24 Ramadhan

Tadi sampai Hentian Duta jam 5.30 petang. Ambil taxi. Sekarang tambang taxi dari Hentian Duta ke rumah saya di Segambut telah menjadi RM18.60. Dulu RM11. Tambang bas Kuala Kangsar- Kl -Kuala Kangsar telah menjadi RM24.60. Dulu-dulu RM16. Lepas tu RM21. Dan yang terkini Rm24.60 tu lah!


Sampai rumah sewa, mandi, siap-siap untuk ke masjid, berbuka dan solat taraweh. Sabtu dan Ahad aritu Nor dan Mira join Qiamulail di Masjid Wilayah. Diorang kata seronok. Saya tak berpeluang lagi nak join. Mungkin dalam minggu ni.


Esok sekolah. Semangat! Semangat! Pasal Jumaat sudah mahu pulang ke kampung semula ;) Tapi time nak cuti sekolah ni la kerja sekolah pasti datang. Trial SPM Chemistry Paper 2 masih belum marking. Ada lagi Paper 1 dan Paper 3 belum diduduki oleh students.


Boss kata guru kena marking semasa cuti hari raya. Ahhhh! Per'setan'kan! Hari raya, saya mahu berhari raya. Kerja sekolah, sampai pencen pun takkan habissssss....




Happy Monday Blues to all workers tomorrow!







7 comments:

ruru said...

suka ayat ko.
"kerja sekolah sampai pencen pun takkan habissssssss".
kerlass gitew pernyataan.

hayad said...

ruru--> hahaha! pernyataan itu adalah kenyataan :D

nik awin said...

mmg betul..kerja-kerja-kerja..where got life like this???

hayad said...

kak awin--> hehe,kalo org MLM dengar, diorang suruh buat MLM je la. but not all MLM akan ckp mcm tu. ada la certain2 MLM or network marketing yg guna intenet la ape la, yg kata buat duit ari2 tu... selalu perli org bekerja ni, hehehe

Nadia Yuna said...

Hayad. Semalam pun nadia buka puasa di masjid wilayah tau. huhu.

nadia dok segambut kat taman sejahtera.

** nadia nak sangat pegi kiamullail tu, tapi mak taknak. Kalau hayad nak pegi roger nadia. NAK IKUTTTTTTTTTTT. sob sob.

cemana nak kasik no hp nadia eh?

hayad said...

nadia--> taman sejahtera? kt mn ek? akak dok sppk je, flat buruk tu, msti tau. akak dgn osmet2 pun tak sure lg dpt pegi ke tak qiamullail tu.

Anonymous said...

alahaii. dokat jugak tu. Itu segambut dalam. Nadia dok segambut luar. Kat masjid segambut, dekat SMK segambut, dekat komuter.. hehe

- Nadiayuna -

Followers