terai buat simpul tapi sama ada tali dia putus tak pun kantung dia pecah.

wei, bagi la tips nak buat simpul tu. tensen je aku buat tak jadi. kulit popia tu kena besar ke (mak buat satu kulit = 9 petak), pastu kena lembap ke (aku buat lembap dia koyak, aku buat tak lembap sgt dia retak, hampeh!) dan bla3.. tolong2

hayad said...

achik--> dayah lak mls wat yg gulung2 sbb nak kena lipat la, gam kan dia la. mcm leceh lak rasa, ehe

ayaq masak--> tips dr hot hayad :p

erm, takde tips sgt kot, juz belajar secara KBKK jer, hehe. mmg kulit popia tu kena lembab sikit tp bukan smpai basah, nnt lembik bebenor, memadai tutup dia dgn kain yg lembap.

lepas tu jenis kulit popia jg memainkan peranan. lupe lak aku gna kulit popia jenama apa. tp kulit popia tu hendaklah jenis yg meliat, so masa kita simpul tu dia tak putus.

paham tak makna meliat. camne ek aku nk ckp? dia mcm liat la, ada ciri2 mcm getah sket. lepas tu ms letak inti tu letak kt tengah2, kiri kanan elakkan drpd inti tu masuk, sbb kiri kanan tu adalah tali yg nak kita simpulkan. kalo ada inti nnt susah nak simpul.


potong berapa petak tu tak kesah, kalo potong 4x4 dapat la saiz besor, kalo nk comel2, potong 2x3 ke 2x4 ke.

selamat mencuba! ;)

Ayaq masak said...

Waaahh time kaseh cekgu!

Followers