Kawen Jugak Akhirnya Kawan Ku

Saya kenal Cik Nurul sehari sebelum online subjek yang nak diambil pada semester pertama intake USM tahun 2002. Kebetulan kami sama-sama kalut mencari senior untuk ditanya, hehehe. Saya perasan dia bagi nombor telefonnya pada seorang senior tu dan nombor telefon Cik Nurul itu bermula dengan 013- 5 ******. Oh! Mesti orang Perak jugak ni.

"Awak orang Perak ke?". Kata saya.

"Aah, awak?"

"Perak jugak. Kat Kuala Kangsar. Awak?"

"Kat Lenggong".

"Oh, dekat je la kita".

Sejak dari itu kami jadi kawan. Tiada lagi ber'awak-awak'. Lebih mesra dengan ber'hang-hang' :) Satu course, major sama, minor je lain. Blok hostel pun sama. Kami kerap balik kampung sama. Praktikal pun dapat daerah yang sama. Sampai la kami kerja dapat negeri yang lain tapi masih dekat antara satu sama lain. Masih lagi balik ke kampung dengan Cik Nurul. Boleh dikatakan sejak dari USM sampai la dah keje kami kerap balik kampung dan pulang semula ke KL bersama-sama dengan saya sebagai penumpang kereta Cik Nurul, ehe.


Tapi Hari Jumaat, lepas Maghrib, Cik Nurul dah jadi Puan Nurul. Dia dah jadi isteri orang, huhuhu. Saya dah tak boleh sesuka hati beronggeng bersama Puan Nurul sesuka hati saya.


Kami semua sentiasa satu blok dari tahun satu sampai tahun akhir tapi kos lain-lain :) Walaupun saya ambil kos pendidikan, kawan pendidikan yang saya rapat hanya 2,3 orang je kot. Lain-lain semua bukan budak pendidikan. Saya tak kawan sangat dengan budak kos cikgu, hehehe. Tapi paling rapat dengan Puan Nurul la.

Malam nikah tu ada Majlis Berinai. Saya pun tak tau. Sebagai kawan baik Puan Nurul [baik ke? hehehehe] saya telah disuruh oleh makcik nurul untuk mencalitkan inai pada tapak tangan pengantin. Ooo, macam ni ke Majlis Berinai. Baru saya tauuuu.

Sabtunya majlis persandingan kedua mempelai. Selamat Pengantin Baru buat Nurul Salehah dan Salehuddin. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat :) [Salehuddin, hang memang kijam. Curik membe aku]

Ni pulak anak Ija yang bertudung putih tu. Giler comey anak Ija ni. Geram saya. Kudukung-dukung, kupicit-picit badan dia. Nak kat semua orang pulak tu. Semua orang nak pegang dia. Adoi la, kalo dapat anak comey macam ni memang tak keluar rumah dah aku, hehehe.

Balik dari kenduri Nurul, balik rumah saya kejap, kemas-kemas, rehat-rehat then kena pergi Ipoh pulak. Siti kena balik Terengganu bus pukul 8.30 malam. Tapi sebelum tu kami singgah Jelapang, rumah Kak Chah, senior kami yang sangat disayangi semasa di USM, hehehe.

Lepas tu Kak Chah ajak makan kat Medan Selera dekat Medan Gopeng. Seperti biasa, kami mengepow duit Kak Chah. Lepas makan-makan, Siti pun naik bus.. Ini kira reunion kedua kami. Tu pun sebab attend kawan kawen. Hopefully korang [Siti, Chieffy dan adik Siti] berpuas hati dengan layanan aku kat umah aku selama 2 malam. Semoga kita jumpa lagi lepas ni. Keep in touch okeh!

8 comments:

victoire said...
This comment has been removed by the author.
hayad said...

Keri--> ooo really? it sounds very rude to my ear en. keri. honestly! maybe anda cuba bergurau dgn ayat anda itu, tp tak tau kenapa sy rasa ia tidak patut dimain2kan nama saya.

Dayah adalah nama saya. dan Dayak adalah kaum peribumi. mungkin tiada yg salah tp i think u should be more careful when giving a comment.

TQ.

chieffy said...

puas hati la layanan hang spjg 2 malam kat umah hang..mau dekat sekilo laksa kuala kgsar dalam perut aku ni..bukannya laksa yg banyak..kuah laksa yng banyak..hehehe..

aku pecut 110-120km/j waktu ondway balik haritu..hopefuly aku x kena saman ngn polis..lalallalaaa..:p

ruru said...

biasa la tu dayah, people comes and people goes..
anyway , happy holiday, bestnye cuti!

victoire said...

ops sori sgt2 cikgu.
maafkan saye terlanjur kata.
insya Allah lepas ni saya x ulang lagi.

sekali lagi maafkan saye.

hayad said...

chieffy--> tu la. mmg laju hang bwk. takpe laju, asalkan still cekap, hehehe

ruru--> yups ruru. lama2 kita akan tinggal sorang.

keri--> takpe, lama dah maafkan. cuma sy ni jns yg akan bgtau kalo rs tak berapa puas hati :)

peace! v(",)

Kasawari said...

ni cikgu nurul yang kat PD tu ek.. yang masa camping ramai2 tu.. aduhai.. dah kawin ek.. ermmm senyap2 jer.. semoga bahgia hingga ke syurga..

hayad said...

kasawari--> aah ,cikgu nurul yg itulah. yg ms sy dan dia dtg ke camping msjbox tu. tu la, dah kawen dah diaaa..... :D

Followers