Jamuan Akhir Tahun

Hari ni ada jamuan kelas saya. Tapi ramai juga ahli-ahli 3 Cekal yang tak datang. Maklum la, dah nak cuti sekolah. Ada yang start tak datang lepas habis PMR hari tu lagi. Saya sebagai guru kelas, risau juga pasal jamuan ni. Risau makanan tak cukup. Risau ada cikgu yang berkecil hati sebab tak dijemput, macam-macam lagi lah!

Tapi Alhamdulillah, semuanya ok. Makanan pun semua habis dan cukup. Lega saya. Cikgu-cikgu yang datang pun makan ok semua.

Strawberry Short Cake rasanya nama makanan ni. Si Alysha yang bawak. Bila saya tanye resepi, kata dia, "Family Recepi cikgu". So paham sendiri lah. Biasala, orang kaya-kaya ni kononnya ada satu-satu benda yang jadi trademark untuk family dia. Huhu.

12 kotak Domino Pizza semuanya licin licau!


Blueberry Cheese Cake by Secret Recepi

Indulgence Cake, Secret Recepi gak. Teringat pulak recepi cake ni yang saya belajo dulu. Tak buat-buat pun lagi, hehehe.

Potong kek ramai-ramai.

Saya dapat sejambak bunga oleh geng Gloria, Affiah, Ainaa and Alysha. Diorang ni dalam kelas macam-macam geng ada.

Kak Zi jeles, dan terus merampas bunga itu dari saya lalu berposing dengan bunga tersebut, hahaha!

Yang kena dukung tu la Ketua Kelas 3c. Paling 'besar' di dalam kelas :p


Ni hadiah yang mewakili semua kelas.

Dapat 6 bijik gelas ijau ni. Tau pulak bebudak ni saya suka hijau, hehehe.

And this mug. Cute!


Bunga dan kad Thank You yang tertulis kata-kata yang menyentuh kalbu, ehe...


Ok lah, nak pegi mandi dulu. Malam ni ada keje sekolah lagi nak dibuat. Ada ke patut esok ada Pengembangan Staf lagi. Hari Selasa depan pun ada. Dah la masa tu cuti sekolah. Tak cukup kembang ke? Saya rasa dah terlebih-lebih kembang dah cikgu-cikgi SMK S*** H******* ni, hehehe.





8 comments:

Ayaq masak said...

amboih sikret resepi sampai dua bijik plak tuh. tingat dulu2 nak beli utk jamuan kelas jugak..berat gile tangan nak chip in duit sebab kek tu mahalllllllllll huhuhuhuh....

hayad said...

ayaq masak--> ala, duit kelas aku byk la plak. pastu menang plak 2 pertandingan, dpt 400. tapi kalo takde pun , bebudak tu ada yg akan sponsor. huhu

mazudi said...

Agaknya kalau cikgu lelaki macam saya ni, jarang kelas buat jamuan akhir eek. Tak pernah pun terpikir nak wat jamuan. Kesian.

Acik Aminbakish said...

pergh jamuan... menu best!!!

ari tu kelas akak buat jamuan menu simple je. Masing2 pakat bawa sorang sikit. Bihun goreng (mak budak buat), rojak ( pakat-pakat budak bawa sengkuang, timun, nenas, pelam dan rojak), agar-agar, roti jala (cikgu sponsor ehehe), buah rambutan dan ciku (budak bawa), coklat (budak bawa), sumi (budak bawa), kek ngan air sirap (duit kelas).

Nak kutip duit kelas banyak2 tak boleh, jadi pakat bawa sumber yang ada di rumah. :) tapi tak lawan menu kelas Dayah... hehe

Alex Lacey said...

bila nak balik kampung?

13may said...

waaa...selamat bercuti cikgu :)

banat @ saffa @ hazwani said...

adush~xtahan tu tgk cake strawbery tu, terkeluar ayaq liur ni.haha.
adeke scret rcpe wat jamuan?mmg kayo ni!budak2 skg:P

kite dah zoom in dah card tu..bangge je kan kalo anak2 murid tulis gitu!!

go..go..kak dayah!

hafiz238 said...

bestnyer jamuan tu. banyak juga makanan dan kek kan.

p/s: mesyuarat pengembangan staf ni bincang apa yer? plan untuk tahun depan ker?

Followers