Hang Out

Semalam ke Mid Valley. Mahu berjumpa dan menyerahkan satu dokumen pada seseorang. Ada cerita di sebalik pertemuan dengan seseorang ni. Haha. Memang akan saya ceritakan. Pasal Cik Nurul pun nak tau, hehe.

Masa saya bersama orang itu, Azwa, rakan satu sekolah saya datang. Kebetulan Azwa memang nak tengok wayang. Tiba-tiba Azwa kata ada satu tiket lebih pasal sorang kawan dia tak jadi datang. Azwa offer saya replace tempat kawannya itu. Saya ok je. Kami pun tengok la cerita "10 Promises To My Dog". Ingatkan cerita omputeh, tapi cerita Jepun. Best giler! 5 bintang saya bagi.


Lepas habis wayang kami pergi makan. Kawan Azwa sorang tu nak makan burger. Kami pergi je la kat kedai burger sebelah McD di aras yang sama dengan wayang tu.

"Aku malas makan la Azwa. Burger aku tak mau. Korang makan la".

"Ok!"

Sambil tu saya perati menu-menu kat atas tu. Tiba-tiba tengok macam ada perkataan "Bacon" Burger... Ke aku salah baca? Tengok sekali lagi.

"Wei, napa ada jual "Bacon" burger?"

"Bacon tu ape?" Tanya Azwa.

"Bacon" tu baaa.... Lepas tu kawan Azwa cakap slow-slow kat Azwa. Kawan Azwa tu Chinese. Yeng Yeng namanya.

"Jom kita pergi kedai lain la". Ajak Yeng Yeng.

Jalan-jalan cari makan la kami. Pastu nampak kedai makanan Thai. Ok, jom! Saya order mee hoon tom yam.

2 bintang je untuk tom yam ni. Huhu.

Disebabkan saya peminat fanatik pada kopi, saya pun order Viatnamese Coffee. Sikit nak mampos. Pahit giler pulak tu. 1st coffee yang saya rasa tak sedap. Dah la RM5.90 segelas. Takkan order dah la...

Mango ice. Azwa order. Nice.

Kesimpulannya, hari Ahad saya dihabiskan kat Mid Valley. Mula-mula nak keluar kejap je. Tup tup terlama pulak jadinya. Mira housemate pesan beli topup pun saya tak beli. Takut dia merajuk, saya beli la Big Apple untuk housemates semua.


Balik rumah, saya terus cerita pada Mira pasal seseorang itu. Mira cakap kat saya jangan sedih-sedih. Tapi sikit pun tak sedih. Rasa nak gelak sampai nak guling-guling adalah! :D








8 comments:

achik said...

nak donutttttttttttt.. :D

hayad said...

achik--> jom dayah belanja, hehe

Ayaq masak said...

weh aku pun nak jugak

mazudi said...

happening nyer weekend.
Eh.. 10 Promises To My Dog tu camana citer nya. Aku sekarang suka layan citer Korea ngan Jepun laa.

hayad said...

ayaq masak--> kalo trn KL habaq la. aku blanje :D

mazudi--> sy ni kalo bab2 wat sinopsis mmg fail. cikgu leh try googlekan. pasti dpt sinopsisnya. tp mmg best giler la. sesuai sgt utk tontonan pd anak2. cerita yg ada moral value yg amat tinggi.

Anonymous said...

hi..im just a silent reader before this..but kali ni tergerak pula hati nk komen pasal bacon tuh..actually, bacon xsemestinyer daging babs (walaupun daging babs yg selalu digunakan..) daging2 len mcm ayam, turkey, kambing, lembu pon bleh jd bacon jugak..bacon adalah daging yg dihiris nipis2 dan mcm disalai gitu..lenkali boleh tanyer daging ape yg digunakan.. :)

Mirwan said...

salam dayah...

ermm...kdai seblah mcd tu ye..mmg x pnh pn g situ..sbb trasa was²..ehehe..

mmg tul definisi anonymous tu..tp tu lah, tp bila hati kita dh terdetik was²..so abaikan je lah kn...bli burger ramly lg sedap..kikikiki...

hayad said...

anony--> ooo gitu ka? yg saya tau maksud yg satu tu la. tp takpelah kot. mcm mirwan kata, kalo dh rasa was2 baik tak payah, hehehe.

btw, bertambah lg perbendaharaan kata saya,hik hik

mirwan--> yup, u r rite. was2 perlu ditinggalkan trs.

Followers