Mainan Tidur?

Semalam saya mimpi saya dapat naik kapal terbang.

Saya rasa seronok sangat masa tu.

Tibalah masanya kapal terbang tu nak terbang.

Masa kapal terbang tu nak naik, rasa takut juga.

Posisi jadi mencerun 45 darjah. Rasa takut sangat.

Tapi lepas tu kapal terbang tu mendatar semula. Tak boleh nak terbang.

Kami yang kat dalam tu semua risau + sedih.

Perasaan saya lebih kepada sedih. Sebab saya nak sangat merasa naik kapal terbang.

Masa tu perasaan saya seakan-akan seorang budak kecil. Bukan dewasa berumur 25 tahun.

Kapal terbang tu bergerak di kawasan mendatar dengan kelajuan yang laju untuk cuba terbang naik kembali.

Tapi masih tidak boleh.

Saya di seat penumpang rasa sedih amat.

Lepas tu saya tak ingat apa-apa dah.

Saya tersedar dari tidur pun sebab dengar suara Kak Esha depan rumah ni memanggil nama saya.





________________
Saya selalu mimpi untuk naik ke tempat tinggi tapi tak berjaya. Bila nak sampai ke puncak je, saya rasa seakan diri saya terbalik seperti mahu jatuh. Saya selalu mimpi panjat tempat tinggi seakan gunung, tapi akan berkesudahan dengan kekecewaan. Ada makna tak mimpi saya yang semacam ini. Saya takut maksudnya, saya takkan berjaya pun dalam setiap sesuatu yang saya kerjakan...

7 comments:

Anonymous said...

sblm tidur, ambil wuduk, baca 3 qul, baca tasbih tahmid takbir..

tak ada apa2 le dgn mimpi awk tu. selalu org tua kata mimpi beri alamat sebaliknya. :) insyallah.

Unknown said...

mimpi tu mainan tidur :)
kalau ada usaha, insyaALlah berjaya.

mrsazi said...

air asia kan dh murah la ni. tak yah la mimpi2 lagi :)

setuju dgn Acik - mimpi tu mainan tidur..

Mazarina said...

hye...hehhehee..sy pun mimpi pelik smalam...tp dayah, yg saya tau...kalo mimpi jatuh dr tempat tinggi maksudnya Allah marah pd kita..mungkin ada perbuatan kita yg x elok..kalo jth dr tmpt tinggi..kalo nak naik dan x sempat naik, x tau ambo nak kate..hehhee

hayad said...

maza--> ye ke maza?? betul agaknya. mmg kita manusia ni selalu wat dosa tanpa sedar pun kan... takutnya dayah.

Anonymous said...

klau mimpi jatuh dari tempat tinggi, tu tandanya mimpi kita diganggu jin - ini menurut kata2 ustaz darusyyifa

hayad said...

najwan--> haaa? ye ke weh? takotnya akuuuu. ape aku nk wat ni?

Followers