The Good Old Days



"Mentadak mentadu macam mana aku tido?"

Masa kecil-kecil dulu, kalau jumpe mentadak mesti tanya soalan gini. Zaman budak-budak yang asik ingat main je. Masing-masing tanya soalan yang sama. Mentadak ni pun dah bosan agaknya.


Mentadak atas tu macam tau je posing bila nampak lensa kamera saya. Dah moden ko sekarang ek?


Hurm, tetiba teringat zaman budak-budak dulu. Main je kejenye. Tak balik rumah, tak makan pun takpe. Asal dapat main dengan kawan-kawan sekampung. Mula-mula main atas tanah, pastu naik ke pokok. Pokok tu kononnya macam kapal angkasa Gaban. Bengong betoi! haha. Biasanya pokok yang banyak dahan la jadi sasaran. Biasanya port kami adalah pokok jambu kat rumah Wan Hendon. Dah la makcik ni rajin menyapu dedaun kat halaman rumah dia, kitorang pulak pegi buat daun-daun dari pokok tu jatuh berguguran dengan lebih banyak.


Teringat saat saya belajar kayuh basikal tanpa roda tiga. Selalu je jatuh sebab tak pandai balance badan. Tapi tetap dapat sokongan kawan-kawan. Sorang akan pegang belakang, sorang lagi akan pegang depan sambil kita belajar kayuh. Kalau ada yang lain masing-masing akan beri sokongan moral. Perlahan-lahan kawan akan lepaskan pegangan. Nampak kita macam nak jatuh, masing-masing akan segera memberi pertolongan memegang semula bahagian depan dan belakang basikal. Sokongan moral pada masa tu amatlah di tahap maksimum. Bila dah berjaya bawa basikal sendiri, balancing dah ok, tepukan gemuruh pasti diberi.


Hmmm, kanak-kanak. Takde rasa dengki. Masing-masing tolong-menolong. Beri sokongan moral tanpa jemu. Tapi bila meningkat dewasa kita kadang-kala lupa dan alpa. Masing-masing ada sikap pentingkan diri sendiri. [saya juga kadangkala begitu]. Manusia.. manusia..


Kalau saya dapat main, saya akan jadi lupa diri. Tambah-tambah bila aktiviti kami dilanjutkan ke sungai di belakang kampung. Sampaikan makcik saya yang suka menyibuk tu perambat saya dengan ranting kayu suruh balik. Kami akan mandi di lubuk yang pada masa tu memang dalam. Hapus sampai kepala. Ada satu pokok yang dahannya merentang lubuk tu. Jadi kami akan panjat batang pokok tu dan terjun ke bawah terus jatuh ke lubuk. Terer kan? hehehe. Masing-masing wajib buat pasal nak menunjukkan kehandalan.


Mandi sungai tanpa baju. Pompuan lelaki masing-masing pakai seluar je. Kadang-kadang je pakai baju. Bila naik darjah 4,5,6 dah mula rasa malu. Bila buat silap kawan-kawan lelaki akan ungkit yang kita penah tak berbaju dulu. Masa tu dah mula rasa nak masuk kepala dalam tanah. Hehehe. Hormon dah berbeza. Bila meningkat lagi usia, masing-masing dah jadi macam malu-malu. Tapi tetap bertegur sapa dan senyum-senyum kalau jumpe. Ada yang satu kelas hingga ke menengah, ada yang bertukar sekolah.


Sekarang masing-masing dah tak berhubung. Tiada lagi bertandang ke rumah masing-masing. Kalau dulu kami selamba-wa-wa je masuk rumah kawan-kawan. Dah jadi macam rumoh ko rumah ku jua :D


Cuma sesekali balik terserempak la juga. Kadang-kadang berselisih kenderaan. Masing-masing dah kendong anak. FYI, kawan-kawan sepermainan semasa kecil saya yang satu kampung semua sudah berumahtangga dan sudah beranak. Macam tak percaya je saya je yang tak lagi, hehehe.

Seronok jadi kanak-kanak. Takde perasaan takut dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Saya tak pernah takut untuk panjat pokok yang berdahan licin, terjun ke lubuk dan cekau tepi-tepi sungai untuk cari belut. Gile la kalau kena sengat belut. Tapi masa tu tak penah pikir pun pasal apa itu takut dan sakit. Masa mandi nampak kura-kura, boleh pegi tangkap kura-kura tu bawa balik rumah, lepas tu ramai-ramai buat eksperimen kat kura-kura tu. Masa tengah syok mandi tu juga penah sekali ada ular melintas. Tetiba semua takut, naik atas darat lekas. Tak sampai seminit, terjun balik. Ular ke mana takut ke mana.


Paling best kami dimomokkan dengan kononnya kalau kura-kura gigit jari, kena tunggu guruh berdentum kat langit baru kura-kura tu lepaskan jari kita yang digigit tu. Lepas je dengar tu kitorang semua takut dan lepaskan balik kura-kura tu ke sungai. Hehehe. Sangat suci kan kami? :D


Saya penah jatuh dari pokok jambu. Masa tu jatuh terlentang mengadap ke langit. Masa dah jatuh tu tetiba rasa tak boleh gerak seluruh badan. Mata pandang atas je. Kawan-kawan mengerumun. Saya nampak muka mereka semua panik tak tau nak buat ape. Yang saya ingat diorang tanya saya ok ke tak sambil diorang gerak-gerakkan badan saya. Tapi saya tetap kayu. Nak cakap tapi suara semacam tersekat di kerongkong. Tapi lepas diorang gerak-gerakkan badan saya tetiba boleh bangun balik, hehehe. Terlumpuh seketika sebab hentakan masa jatuh tu kot, hehe.


Kitorang budak pompuan penah gaduh dengan sorang abang ni yang masa tu dia dah sekolah darjah 6. Kami perang-perang mulut. Sekali dia tendang perot saya. Senak wooo. Mengadu kat abah. Abah marah dia, hahaha. Padan muka. Lepas tu opah yang memang pandai mengurut, urut perut saya. Sebenarnya perot tu takde la sakit mana. Hati lagi sakit. Rasa nak flying kick balik je abang tu. Nasib baik ko dah darjah 6 masa tu! [kononnya ada rasa respek lagi la pada senior, kekeke]


Tapi dalam banyak-banyak yang saya buat tu ada 2 benda yang saya takut. Nak tau ape?




Bunyi blender dan bunyi keretapi, ehe.


Kalau mak masak, tetiba saya dengar bunyi blender saya akan cepat-cepat lari meyorok belakang pintu. Gile takut bunyi blender tu. Pasai ape ntah. Bunyi blender tu pada saya macam menggerunkan.


Dulu opah ada kebun di tanah rezab keretapi. Saya selalu ikut mak dan opah ke kebun tu petang-petang. Macam-macam opah tanam kat kebun tu. Saya datang sebab tujuan utamanya adalah untuk main. Suka main kat landasan ketapi. Letak telinga kat rel ketapi konon nak dengar bunyi ketapi kalo ketapi dah nak datang. [ni gara-gara tengok tv la, pelakon tu wat cenggitu]. Tapi saya tak penah dengar apa-apa, hehe.


Tapi kita boleh tau ketapi akan datang bila dengar bunyi hon ketapi sayup-sayup kedengaran. Opah akan menjerit pada saya suruh lari dari landasan. Masa tu akan bergegas lari cari mak dan berdiri menyorok belakang mak sambil kepala terjongok tepi pinggang mak sebab nak tengok jugak ketapi tu, walaupun takut. Saya takut sebab pada saya bunyi ketapi tu amat menggerunkan, hehehe. Kadang-kadang ada penumpang dalam ketapi tu yang melambai tangan, pastinya saya akan lambai balik tapi tetap dalam keadaan menyorok belakang mak. Lepas ketapi lepas, baru sambung main semula.


Pelik betul la. Ape yang saya takut dengan bunyi blender dengan bunyi ketapi ntah la.


Wei! Panjangnya saya membebel. Sory ler, tetiba teringat kisah nostalgia zaman bebudak. Hmmm, dah besor ghopenyer aku ek? hehehehe.







7 comments:

Ina said...

bestnya dayah ada pengalaman tu sumer. mmg lain kalau membesar dgn kt bandar. kiter penah la merasa kejap jd budak kampung selama setahun lebih masa duduk rumah nenek skolah kt sana. even sekejap tp sempat la merasa. itu antara pengalaman paling indah dlm hidup. kalau la boleh ulang semula bestnya. kepala slalu terbyg2 je pengalaman tu sumer :D

ازلينا ااحمد‬‎ said...

Wah panjang dayah menulis kali ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman menarik tu

Ah Win said...

teringat jaman-jaman dahulu kala

Miss Neddy said...

Tiba2 neddy teringat kisah bebudak dulu... mmg best walaupun tak byk pengalaman mcm dayah ni... winduu sgt2 time tu...

Unknown said...

best.. best.. best..
dayah , jumpa lagi tak abg yang tendang tu? apasal banyak-banyak kawan dayah, dayang yang ditendangnya?

Unknown said...

best.. best.. best..
dayah , jumpa lagi tak abg yang tendang tu? apasal banyak-banyak kawan dayah, dayang yang ditendangnya?

Wolfis Black said...

zaman kanak-kanak adalah zaman paling best. kita tiada perlu fikrkan tentang kerja, tentang nak bayar hutang, tentang itu dan ini.

bila tak ada duit, mintak kat mak. nak baju baru mintak kat mak. nak makan mintak kat mak.

kira, kanak-kanank melihat dunia dengan satu persepsi yang senang.

Followers