Pudin Kawen

Saya sudah kembali semula ke KL. Sepanjang perjalanan hujan, dari Perak sampai la ke Jalan Duta. Semalam sempat pergi kawen Pudin. Ni la membe yang selalu wat saya sakit hati. Tak abeh-abeh mengata kulit saya. Tapi saya tak heran pun. Sikit pun tak amek hati :)

Malu-malu kuceng la konon. Nyampah aku!

Ko pehal Pudin?



Ramai kawan-kawan tak datang kenduri Pudin yang kat kampung ni. Diorang dah pergi rumah perempuan di Serdang. Ok la Pudin, selamat bercucuk tanam la untuk kalian. Semoga membuahkan hasil yang baik, ehe.







__________
Siang tadi sempat teman mak pergi kenduri kawen anak kawan mak. Masa nak balik nampak Cikgu Mazlan Harun, guru muzik saya semasa sekolah rendah. Cepat-cepat saya press motor. Dia dah nampak saya. Tak nak saya jumpa dia. Takut! Kalau terserempak dengan dia mesti rasa macam saya ni masih darjah 4,5,6. Kami semua takut dengan Cikgu Mazlan ni. Cengih nak mampos. Dia penah ketuk paler saya pasal tangan keras tak reti main recorder, hehehe. Tapi tetap respek cikgu tu, cuma takut je kat dia, hehe. Macam la saya budak-budak lagi nak takut. Tapi siriyes takot wooo :p

5 comments:

cikgu jawe said...

erk!. aku tgk pudin tu dgn bdk tudung merah kt blkg pengantin pompuan mcm sama je rupa paras dia.

mcm ada serasi je aku tgk.. kekekekeke

larriiiikkkkkkkkkkk!! hahahaha..

DeeN said...

Apahal Pudin tuh?
Hehehe.
Isk, muka pudin tuh macam muka kawan aku daaaa. Seriyes.

arsaili said...

salam..hahahaha...sama la kita ..jari keras..tak reti main recorder...terasa hampeh jer subject muzik ni...dah la cikgu muzik tu psycho...

kakLuna said...

mengawan lagi kawan2 dayah ek..hehehe

nino said...

salam dayah..selama ni akak sileeeent je..akak pun pernah lari/sembunyikan diri bila nampak cikgu kelas kat paso minggu tepi tebing sg perak...kat lembah tu..(akak org kole kangso gak) akak cpt cpt sembunyi...sembunyi sebab la ni akak 'tergemok'dah tak cun lagi. dulu cikgu tu pernah la jadi abg angkat kejap. malu la dia tgk akak gemok..hiks

Followers