Tahi Cicak


Tema hitam putih menjadi tema annual dinner tahun 2008 ni. Dua warna ni la menjadi kepantangan bagi saya. Memang tak masuk betul saya dengan dua kaler nih. Al-maklum la, kulit lahir bulan tak berapa nak cerah ni, haha!

Lepas maghrib saya, azwa, kak zi dan kak yana bertolak dari Desa Mutiara, Damansara. Sampai je Dynasty Hotel, rupa-rupanya kami orang paling lewat sampai. Majlis dah mula dengan ucapan dari Pengetua. Cepat-cepat ambil tempat masing-masing. Lepas ucapan-ucapan orang-orang besar ni, kami pun menjamu selera diselang-seli dengan cabutan bertuah.

Dan lepas tu tibalah acara yang ditunggu-tunggu. Haha. Persembahan oleh guru-guru. Sebagai seorang yang coooool lagi sporting saya dan kawan-kawan guru junior buat persembahan tarian A-go-go :p Dengan menggunakan lagu feveret saya, Malam Pesta Muda Mudi, haha. Lagu dalam cerita P.Ramlee. Lagu Pak Maun :D Sanggup Pak Maun tipu bininya pasal nak pegi Malam Pesta Muda Mudi, hehe.



Seronok berpartner dengan Azwa. I luv u Azwa. Nanti hari guru kita buat seperti yang dirancang ok! ;)

Senior-senior saya di sekolah :)


Persembahan oleh senior

We are the juniors

The VIP

Yang menyambut hari jadi. Hari jadi gue udah lepas la pulak. Huhu!

Permainan menjatuhkan kentang. Hanya sesuai untuk guru lelaki :p

Saya masuk game rebut bola ni. Satu bola pun tak dapat. Kalah teruk.

Dengan Lab Assistant yang selalu saya susahkan :D

Yang paling kanan bakal meninggalkan sekolah. Dapat tukar, ikut suami. Hilang sorang teman sekerja. Tak bestnyaa...

Banyak juga group kami menang cabutan bertuah yer? :)

Malam dinner ni AJK Kelab Guru tahun 2007/2008 telah dibubarkan dan dimumkan AJK-AJK baru untuk sesi 2008/2009. Dan saya telah tercalon menjadi sebahagian darinya. Ustaz jadi Pengerusi. Go go Ustaz. We will support u! Hehe.

Majlis habis jam 11.30 malam. Lepas tu terus balik. Dapat tido 4 jam je pasal pagi-pagi jam 6 dah keluar rumah dengan Kak Yana, kena iring Ketua Pengawas pergi Bilik Kebal ambil kertas soalan MUET. Pagi tadi jaga xm MUET di Universiti Pertahanan Nasional. Smart betul bebudak tu pakai uniform tentera. Penat seh jaga xm ni. Lepas ni kalau jaga xm boleh tak nak pakai selipar jepun jer? Ehe...

Ok lah, sekian dulu laporan dari saya.

Yang Menjalankan Tugas,

Cik Hayad la saper lagi!




2 comments:

Shah CJ said...

erk.. thn dpn ada lg ke agogo tuh. kan ustat yg jd pengerusi kelab guru. hehehe

hayad said...

cikgu jawe--> ustaz kitorang sporting la. hehehe

Followers