Tiada Tajuk Yang Sesuai :p

Dah dua malam saya di KL. Saya balik semula ke KL hari Isnin. Saja gatal. Mula-mula berniat untuk datang sekolah semalam, tapi tiba-tiba senggugut menyerang, maka terlantarlah saya selama 5 jam di atas katil hampir seperti orang mahu beranak. Ke bilik air dah beberapa kali. Kepala pulak dah berpinar-pinar.

Saya sms dengan Nurul, kata dia minum air masak banyak-banyak, kalau ada coklat, makan coklat. Saya pun dengan bersusah-payah pergi la menjerang air. Ambil coklat hadiah pemberian Panitia Sains hari tu, makan seketul, pastu minum minuman herba Intra. Air dah masak, saya pun minum. Lepas tu berbaring semula. Sedar-sedar jam dah 3 petang. Ahhh, legaaa....


Bangun je saya terus menyambung baca novel Faisal Tehrani ni. Suka saya dengan novel FT yang satu ni. Hari ni dah setel saya habiskan. Cerita tentang Ziryab, seorang lelaki yang meminati bidang jahitan. Novel ni tentang Busana Melayu, tentang songket, tentang Kurung Riau, tentang tenun-menenun, tentang tulang belut dan macam-macam lagi bahasa-bahasa jahit-menjahit yang memang saya tak tahu. Saya jahil sikit bab jahit-menjahit ni. Jahit jelujur pun tak lepas, hehehehe.

Saya berkira-kira untuk menghadiahkan novel ni pada Man. Cucu jiran saya di kampung. Man sekarang ni sedang belajar jahit-menjahit. Memang meleleh air liur tengok Man ni mereka-cipta baju dengan jahitan manik yang vouge-vouge. Kata Man, Raya Haji yang mendatang ni dia nak ajar saya jahit manik pada baju dan tudung. Heh heh.. tak tau saya mampu buat atau tak :p

Nanti kalau saya dah terer bolehlah saya mengambil upah menjahit manik pula, hehehehe. Macam sempat jer. Pigidah!






_______________
Kak Razmah, Kak Noni dan Kak Kopi Suam, saya tak dapat nak buat kueh raya untuk raya haji ni. Memang tiap-tiap tahun tak buat untuk raya haji. Raya pose tu memang buat la. Sory tau! Jangan merajuk sampai tak nak tempah raya pose nanti pulak tau! Ehe :D

6 comments:

nurnana said...

bila cuti skolah je, aku teringat kau.

Сикгу Джейв said...

kalau ko pun pandai menjahit. sapa nk ambil upah menjahit. ko pandai buat kuih udah lee.. hehe

Ayaq masak said...

comel gile kulit buku tu. hehe.

hayad said...

nurnana--> ooo, hari yg bkn cuti sek tak ingat la ek? :p

errr, mcm mana nak menyebut nak menaip nama cik/en/puan/tuan yg kedua ni ek? ---> sy tak amek upah menjahit punyer, tak reti menjahit pon :D

ayaq masak--> tu la pasal. aku beli pun sbb kulit dia cantek. mmg aku judge the book by it cover la, hehehe

hahaha said...

dayah...suggest aku novel best2....
aku dh rindu sgt nk baca novel nih..cuma masa je takde tak sempat taun dpn bile dh abes blajo aku nak abeskan masa ngan novel2

hayad said...

hahaha--> aku tak reti la nak suggest novel neh. aku main hentam je mana yg aku rs nk baca. kdg2 dpt yg best,kdg2 dpt yg hampeh

Followers