Aktiviti Hari Sabtu

Pagi tadi menemankan Cik Nurul berjogging di Taman Tasik Titiwangsa. Aktiviti jogging ini telah disuarakan oleh Cik Nurul petang semalam lagi. Jam 5.50 pagi saya sedar hujan turun. Lebat juga. Memang syiok la saya tidur. Dan saya amat mengharapkan hujan itu terus-terusan sehingga ke jam 9 pagi kerana saya sebenarnya mempunyai sedikit perasaan malas untuk berjogging, hehehe.


Tapi jam 7 pagi Nurul kata ujan dah benti. Boleh la kita pegi. Alahai! Terpaksa la saya bangun dengan malasnya dari katil. Mira housemate saya ikut sekali. Pukul 8 kami sampai di Taman Tasik Titiwangsa. Lebih kepada berjalan kaki je sebenornya daripada jogging :D

Balik dari jogging, jam 10 pagi saya buat nasi ayam untuk dijadikan santapan makan tengah hari. Hahaha! Bertambah balik kalori yang dah hilang di Taman Tasik pagi tadi, hik hik!

Lepas Zuhur saya, Nurul dan Mira pergi majlis nikah Yan. Yan ni kawan Nurul masa matrik. Asalnya bukan kawan saya la. Tapi sekarang dah jadi kawan la. Macam friendster tuuu. Kawanmu kawanku jua :p

Tak sabo nak tengok gambo kami buat aksi gile bersama pengantin kat fotopages jurufoto Yan ni, ehe. Ni je la keje saya di musim cuti sekolah ni. Iaitu menghadirkan diri ke majlis kawen kawan-kawan. Kalau ada kawan kawen kat Burma pun saya pegi agaknya :p


Ok lah, stop sini dulu. Nak mandi. Cau cin cauuuu!!!!

4 comments:

Anonymous said...

dayah..posing ni macam kita pi taiping dulu..ingt x? yg kita sewa keta wira merah tu..heheheh

hayad said...

chiefy--> aah, aku ingat. ms tu ct payung pakai jubah itam. kak sue pki bj kurung, hahaha. konon habis baik la diorg ms tu, kekekeke

chekgu Bani Hassim said...

ahaha...
jogging ke posing??
huhu..
hang keding xpe..
makan kolestrol byk pun xgumuk...

hayad said...

chekgu BH--> aku ni bdn je keding, tp pnh test kolestrol, tinggi gak, ehe

Followers