Ponteng Dengan Sebab Yang Baik :p

Hari ni saya buat satu kejahatan, huhu. Saya tak pergi sekolah arini. Lepas saya solat subuh, saya tido balik. Saya bagitau osmet saya nak ambil cuti rehat.

Dalam pukul 8 dapat kol dari Nora.

"Wei! Ko tak gi sekolah sebab aku tak tunggu ko ke tadi?" . Memang semalam saya cakap kat Nora nak tumpang dia pegi sekolah.

"Tak lah, aku sakit perut. Ko cakap kat Kak Zura aku senggugut". Pastu saya tido balik setelah memutuskan talian dengan Nora.

Tengah hari dapat kol dari Laila pulak. Cis! minah ni mesti akan mengantoikan aku.

"Woi! Ko tak gi sekolah sebab senggugut keeeee sebab nak marking paper?"

"Hahahaha! Wei, aku nak marking paper. Ni tengah marking ni ha. Hehehe!!!".

"Tu la, Nora cakap kat aku ko tak datang sebab senggugut. Aku kata, dayah ni senggugut ke nak marking paper, hahahahahaha!". Hampeh betul si Laila ni mengantoikan aku.

"Wei, ko diam-diam ek! Aku nak abehkan marking ni. Paham-paham la kelas ko ni. Kelas pandai. Jawab panjang-panjang. Jenuh aku nak baca".

Akhirnya saya berjaya habiskan juga menanda. Berpinau-pinau mato den! Saya akui memang kesalahan saya, lambat tanda. Markah sepatutnya diberi pada guru kelas Jumaat lepas lagi.

Tulisan si Rudy ni memang aku rasa nak juling bijik mata.


Tulisan Edwind pun sama.


Hahahaha! Padan muke! Tak tau kenapa, saya memang suka bagi soalan susah. Tak ikut lansung piawaian membuat soalan. Pastu saya kedekut markah. Huhu.


____________________
Esok ada jamuan kelas :)


4 comments:

Ayaq masak said...

isk2 takmo aku masuk kelas hang. huhu. cun gila tulisan rudy. bagi aku lah. stylo. heh.

najwan said...

weit, ko kedekut markah ye..

Ina said...

ganas la tulisan student dayah. tulisan2 para professional or korporat ke apa ke sumday ni. kalau kiter xsanggupla nk tanda2 kertas dgn tulisan begini. bukan anak murid yg nangis sbb dpt markah sket. kiter yg nangis smbil menanda. nway gambattene dayah!

Anonymous said...

wah, cikgu untuk mendidik, bukan menghukum.

adakah mendapat kepuasan dengan melihat penderitaan orang lain?

menghukum akan menjarakkan, mendidik akan merapatkan.

semakin rapat semakin mudah.

renung2kan lah wahai insan2 mulia yg bertanggungjawab sebagai pendidik aka guru.

however, u all got my 1000% respect :)

Followers