Hari Pertama Sekolah Selepas Cuti Semester Pertama


Hurm, gile sakit kena bendera Jepun kat sekolah tadi. Dah la masa ketiga dia datang. Lambat lagi nak balik sekolah. Masa menahan sakit tu bibir rasanya dah tak berdarah plus seram-seram sejuk satu badan. Rasa nak tumbang pun ada. Tapi tahankan aje la. Masuk kelas pun saya tak mengajar, suruh budak buat kerja sendiri, nasib baik la Boss tak round masa tu. Kalau tak mampos. Budak pulak buat bising walaupun dah disuruh senyap.


Kilang telur aku dah macam nak pecah ok! Tak larat nak bertempik lagi. Gasak korang lah nak bising pun.

Ada tak sesiapa ada petua untuk hilangkan senggugut. Saya tak malu nak bicara soal ni. Sebab ini pun salah satu proses biologi manusia. Dulu saya dah cuba makan pil herba, tak jadi jugak. Ada juga ambil makanan tambahan dari produk-produk MLM yang macam-macam sekarang ni. Tak jalan juga. Tiap-tiap bulan mesti sakit jugak untuk hari pertama saja la. Hari seterusnya tak dah.


Lagi satu petua, orang tua-tua kata, nak hilang senggugut, kawen je. Nanti ilang ler. Ye ke? Ada setengah orang tu kawen anak dah setengah dozen pun masih senggugut lagi. Ape kes?


Sakitnya memang la tak lama. Tapi dalam 4-5 jam jugak la. Rasa gila meroyan jugak la. Ni belom sakit nak bersalin. Kalau bersalin tak tau la. Menurut kawan-kawan yang dah mengalami, 10 kali ganda sakit senggugut time nak beranak. Haish!



Dalam dok sakit-sakit tu tapi dah beransur-ansur nak baik, sempat lagi pergi Pusat Koko kat Taman Titiwangsa, belakang Istana Budaya tu. Pi join aktiviti Kokurikulum kat situ. Lepas sembang-sembang dengan peserta lain barulah tau yang diorang tu dapat surat yang dihantar ke sekolah, mengkehendaki sekolah menghantar seorang peserta untuk jadi wakil ke Pusat Koko ni. Ada yang kena paksa pun ada.


Yang kami bertiga ni plak [saya, nora dan nor] memang gatai pi join, sebab kenal sorang abang Pusat Koko ni, Abg Sham. Saya suruh Azwa tanya pasal aktiviti Pusat Koko ni, lepas Abg Sham kata datang je la arini, ada taklimat dan gerak kerja koko, kami bertiga pun pegi je lah. Nasib baik Nor dan Nora pun minat sama. Ada la geng, hehe.


Pusat Koko ni tempat latih guru-guru yang nak terlibat jadi coach untuk aktiviti koko macam kayak, rakit, cat crawl, snorkeling dan yang seangkatan dengannya la. Saya pulak memang sedang mencari-cari aktiviti yang berfaedah yang boleh dilakukan oleh saya sementelah kawan-kawan ronggeng saya sudah kawen dan pindah.


Setakat ini shopping seperti yang selalu dilakukan oleh pompuan-pompuan sejati itu belum lagi boleh menjadi terapi yang baik bagi saya. Sebab biasanya lepas shopping mesti saya menyesal pasal, "kenapa aku pi beli benda alah ni? Pasal benda alah ni bukan perlu pun?". Hmmm.


Jadi saya ingat, ingin menceburkan diri dengan aktiviti kayak contohnya. Tak sabar nak belajar kayak. Tup-tup Abg Sham kata datang je join Pusat Koko. Rezeki tuuu.

9 comments:

ruru said...

petua aku, minum air halia dekat nak period.misalnya ko da tanda kan hari ko period bila, so dlam 3,4 hari lepas tu minum..insya ALLAh ok.

hayad said...

ruru--> ooo ok, nnt bebrapa hari sebelum tu aku cuba minum air halia tu. i will try.

KAKTINY said...

salam cikgu hayad... petua senggugut?.. hmmmm.. kata orang.. petua nak hilangkan senggugut is KAWI N DAN BERANAK.. lepas beranak, takkan rasa sakit lagi...
TEORI NI kaktiny SAHKAN SEBAGAI...

.
.
.
.
.
"TIIIIIPPPUUUUUUUUUU".. sapa yg cipta teori tu mmg nk kena cepuk dgn kaktiny.. kaktiny dah beranak 2 KALI dah pun.. TETAP SAKIT SENGGUGUT LAGI.. APA KES?...

jadinya, kaktiny pun tertunggu jawapan dari kawan2 lain.. kihkihkih...

fiezabaiduri said...

salam..

bai ada jumpa byk petua kat sini..
http://www.blogcatalog.com/blog/dr-sexology/bf859c1478d8d2ca79e0a4d093cc751d

try la..

Pa'chik said...

sapa kata kawen ilang senggugut weh??
setau aku yang tak tau hapa... kalau senggugut... nak mengandung pun lum tentu lekat...

Rohaniah said...

senggugut ni boleh jadi jugak sbb masalah rahim kita sendiri...juga masalah darah...akak belum study detail lagi permasalahan ni...insyaAllah, sikit masa lagi akan ada la tu ceramah pasal ni....bila akak tau nanti akak cerita :D

ruru said...

dayah
aku tulis dlm 3, 4 lepas tu kan..
silap. pattnya dalam 3, 4 hari sebelom period boleh ler minum

snm | snm said...

cikgu :)

best blaja kayak! nnt blh capsize tbalik tbalik tu semua :)

Hafiz said...

ada ubat untuk rawat penyakit senggugut ni. pergilah berjumpa dengan doktor yer.

Followers