Lagi Kawanku Mengawan


Semalam ke kenduri kawen kawan sekelas yang ke ntah berapa orang. Saya pun tak kira. Dah ramai sangat dah yang kawen. Warna ungu jadi warna tema pilihan Si Rozie ni. Dia ni cikgu jugak, ambil KPLI. Asbennya dah mengajor di Sarawak. Lepas ni dia pun bakal ke Sarawak la jawabnya.

Lepas pegi rumah Rozie, saya dan Zila pegi umah Ina. Ina ni pulak bertunang. Dengan orang Banting, Selangor. Orang Jowo. Sedara-mara Cikgu Jawe kita la ni, kekekekeke :p

"Berapa orang lagi ek kelas kita yang tak kawen lagi? Sekarang ni dah 3 orang yang dah bertunang, kira sebelah kaki dah lepas la tu", Zila sedang mengira-ngira dalam kepala otaknya.

Lepas tu dia menyambung,"Yang tak kawen lagi, Ida, Yati, Nana, Yana.... aaaa, kamu!". Kamu itu merujuk kepada saya. Hampeh!

"Aku nak tengok sapa paling last!". Kata Zila lagi. "Siapa yang last kena buat grand-grand". Tambahnya lagi.

Ada 5 orang lagi ek? Ramai lagi tuuuu... Rilex lah! Hehehehe.



______________
Opps! Lupa nak wish. Happy Holidays to all Teachers in Malaya :)





14 comments:

cikgu jawe said...

ehehehe.. satu demi satu kawan ko kawen dayah. kalau ko paling lambat, maknanya ko kena buat yg paling grand. betul tuh!

wong jowo pilihan paling baik. rajin dn penyayang.. muahahaha!

perak+jowo = parjo :)

Ayaq masak said...

baik ko kawin cepat, takyah buat grand, ngabih duit je. haha.

Anonymous said...

kalu belum ada berpunya boleh saya tolong carikan...orang kedah ada yang kosong ni. setakat nak balik kuala kangsar 1 jam dah boleh sampai.

hayad said...

cikgu jawe--> tu la, ko carikan la aku sorang org jawe. nk yg ensem tau!!! hahahaha

ayaq masak--> kalo byk duit tak salah ngabihkan duit. masalah org sekarang, takde duit tp nk ngabihkan jugak duit.

anonymous--> hehe, teman takde le nak kawen lg. bior le kawan2 teman kawen dulu :D

hayad said...

eh anonymous! siapakah gerangannya org kedah tu? kekekeke

Mazarina said...

aiiii...cik dayah...pekabo??org kedah pun ok gak...dekat ngan perak tuh..huhuhuuu...x pun, sy carikan org srwak...nak?nak?

hayad said...

maza--> hahaha, sarawak? boleh. asalkan kaya dan nak dok semenanjung, kekekekeke :p

achik said...

musim mengawan datang lagi.. ;p

hafiz238 said...

takper, ada lagi 5 orang tu. so tak perlu risau nak kena kahwin cepat....

susah-susah sangat, suruh ajer mak dayah tolong carikan ;)

hayad said...

achik--> ya, betul! hehe

hafiz238--> heh, sy takde la rushing nak kawen lg psl nengok kawan2 kawen. masanya pastikan tiba ye tak. jodoh semua dah diatur oleh Yang Esa :)

Chekgu BaniHassim said...

aku stuju ngn recomendation CJ tu...
huhu...

mrsazi said...

happy holiday dayah :)

hayad said...

cekgu banihassim--> hahaha, msti la ko setuju, ko kan org jawe :p

mrsazi--> kak apple! nape yer kdg2 tak leh access blog akak. kena sign plak utk reader

hahaha said...

amboi2 nak org jawa kakak sorg nih...
aku nih yg dok dlm kwasan jawa pun tak jumpe2 lagi
hehehe

Followers