Eeee, menyampah giler! $#%&*^@
Oooo, time dia tahu pulak nak mintak tolong. Tahu pulak tak reti buat. Hari tu saya mintak tolong sangat-sangat, cakap baik-baik, dia kira tak nak jugak.
Sebagai junior, saya pun hormat la kat dia. Tolong fotostat silibus semua bagai. Siap letak atas meja dia lagi. Tapi masa saya mintak tolong, tuuu dia. Bukan main payah!
Hari Selasa lepas budak-budak badminton ada pertandingan lagi. Kalau menang, hari Rabu kena datang lagi. Tengok-tengok menang. So Rabu kena bawak lagi. Masa saya tengah bizi urus budak di padang (pasal sepanjang minggu ni dan minggu depan penuh dengan acara padang sebaik je habis sekolah), dia call, guna nombor telefon sekolah.
"Hello, Hidayah. This is Pn. ****. Badminton menang. So esok u bawa budak pulak ok".
"Pn. ****, saya ni hari-hari kena urus budak untuk acara padang. Saya Ketua Rumah. Susah nak tinggal. Boleh tak Pn. **** tolong bawak badminton esok".
" I dah bawak hari ni, u bawa pulak la esok. U bagi la cikgu rumah u yang lain uruskan".
Hohoho, nak minta cikgu lain? Telah menjadi trend, siapa ketua, dia akan buat kerja lebih sket. Memang boleh mintak tolong, tapi saya pun macam tak suka menyusahkan cikgu-cikgu rumah saya yang lain.
Puas saya cakap baik-baik, dia tak nak jugak tolong bawak budak esok. Lepas letak telefon saya call Kak Farid, mantan Ketua Rumah Kuning.
"Kak Farid, macam mana ni? Bla..bla..bla..".
"La, dia bawak je la. Ko ketua, ada keje. Dia kan tak pegang apa-apa. Ko gi bagitau K".
Saya bergegas ke ofis. Masuk bilik PK KOKO. Dan explain segala.
"Takpelah, biar budak pergi sendiri je esok".
"Sory, En. K. Saya bukan tak nak. Tapi paham-paham je lah. Acara padang kena urus jugak".
Nasib baik dapat PK KOKO yang memahami. Esok pagi, Pn. **** jumpa saya, tapi dia pelik sebab saya berbaju kebaya pada pagi tu.
"Saya dah bagitau En. K, dia kata guru tak payah pergi. Biar student pergi sendiri." (Lagipun student tu kata dia suruh driver dia hantar. Cikgu ikut sekali naik kete dia).
"Kalau jadi apa-apa, u tanggung arrr". Boleh Pn. **** ni cakap macam tu. Padahal dia takde kena tugas pun berkaitan sukan-sukan ni. Saya pun malas nak layan dia, terus buat muka selamba. Malas nak layan sama ini orang tua.
Alhamdulillah, budak badminton selamat pergi dan balik. Tapi kalah. So Khamis tak payah lawan lagi la.
Tadi ada meeting Panitia, Ketua Panitia kata ada CD untuk mengajar. Saya pun cakap, saya nak. Boleh pulak Pn. **** ni cakap...
"Aaa, u tolong arr, tolong burn untuk I sekali aar. I donno how to burn".
What!!! Sakitnya ati gue! Mintak tolong tuuuu. Masa Ketua Panitia serahkan CD tu pada tangan saya, lagi sekali dia minta saya burn untuk dia. Nanti dia bayar kata dia. Saya ambil CD tu, terus paling muka dan wat muka menyampah. Geram seh!
Sekarang ni saya tak tau la nak burn ke tak untuk dia. Sebenarnya saya memang tak nak burn, saya nak save terus je dalam laptop saya ni. Malas ar nak burn untuk dia. Sebenarnya banyak kali juga dah saya berbakti pada Pn. **** ni. Memandangkan dia sudah tua. So kita tolong la apa patut. Tapi kali ni memang malas ah. Lantak hang la. Esok lepas pulang CD tu pada Ketua Panitia, saya nak cakap saya tak burn pun, saya save dalam laptop saya je.
___________
Senior memang perlu dihormati, tapi kalo dah takde give and take, bye-bye laaa!