eee...Yew!

Semalam seharian saya tiada di rumah. Balik rumah dalam 2 jam je. Pagi, saya ikut Nor bawa budak ke Universiti Malaya. Ada kuiz OLIMPIAD MATEMATIK. Kami pergi satu bus.


Lepas habis kuiz, balik sekolah, then terus balik rumah. On the way tu beli lauk untuk makan tengah hari kat Restoran Bapak di Jalan Kuching, osmet dah siap-siap masak nasi. Makan tengah hari ramai-ramai. Lepas makan rehat + tidur sekejap. [ tido untuk proses penghadaman makanan, hehe].


Lepas tu pukul 3.30 dah janji dengan As, my osmet nak ikut Kasyful si pakwe as, [errr actually As's fiancee to be] pegi Cheras. Balik dari Cheras kami bertiga terus ke Selayang. Ada membe Kasyful buka kedai bekam lintah. Dia dok promote.


Saya memang dah lama nak try bekam lintah. Tapi takde geng. Sekali Kasyful tanya, minat tak nak buat. Jom je la. Saya tak kisah. Ajak As buat sekali, tapi dia tak nak. Geli kata dia. Takpe la, muka ko pun memang dah licin As weh.


Saya dan Kasyful je la yang buat bekam ni. Ala, tak rasa apa pun. Si Jeff tuan punyer kedai ni suruh saya buat set, 5 ekor lintah, RM60. Tapi tak gamak lak rasanya. Kita cuba je la dulu 2 ekor. Mula-mula saya macam takut jugak, tapi takde pape ah.

Lepas ni saya nak buat lagi. Nak letak 5 ekor plak. Saya pun memang ada resdung. As kata dia ada migrain, tapi geli nak buat. Hehe.


Lepas berbekam, pegi makan. Sampai rumah dah jam 11.30 malam. Asalnya hujung minggu yang kononnya saya plan nak lepak-lepak di rumah,tak nak pegi mana-mana, dah jadi aktiviti lain. Hehe.





_____________
Selamat Hari Bapa untuk abah. Lupe semalam hari bapa. Tak ingat pun nak sms. Maybe abah baca blog ni. So wish kat sini je lah :D Juga Selamat Hari Bapa kepada blogger-blogger yang sudah bergelar bapa kecuali Bapa Ayam.





7 comments:

disturbia said...

eiii.. tak geli ke dayah..
akak tgk cam gerun jer

hayad said...

kak disturbia--> tak rasa apa2 pun kak. dia tak merayap pun. kalo merayap mayb geli la jgk kot.

chekgu Bani Hassim said...

ingt ape bende la tadi...
kalau pikir2, geli gak...

hayad said...

chekgu Bh--> hehe, geli tu geli la tp takde la sampai tahap geli-geleman :D

arianna adrizal said...

aduh~ tgk je pun da rs geli geliman.. beraninya.

achik said...

elok sebenarnya utk buang darah kotor.. tp tgk pun dah geli, camno?? ;p

hayad said...

kak anne--> hehe, kalo geli tak dapek la den nak nolong :p

achik--> tgk mmg la geli, hik hik

Followers