Ke Pameran Potret


Saya baru balik dr KLCC. Pergi ke pameran potret di aras tiga KLCC. Ntah penama pamerannya pun saya dan Azwa tak paham. Pameran potret yang dirakam secara digital oleh Soraya Yusof. Kami asik gelak je sambil tengok-tengok gambo. Memang takde gaya orang seni lansung. Camera tak dibenarkan dibawa masuk. So tiadalah gambo-gambo. Bosannyeee...

Masa nak balik, hujan pula turun mencurah-curah. Amat lebat sekali. Terpaksa la kami menumpang teduh di sebuah pondok berhadapan masjid ni.


"Wei, lebat giler. Macam mana nak ke kereta ni? Takde ke apa-apa plastik ke wat tutop kepala?"

"Ada!". Kata saya. Sambil menjuihkan bibir ke arah depan kami.

Nah! Plastik tong sampah. Plastik jugak kan? Hahahaha!



Ok lah, nak sambung baca novel kejap. Adios!

3 comments:

Ayaq masak said...

sukanya aku tengok hujan lebat kawasan camtu... tenang... rasa nak pi main hujan.

hayad said...

ayaq masak--> tu la pasal. kalo tak mengenangkan seat kete yg bakal basah jugak, mmg aku dah p mandi dah tgh2 tu. geram je rasa.

mazudi said...

dah masuk musim tengkujuh kot kan..
rata rata hujan lebat la sekarang. Jap lagi ada yg banjir ni.

Followers