Majlis Perpisahan


Hari ni ada Majlis Titian Murni, majlis perpisahan Tingkatan 5. Majlis serahan sijil berhenti dan anugerah-anugerah untuk pelajar Form 5. Lepas tu mula la acara touching the feeling, salam perpisahan antara guru dan pelajar. Saya tak join dalam barisan pasal bertugas untuk dokumentasi, so kena la mengamek gambo-gambo.


Masa ni lagu-lagu penoh syahdu dipasang. Haha, ape lagi. Touching la touching. Dua orang student memang dah ditugaskan pegang kotak tisu.


Saya tak leh nak feeling sangat la. Pasal budak-budak form 5 ni saya tak ajor. Sekadar kenal gitu-gitu je. Lain la budak-budak form 4 dengan form 3 sekarang ni. Tunggu tahun depan la saya feeling sikit, hehehe.


Paling suka gambo ni. Si L**f* ni memang terkenal la dengan nakalnya. Cikgu Ila ni memang selalu la sakit ati dengan dia. Tapi dah namanya cikgu, takdenye nak simpan dendam dalam hati. Bila budak mintak maaf, otomatik boleh hilang semuanya.

Paling seronok, hari ni dengan tak disangka-sangka kelas saya dapat dua anugerah. Tempat pertama pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas serta tempat pertama juga dalam pertandingan markah program didik tertinggi. Dapat duit RM400. Seronok budak-budak kelas saya :) Guru kelas pun dapat hadiah RM60, hehe.

Makan besar la jamuan kelas minggu depan. Ditambah dengan duit kelas yang sedia ada ;)





3 comments:

cikgu jawe said...

kalau aku kan dayah. mana2 bdk yg conteng nama aku kt dinding, calar kete aku, gelar aku bkn2 dn lain2 lee.. aku TAKKAN maafkan hingga le bdk2 tu dtg jumpa aku minta maaf dn mengaku.

bkn aku ego dayah. aku nk ajr bdk2 tu rasa hormat kpd guru dn org lbh tua. dn jadi manusia beradab.

susah2 kita ajar. mrk jd kurang ajar kt kita balik.. huhu

hayad said...

cikgu jawe--> aah, kalo dh sampai tahap conteng nama kata nama kita bukan2, aku pun mls nak mahapkan melainkan dia dtg merayu betul2. padan ngan muka. kalo setakat nakal2 cenggitu je xpe.

hafiz238 said...

teringat pengalaman masa Form 5 dulu.

Budak-budak nakal time ni lah nak mengaku semua kesilapan mereka selama ni.

Followers