Hari Jumaat Hatiku Girang

Seronotnya hari ni dah Jumaat. Esok lusa cuti hujung minggu. Yeay! Bukan setakat seronok, dua ronok, 3 ronok, beronok-ronok rasanya. Rasanya nak duduk rumah je lah minggu ni. Nak lepak-lepak.


Tadi kat sekolah sempat bergambar dengan H*zr*, yang akan bertukar sekolah. Walaupun selalu bergaduh mulut tapi bila rakan sekerja nak bertukar, baru la rasa kehilangan ye tak? chewah!

H*zr* kata dia kena tukar sebab cikgu IT dah lebih + kononnya ada parent yang komplen H*zr* ni garang dan biasa la, dia guna cara cikgu dulu-dulu, kasi piap tangan budak dengan rotan kalau tak buat kerja. Itu pun parent komplen.

Cikgu denda mesti ada sebab. Takkan la kami sesuka sesuki hati nak denda budak. Cuba lihat muka-muka kami yang suci lagi murni ni. Ada muka pendera ke? Hehehe.


Suci la sangat! Hahaha. Adoi la, dia ni dah la jadi Ketua Guru Badminton. Lepas ni tinggal la saya dengan lagi sorang cikgu tu. Haiiishhh. Susah tau kalau bab-bab sukan ni takde cikgu lelaki.


Bulan 6 ni ramai cikgu yang bertukar sekolah dan yang keluar sebab dapat sambung belajar. Kak **da yang free hair tu pun akan pergi hujung bulan ni. Dapat sambung belajar di UKM. UKM taja buat master dengan PHD sekali di UK. Giler best! Kak F pun dapat offer sambung belajar full time bergaji penuh di UKM.


Cikgu yang keluar ramai. Cikgu yang masuk takde. Jabatan, tolong la hantar cikgu-cikgi ke sekolah kami. Amat payah nak dapat cikgu baru datang berkhidmat ke sekolah kami ni. Huhu.









_____________
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya bukan? Saya memang tengah ada masalah. Sabar, sabar. Kerana sabar itu sangat ajaib. Whatever doesn't kill you makes you stronger!

4 comments:

Sally said...

Dayah,

meh nak nyanyi siket..

"begitu hidup ini..tiada yg abadi..yg patah tumbuh..yang hilang berganti.."

..ahakkss..suara sumbang lerr mlm2 nih..akekeke..

ooooo..parents kat situ jenis defend anak2 tahap gaban ya..hmmmm..lecehkan..

hayad said...

tchersally--> most of them la yg gtu, tp tak semua la. antara cabaran dok sek tu benda2 gini lah, hehe.

Anonymous said...

senyum sokmo, cikgu yangbaju biru tu..mak dara atau anak dara lagi

hayad said...

anon--> yg bj biru tu anak dara lg. awatnya? berkenan ke?

haish, blog aku ni dah mcm jd pencari jodoh jer. kuang kuang kuang!


anon ni sape? letak la nama beb!

Followers