Lelaki Oh Lelaki

Tak tahu macam mana saya nak mulakan cerita ni. Sepatutnya cerita ini diceritakan sebaik sahaja ianya berlaku. Barulah bertepatan dengan perihal blog saya, "My Blog Is The Story Of My Life. A Living Diary. If It Happens I Blog It".

Namun begitu ingin juga saya kisahkan akan perihalnya kesah saya ini. :D

Bermulalah sebuah cerita di mana saya sedang resah-gelisah mencari guru untuk menggantikan saya menjaga exam SPM. Sehinggalah Kak Zi rakan sekerja saya memberikan nombor telefon seorang guru lelaki kepada saya. Dengan segera saya sms beliau. Dengan harapan beliau bersetuju untuk menggantikan tempat saya. Sebelum itu telah saya khabarkan pada Kak Zi agar memaklumkan kepada guru tersebut akan habuan yang bakal beliau terima jika setuju untuk menggantikan tempat saya.

Sms saya dibalas dengan positif sekali. Beliau, guru sekolah rendah itu setuju untuk menggantikan saya. Bermula dengan sms untuk mendapat persetujuan, sehinggalah meleret bertanyakan itu ini. Beliau yang memulakan. Dengan bertanyakan bermacam-macam hal pada saya. Sampailah kepada soalan "Bila mahu kawen?".

Ahhh.... menyampah sungguh saya dengan soalan nan satu ni. Cuba tanya soalan, "Kamu nak jadi kaya tak?" bagusla jugak! Soalan beliau itu saya jawab, "Tak tau la bila. Awak pulak?"

"Saya tunggu awak la. Tu pun kalo awak sudi". Harharharhartamas! Nak guling-gelentang saya rasanya dengan ayat beliau itu. Nasib baik saya sedang berada di dalam kelas. Nanti terkejut beruk pulak anak murid saya melihatkan guru mereka berguling-guling di lantai sambil gelak tak hengat dunia.

Beliau ada menelefon saya. Saya angkat. Dan pastinya saya membuat suara yang tegas tanpa ada nada-nada lunak yang bisa mencairkan hati beliau. Dan memang menjadi kebiasaan saya jika ada panggilan yang saya tak kenali, pasti akan mendapat balasan begini... " Ni siapa? Nak bercakap dengan siapa?". Jika di talian bertanya saya, saya ni siapa. Pasti jawapan saya, " Awak kol saya, awak tanya saya siapa pulak? Awak nak cakap dengan saper??!!" . Sure lepas tu si pemanggil akan mohon maaf dan mengatakan salah nombor, hahaha. Padan muke!

Arakian si guru lelaki ini pun mungkin sudah asyik masyuk dengan saya. Tak berhenti-henti sms beliau. Di sekolah ketika di dalam kelas pun masih dikirimkannya sms. Saya sudah berjanji dengan beliau untuk berjumpa. Tapi aha, bukan untuk berdeting, tapi untuk menyerahkan surat pertukaran nama saya kepada nama beliau bagi menjaga exam SPM.

Beliau juga ada menyatakan, tak payah la memberi habuan yang saya janjikan tu. Dia suruh saya simpan saja duit saya tu. Dia minta saya belanja dia makan saya, sudah memadai katanya. Wah! Mulianya hati, hahaha.

Pada suatu malam saya bertanyakan pada beliau ada frenster kah? Apakah? Hahaha. Kata dia ada. Masa itu jam 12.30 malam. Saya sememangnya selalu jadi burung hantu, memintakan ID beliau supaya boleh saya add as fren. Tapi katanya dia tak online sekarang. Saya kata, tidak mengapalah, biar saja saya add dahulu. Tapi beliau menolak. Kata dia, tunggu sekejap, dia ke kedai mamak yang ada WIFI. Sanggup tuuuu.... Ni mesti kes tak mahu saya lihat muka dia dulu. Hensem sangatkah? Apakah? Hahahaha!

Saya pun menunggu dengan sabar. Sementara itu saya memang sudah smskan pada beliau emel address saya. Lama kemudian, hampir setengah jam, dia sms menyatakan dia sudah add saya dan mahu pulang ke rumah semula sebab sudah mengantuk. Saya pun meng'refresh' frenster saya. Kelihatanlah ada manusia baru yang add saya. Saya accept. Tapi hampeh, satu gambo beliau pun tidak ada.

Sampai ke petang esok, tiada sms yang saya terima dari beliau. Selalu tu pagi-pagi sebelum loceng berbunyi dah keluar bunyi doraemon di Norkiah saya ni. Hahaha, saya faham benar akan situasi ini. Dan saya cukup dewasa untuk faham ;) Saya fikir, mungkin beliau teramatlah hensemnya dan pada beliau saya tidak berpadanan dengan beliau. Tak mengapalah. Teman idok la kesah pun. Sikit pun takde asyik masyuk selama bersms dengan beliau selama seminggu itu. Janji ko nak ganti aku jaga SPM sudah, hahaha.

Akhirnya, lewat petang itu, saya sms beliau. Bukan apa. Ingin menanyakan, ada atau tidak guru besar beliau menerima surat dari sekolah saya yang menyatakan beliau telah bersetuju untuk menggantikan saya. Setelah lama menunggu, saya mendapat balasan. Lega.... seb baik ko balas. Ahad ni aku jumpe ko, bagi surat tukar. Itu lebih penting. Cepat serah, cepat setelnye.

Ada beberapa hari lagi sebelum hari Ahad. Sms dari beliau memang sudah tiada lagi. Ada tidak pun beliau hanya bertanyakan tengah buat apa. Lelaki...lelaki. Hensem sangatkah anda sehingga lansung tak sudi sms saya selepas melihat saya di frenster? Apakah? :p Tak sabar pula saya mahu ketemu anda di Mid Valley Ahad nanti. Ahad pun tiba. Saya tiba di Mid Valley jam 11 pagi tepat seperti yang dijanjikan. Dia pula lewat. Masih dalam komuter katanya. Huh! Tak punctual lansung!

Saya menunggu hampir setengah jam. Ke hulu ke hilir la saya dalam bangunan tersebut. Akhirnya saya kembali ke ruang legar depan Jusco. Sms saya hantar, memberitahu lokasi saya. Tiada balasan. Saya tunggu deringan telefon dari beliau. Tiada juga. Akhirnya saya sudah tak dapat menahan sabar. Bukan tak sabar nak jumpe beliau, tapi perut saya ni dah berlagu keroncong, rock, pop yeh yeh semua ada. Dah la saya tak sarapan sebelum keluar tadi.

"Haa, awak kat mana? Dah sampai belum?"

"Dah".

"Saya kat depan Jusco ni?"

"Jusco mana?" Eleh, ini adalah taktik lama. Konon tak tau, sebenarnya nak tengok empunya badan dari jauh dulu. Tolonglah! Taktik kuno. Dah tak best untuk diguna,kekekeke.

"Awak nampak tak kedai World of Cartoon? Memory Lane? Ha, depan kedai ni awak leh nampak Jusco". Tak lama kemudian saya dengar suara sayup dalam telefon itu hampir benar dengan saya. Tengok-tengok dia kat sebelah dah.

"Huh! Saja buat tak tahu ek? Habis kredit je saya kol". Ooooo, inila rupa orangnya. Dalam frenster tak boh muka. Mungkin kurang keyakinan diri. Tapi ada hati nak tengok orang dulu. Saya? Saya memang sentiasa berkeyakinan diri yang tinggi, hahaha.

"Ok, nak makan kat mana? Saya dah lapar ni".

"Food Court je lah".

"Malas lah. Food Court ramai sangat. Saya prefer restauran".

"Ikut awaklah". Dan kami pun jalan beriringan. Eeee, geli pula rasa saya berjalan bersaing begini. Selalu tu saing dengan Cik Nurul je, hehe.

"Awak makan ape? Pizza nak?"

"Saya pun tak tau. Saya tak biasa tempat-tempat gini".

"Ok lah, jom pegi Laksa Shack la. Saya nak makan laksa".

"Aaa? Laksa?". Kelihatan muka beliau sedikit jengkel.

"Jangan riso. Nasik pun ada situ. Nasi rendang, nasi kerabu, semua ada".

"Oooo, ye ke? Ok". Sampai aje, terus saya meng'order'. Dan beliau kelihatan sedikit kekok. Saya bukakan menu dan tunjukkan pada dia bermacam-macam menu nasi yang ada. Akhirnya dia pilih la nasi rendang tok. Sambil makan, kami berbual-bual seperti biasa. Dia pada mulanya diam. tapi saya tak boleh la diam-diam ni. Saya pun tanya macam-macam. Banyak juga topik saya buka. Ha, baru best sambil makan bercakap. Ni makan senyap je. Apa kes????

Elok habis makan, Azwa rakan sekerja sms, beritahu dia pun ada di Mid Valley menunggu kawannya untuk tengok wayang. Tapi lambat lagi start. Terus saya ajak Azwa ke Laksa Shack.
Azwa pun sampai tak lama kemudian. Saya kenalkan Azwa pada beliau. Dan saya kenalkan beliau pada Azwa sebagai guru yang bakal menggantikan saya menjaga SPM.

"Dayah, kawan aku sorang lagi tak jadi datang. Nak tak replace tempat dia tengok wayang?".

"Aku ok jer".

"Takpe ye awak. Saya terus tengok wayang dengan Azwa lepas ni". Saya berbasa-basi dengan beliau. Yelah, saya berjanji keluar dengan beliau, tiba-tiba jumpa kawan saya, terus nak tinggalkan tetamu saya.

"Eh, takpe. Ok".

Selepas membuat bayaran, kami bertiga pun beredar. Sebelum saya ke GSC, saya memandu beliau ke arah pintu keluar ke komuter. Kata beliau, beliau tak tahu. Tak biasa. Al-maklumlah, kata beliau, di hujung minggu beliau duduk rumah saja, main game di PC.

"Oooo, ye ke? Tak bosan ke dok umah? Saya pulak bukan jenis home type". Balas saya semasa beliau menceritakan aktiviti beliau di hujung minggu.

Selepas beliau tahu mencari jalan ke pintu keluar, saya pun beredar bersama Azwa. Sedang saya berjalan itu, beliau sms, mengucapkan terima kasih atas belanja makan tadi. Kata beliau lagi, nanti dia belanja saya pula. Saya balas dengan kata-kata "sama-sama".

Saya dan Azwa beratur untuk membeli Pop Corn. Tak lama kemudian dia sms lagi.

"Awak, nak tanya, kawan awak tu single lagi ke?"

Segera saya tunjuk sms itu pada Azwa. Saya balas, " Dia single lagi. Kenapa? Berkenan ke? Boleh saya kenalkan?"

"Ye ke single? Betul ke dia takde pakwe?"

"Iye, dia single lagi".

"Ye ar tuh. Cantik macam tu xkan xde lg kot. Tp sy gurau je. Dia mesti nak cari yg ensem. Sy tak ensem pun,hehe".

Haaaa, tau takpe. Wakakakaka! Saya tunjuk semua sms dia pada Azwa. Dan saya ceritakan segalanya pada Azwa dari mula. Mula dengan bagaimana dia membuat ayat berbunga-bunga sukakan saya. Mahu mengenali saya dengan lebih dekat. Tapi itu semua sms sebelum dia meng'view' frenster saya. Selepas frenster di'viewed' tiada lagi sms berbunga-bunga. Hahaha, geli hati sungguh saya.

Lepas tengok wayang, kami pergi makan. Saya terima lagi sms dari beliau.

"Awak, betul ke dia xde pakwe"

Lagi sms beliau... "Cakap kat dia, esok sy nk ajak tgk wayang. dia nak x?hehe".

Saya tunjuk pada Azwa. Azwa kata, esok kan ada meeting jaga SPM. Tak payah lah. Saya reply ayat dari mulut Azwa tu pada beliau.

"Awak, sy nk minta no azwa boleh tak?"

Saya tunjuk pada Azwa. Azwa kata, tak payahlah. Ada rezki jumpa, adalah. Saya reply ayat dari mulut Azwa itu pada beliau.

Dan sehingga ke hari ini, tiada lagi sms dari beliau. Hahahaha.

"Dayah, ada lagi tak dia sms?" Tanya Azwa.

"Takde dah".

"Dah, tak payah layan. Ko berganda kali comel dari dia".

Auwwww!!! Blushing I tauuuu!!! hahahaha. Haru-biru betul la. Macam-macam Aznil sungguh la.

Saya cerita pada Kak Za, yang usianya muda setahun dari mak saya. Kak Za ni memang seorang pendengar yang baik. Dan nasihatnya seperti nasihat ibu kepada seorang anak.

"Takpe, itulah tandanya dia bukan jodoh awak".

Teringat lagi sms beliau. Beliau kata, "Ganti SPM untuk awak tiap-tiap tahun pun saya sanggup". Ayatttttt.... Hahahaha! Nanti tahun depan saya kena jaga SPM, saya nak try minta dia ganti saya lagi. Kita lihat apa jawapannya nanti :p



__________________
Haru sungguh la. Saya juga pernah jumpa lelaki yang minta saya bayar makanan dia secara paksa. Hehehe.

Oh ya, sekejap lagi ni nak keluar dengan Azwa. Daaa :)



13 comments:

Ayaq said...

ahahahaa gatai sungguh! kalau aku harammmm aku nak layan.

mrsazi said...

salam dayah..

saya pun penah jumpa dengan lelaki2 tipikal mcm ni. hampeh. sangat hampeh. mcm la bagus sgt.. (marah ni)

kakLuna said...

alah....gay lah tu..ha ha ha

ruru said...

em..what to do,
jenis macam tu tak boleh pakai
kesimpulannya. hehe

achik said...

menyampahnya lelaki camtu.. huh!!!

dayah akan dpt yg jauh lebih baik dari dia.. :)

:|: TinTa Kibod :|: said...

ai dayah..

tu namanya lelaki x sedo dri..lalala...

Ina said...

alahai bunyi dah macam naive je laki tu. mcm baik2 je bunyi nyer. tapi xsuka la org yg judge org tgk muka ni. sungguh la tak matang kan dayah kan? huhuhu. elok la tu dayah takyah layan. ssh jugak mana tau dia ni jenis pantang tgk org dahi licin. adoi klaka la mamat ni ;P

Unknown said...

aku selalu jumpe lelaki camni
bajet ensem padahal hampeh....

MomAuniAysar said...

lor..tu la lelaki namanya..huhu..gatai, pantang nmpk pompuan comey..huh!

Anonymous said...

kakakaka desperate sungguh!
memalukan kaum adam jek..

Anonymous said...

dayah..kalau aku jumpa laki tu mmg aku sepak ja...budget mcm bagus sgt..xpalah..mmg x sesuai buat laki pun.dh la hg yg byrkn mknan..x tau malu betoi..laki ni biasanya nk girl yg perfect ja..tp diri sndri x perfect..kesimpulannya laki skrg mostly mmg hampeh!!!<---heheheh..kaum adam..jgn marah ya..aku berckp ni brdsrkan pnglmn:)

chekgu Bani Hassim said...

huhu..
cerita yang pnjg...
tapi ade intro, klimax dan ending...
bulih buat kisah benar nih, kat tv3...dgn pengacara cine tuh...

hehe...

laki tu mmg bajet bagus laaa...
tu je yg aku nk ckp..
nmpk sgt menilai org dr luaran je...

Anonymous said...

ambil pengajaran..

saya baru berusia 23 tahun dah berumahtangga anak 1.

kita blh tgk keikhlasan dia dari cerita tu.so utk lain kalinya kalau belum jumpa tu dah nak kenal2 sms ini-itu, nmpk sgt lelaki ni tak serius dan sengaja nak memancing..

mmg tak boleh pakai langsung..

kadang2 pmpuan ni cepat perasan.. keadaan bgtu slalu d ambl kesempatan oleh dorang nih..

jangan tak tahu...

Followers