Siang tadi di sekolah ada Majlis Khatam Quran. Pagi-pagi ada perhimpunan rasmi. Ada penyampaian hadiah kepada seorang guru ganti dan seorang guru praktikal yang telah sampai waktu tamat tempoh perkhidmatannya. Ada juga penyampaian derma kepada anak-anak yatim serami 33 orang.
"Amacam jadi cikgu Hwai Jing, seronok tak?"
"Seronok tu seronok tapi susah laaa.."
"Haaa, tau takpeeeee". Serentak kami yang lain-lain menjawab :D
Saya sudah berada di kampung ni. Sampai pukul 6.10 petang. Bertolak dari KL jam 3.50 petang. Sepanjang perjalanan banyak menempuh hujan lebat. Lebat giler sampai memutih. Syukur saya selamat sampai. Thanx to Nor, my osmet yang tumpangkan saya. Sebenarnya saya dah beli tiket balik Hari Jumaat, tapi tiba-tiba umum Hari Jumaat adalah cuti kan. Lagi pula Nor mahu beli biskut gajus di rumah saya. So dia offer tumpang dia je terus. Burn la tiket saya tu. Nak pergi jual, malas pulak.
_________
Hari Jumaat tu Cuti Khas, maknanya tak perlu ganti. Yahoooo!!!! :p
2 comments:
Me too tgh praktikum.. huhu..
cikgu khairuddin--> oh i c, selamat menjalani praktikum lah ;)
Post a Comment