28 Ramadhan

Siang tadi di sekolah ada Majlis Khatam Quran. Pagi-pagi ada perhimpunan rasmi. Ada penyampaian hadiah kepada seorang guru ganti dan seorang guru praktikal yang telah sampai waktu tamat tempoh perkhidmatannya. Ada juga penyampaian derma kepada anak-anak yatim serami 33 orang.



Tengah memasukkan duit raya sebanyak RM3 satu sampul untuk diberi kepada semua pelajar Islam yang hadir. Boss datang tolong la plak. Terpaksa la jadi skema seketika :p


Majlis Khatam Quran diadakan di Dewan Tertutup


And lastly, sebelum balik, bergambar dengan Hwai Jing, ex-student sekolah saya yang jadi guru ganti. Tadi adalah hari akhir dia bertugas. Lepas ni dia akan terbang semula ke UK. Dia ni ambil medicine. Bila ditanya...

"Amacam jadi cikgu Hwai Jing, seronok tak?"

"Seronok tu seronok tapi susah laaa.."

"Haaa, tau takpeeeee". Serentak kami yang lain-lain menjawab :D


Saya sudah berada di kampung ni. Sampai pukul 6.10 petang. Bertolak dari KL jam 3.50 petang. Sepanjang perjalanan banyak menempuh hujan lebat. Lebat giler sampai memutih. Syukur saya selamat sampai. Thanx to Nor, my osmet yang tumpangkan saya. Sebenarnya saya dah beli tiket balik Hari Jumaat, tapi tiba-tiba umum Hari Jumaat adalah cuti kan. Lagi pula Nor mahu beli biskut gajus di rumah saya. So dia offer tumpang dia je terus. Burn la tiket saya tu. Nak pergi jual, malas pulak.




_________
Hari Jumaat tu Cuti Khas, maknanya tak perlu ganti. Yahoooo!!!! :p

2 comments:

En. Bilik Sebelah a.k.a Cikgu Khairuddin said...

Me too tgh praktikum.. huhu..

hayad said...

cikgu khairuddin--> oh i c, selamat menjalani praktikum lah ;)

Followers