Satu Soalan Bernilai RM150

"Kamu tolong jawab soalan, cikgu tu bagi 150 kat kamu"

Wahhh!! Menarik..menarik, ditambah lagi saya yg memang dalam keadaan kering kontang nih. Tetiba saya menjadi mata duitan. Bling!! bling!!

"Soalannya ape?"
"Pasal senarai semak keselamatan dalam makmal. Kamu major kimia ke fizik?
"Aaaa?? camne nak buat tuh? Major kimia ar..."
"Kamu tgk ler dulu..."

Tadi sepupu saya datang membawa soalan asignment seorang rakan kerjanya yang buat PJJ kat Open University.

Soalannya berbunyi begini:

Sediakan satu senarai semakan keadaan makmal, alatan serta bahan yang lazim digunakan dalam satu makmal kimia ATAU makmal fizik sekolah anda.
[20 markah]

"Dia bayor kamu 150 hengget. Isnin depan submit asignment ni kat dia"

ermm....pikir punye pikir, hampir 88 kali pikir...

"Orait bebeh!! I take the risk,hahaha"

Saya menerima tawaran tersebut akhirnya dan akan cuba buat yang terbaik untuk cikgu tu, kang tak berbaloi pulak dia bayor. Kan ke customer mesti diberi perkhidmatan yang tip top :p

Dalam kepala kini terbayang sepasang baju kurung disaluti manik-manik berkilauan yang sungguh menawan jiwa raga dan sanubari saya semasa pergi ke bandar diraja pagi tadi. Ia pasti menjadi milik saya tidak lama lagi,haha. Rm140 untuk baju kurung itu dan rm10 lagi topup! muahahahahaha!!!


EsEmEs

Apabila bulan puasa menjelma, terutamanya sebaik shj pemegang mohor besar raja-raja tu kata "Esok hangpa semua kena posa!!", maka berderet-deret la bunyi sms masuk dalam enpon. Berhenti sekejap, tak lama tu dapat lg... Gambo masjid la, gambo bear la, pantun-pantun la, ayat-ayat klasik la. Semuanya bertujuan sama yakni meng'wish' si penerima selamat berpuasa.

Masa bukak puasa pun sama. Siap berpantun-pantun meng'wish' Selamat Berbuka Puasa. Bersahur pun ade yang wish jugak!! Siap berpantun-pantun jugak. Yang tak tahan tu ade yang kejut suh bangun, pegi bersahur, saya tgk jam baru pukul 3.15. Awal lagi dowh! Sahur kan elok dilambat-lambatkan. Tekan punat kensel terus sambung tido,hohoho...

Terima kasih kepada yang sudi menghantar sms dengan berbagai-bagai bentuk ucapan itu. Ur kindness is appreciated,heh heh! Kemaafan juga kupohon kerana satu sms pun aku tak pernah balas,ekekeke. Bukan ape, aku pikir mesti ramai yang dapat sms yang sama nih. Kang bila aku bagi, sure korang delete gak akhirnya. So watpe aku nak membazirkan kredit. Di bulan yang mulia ini bukankah kita harus berjimat cermat dan tidak membazir :p

Lagi satu, rasa-rasanya la, tahun ni saya amatlah malas hendak menghantar kad raya, tak tahu kenapa :p Tapi saya suka beli kad raya dan menerima kad raya ;) sila sila..sila la hantar kad raya kat saya,muahehehehe

Gambar ini dirakam semasa membuat lawatan tak rasmi ke muzium Taiping. Benda ni dipanggil HODAH iaitu tempat duduk di belakang gajah. Diperbuat daripada rotan, anyamannya amatlah kukuh. Menurut yang saya baca kat situ inilah satu-satunya hodah yang masih ada kat negara kita nih. Sekian dulu perkongsian ilmu kita kali ini. Selamat berpuasa :D

Terkenang-Kenang...

Mat Kilau mandi embun pagi2, tu pasal dia kuat dan panjang umo mungkin...
Mat Kilau tak makan banyak, tu pasal dia sihat dan hidup sampai 105 thn...
Mat Kilau berkias apabila berbicara, pasti bhs melayu lamanya sgt asli...
-jejak mat kilau-

Bila bulan ramadhan bukan semakin sikit saya makan, tapi saya rasa bertambah-tambah pulak lagi nafsu makan, itupun ada yang terpaksa ditolak tepi iaitu laksa. Kalau tidak tiap2 hari berbuka dgn laksa. Murtabak pun sama. Tapi murtabak ada telur, so tetap tak boleh makan. Sebarang makanan yang dicampur telur tolak tepi buat masa ni...

Pergi teraweh, rasa tak best pulak teraweh thn ni... Jemaah semakin kurang. Orang2 tua kampung byk dah xde, terasa hambar bila yang tua dah tiada. Yg muda ramai dah meninggalkan kampung. Usai teraweh trs balik. Kalau dulu2 mesti mewajibkan diri join moreh. Rasa x syok nak makan. Geng yang muda2 dah takde. Kalo dulu sempat bergebang2 sambil makan2. Sekali-sekala jumpa banyak cerita dibuka...

Nak ditegur tapi dah taraf makcik2. Nanti dikata memandai je nak ajor orang tua. Hanya mampu mencuit2 supaya dirapatkan. Badan gerak ke kanan tapi terasa bahu masih tak bersentuh. Oh, payahnyaaaa.... Tahun lepas banyak buat teraweh di rumah, sendiri2... Buat di sana pun rasanya macam buat sendiri2 jugak. Satu sejadah satu orang. Sekor kambing masih muat masuk dicelah2... Rindu pula saat berjemaah di kampus. Terasa akrab pabila bahu2 kami bersentuh. Walaupun di kiri kanan tidak pernah kenal, saat bersalam bertemu pipi ukhwah terbit secara otomatik...

Terbayang2 saat sahur beramai2.[ Chieffy, kalo hang baca nih sure hang pun teringat :)]. Bilik hang jadi port bersahur dan berbuka. Walaupun bilik aku sedikit jauh, aku tetap menapak naik tangga pagi2 buta pegi bilik hang. Sahur dgn siti, kak sue, kak chah, ma dan sape la lagi yang akan join kita. Tapi yg pasti muka hang, aku ngan siti sure ada :p

Sahur di tahun pertama telah meninggalkan kenangan yg tak mungkin boleh lupa. Saat siti tersepak air panas dalam heater yang baru masak terus tumpah atas kaki saya. Siti, salah seorang sahabat saya yang bilamana bangun pagi akan mamai2. Mamai2nya itu mengambil masa yg amat lama untuk hilang. Terasa mahu tampaq aje mukanya supaya hilang mamainya itu,haha. Berkali-kali dia mohon maaf pada saya, sambil merayu, merengek, dan menghentak-hentak kakinya sampai bergegar hostel ;p Siap berjanji mahu belikan saya cream penghilang parut jenama smartshop yg dikatakan amat berkesan namun harganya amat mahal. Tapi sampai sekarang siti tidak menunaikan janjinya. Sungguh ampess si siti.

Akibat terkena air panas, saya terpaksa sembahyang duduk atas kerusi, kaki tak boleh nak bengkok, tak pegi teraweh beberapa hari, pegi kuliah berdengket-dengket tahan sakit, tak boleh pakai seluar panjang, pakai baju kurung jer. Terima kasih banyak2 to kak chah, senior saya yang otai, tapi baik hati sbb hantar saya ke klinik setelah dipaksa oleh beliau. Akibat banyak berjalan kawasan yang sakit jadi bertambah bentan. Tapi nak buat macam mana kan..tahan ajelah. Kejadian ni jugak telah menyebabkan saya tetiba jadi femes. Sapa2 yang tahu mesti nak tengok kaki saya. Banyak kali jugaklah saya terpaksa membuka kaki saya dan menjadi seksi seketika. [isk,bulan pose nih, jgn korang nak bayang2kan pulak ek! haha]

Saya sikit pun tak marahkan siti walaupun kejadian tu menyebabkan saya kerugian
RM444 444.44 dari nilai diri saya. Tapi tak mengapa kerana masih ada baki
RM 888 888.88..muahahaha! Muka siti memang tak keruan semasa kejadian,haha. Dia berasa amat bersalah. Sian hang siti,hehe. Saya tak pernah rasa mahu menyalahkan siti. Dan kami (saya,siti,chieffy) menjadi sahabat sampai ke hari ini. Harapnya berkekalan sampai bila-bila, sampai beranak pinak nanti,haha!

Masa berbuka beramai-ramai jugak adalah yang paling amat best. Kalau tak sempat beli makanan pesan kat membe...Saat 'pow' menge'pow' makanan. Jadi banyak makanan yg kita makan :p Lepas teraweh lepak lagi ramai2 sambil makan2. Sambil makan, sambil buat ketupat,muahehehe.

Rindunyeeee!!! Rindu saat dengan kawan-kawan!

Isk, kenapa tetiba saya jadi beremosi nih...huhuhuhu

Jawapannya Adalah...

Ok2! dah ade yg menjawab nih, saya bg jawapannye ok!

MUSIM LURUH : anda boleh mencintai 2 orang dalam 1 masa
ANGIN : anda adalah orang ketiga dalam cinta tiga segi
POKOK : anda begitu setia pada pasangan awak
DAUN : anda adalah playgirl/playboy
HUJAN : anda mahu cari seseorang yang betul2 cinta dan ambil berat tentang awak

So itulah diri anda ;p

Cik akirasuri, wasabe, dan nurul memilih pokok. Wah! anda begitu setia pada pasangan awak.[Heh, aku rasa betul la depa ni setia. Pasal nurul aku kenal sgt,hehe]

Ad3ck, anda memilih hujan. Sama macam saya la,hehehe. Kita nak cari seseorang yang betul2 cinta dan amek berat kat kita, kan kan kan? ;)

Ha, yg ni paling bahaya.. Incik faridfadhly yg telah memilih musim luruh. Ayoyoyoyoyo! ko boleh mencintai 2 orang dalam satu masa...btul ek? heh heh :p

This is just a test. Saja suke2... ;)

Kuiz Sesajer Ape-ape Jer


Mari! Mari! Mari! Mari jawab kuiz. Sebelum bulan pose ni mari kita menjawab kuiz. Ini adalah salah satu cara saya ingin membantu menambahkan neuron2 anda semua. Tak perlu minum infagrow.

Sebenornya tiada cerita menarik nak updet. So i give u all a quiz as a small updet for my blog. Soalannya : Sape paling cun dalam gambo di atas? <-- Maaf! Ini bukan soalan sebenar.

Ini SOALANNYA!

Ada sebatang pokok yang tua, bila hujan beberapa helai daun tumbuh. Bila musim luruh, angin menerbangkan kesemua daunnya. Jika diberi pilihan, yang mana satu anda pilih? Hujan, angin, musim luruh, daun atau pokok????

Pilihan anda akan mencirikan diri anda yang sebenarnya. Jadinya tiada jawapan yang betul dan salah. Sila sila...sila buat pilihan anda sekarang. Jawapan bagi setiap pilihan anda akan anda ketahui pada posting yang seterusnya.


Wassalam ;)

Takde Tajuk

Semalam saya ke pekan, nak beli pau. Elok je saya nak panggil makcik jual pau tu, tetiba sorang makcik yang datang dari arah depan ckp, "Eh, dik.. tu duit jatuh tu!". Baru saya teringat saya ade selit tiga keping not 50 dalam purse, bila bukak terus jatuh duit tu, saya lupa yang saya selit je duit tu. Trs je bukak purse, sure la jatuh duit tu.

Kami pun cari-cari duit tu. Makcik tu kata saya tersepak duit tu masa duit tu jatuh atas lantai. Cari-cari tak jumpe, berderau gak darah. Pasal duit tu duit mak saya. Mati la! Cari punye cari rupa-rupanya duit tu masuk bawah meja dapur pau. Nasib baik jumpe dan nasib baik makcik tu nampak duit saya jatuh. Syukur sangat2! Kalo takde sape yang nampak duit saya tu jatuh...burn gitu je lah, dan kalo ade orang jumpa, itu rezki dia lah...

Kadang-kadang pertolongan Allah pada kita tu disalurkan melalui orang lain. Cam tu jugak kita, kalo ade rezki lebih tu bukan untuk kita semuanya. Kena bagi jugak kat orang lain. Teringat pesanan seorang sahabat yg tulis dalam blognya, kalo datang orang hulur tangan mintak duit, kena bagi tau! :)

Kita Bertemu Nanti Pada 20 hb 10

"Kamu tak boleh makan laksa dan telur selama sebulan! Kena jaga pantang!"

Apa???? Telur masih boleh bertahan. Tapi LAKSA... Uwaaaaaaa!!... Uwaaaaa!! Tak leh makan laksa sebulan :( Dah la nak pose nih, biasenya tiap kali berbuka laksa la yang akan saya sental dulu. Macam makcik saya kata, senang je nak bela budak nih, bg laksa je tiap2 hari, idop le dia!

"Lagi satu kamu tak leh minum air ais 3,4 hari nih, lps 3,4 hari baru boleh minum. Sekarang ni minum air suam jer."

Pantang yg ni juga masih boleh bertahan pasal saya sendiri mmg jarang minum ayaq ais. Nak awet muda la konon :p Pantang-pantang yang disenaraikan tadi berkuatkuasa semalam dan akan tamat pada 19 hb 10 yang depan. Bermakna pada tanggal 20 hb 10 saya sudah boleh makan laksa dan telur. Yeeeehaaa!!!! nasib baik la kan? Sbb lagi seminggu nak raya. Kalo tak, tak pasal2 masa raya saya tak boleh makan kuih raya. Pada hemat saya, saya ingatkan tak boleh makan telur sebijik tuh, ghope2nya apa2 makanan yang mengandungi ingredient telur adalah diharamkan sama sekali. Dan nasib baik juga pantang ini habis seminggu lagi nak raya sbb pabila hari raya sudah pasti byk rumah yang menyajikan laksa sebagai menu utama ;)

Kalau lah pantang ini berlanjutan sampai raya sudah pastinya saya akan giler meroyan melihat laksa di depan mata ditambah lagi dengan emak saya, sepupu sepapat saya, makcik-makcik saya yang akan membuat aksi makan laksa dengan penuh kesedapan hingga menjilat pinggan. Ohhh..tak dapat saya bayangkan macam mana nak tahan kegersangan dan keberahian tak dapat makan laksa,haha!

Tentu anda semua tertanya-tanya mengapa saya berpantang? [heh, ye ke korang tertanya2?]. Sebenornya semalam saya pegi buat rawatan resdung secara homeopati. Amatlah terseksa jiwa dan raga semasa sesi rawatan itu. Sehingga ke saat ini saya masih lagi rasa terseksa kerana hidung saya masih tersumbat dengan cecair likat bercampur cair yg masih tak henti-henti keluar. Doc tu kata 3,4 hari saya akan macam ni. Kepala pun rasa sakit, tekak juga terasa amat perit. Semalam adalah tido yg paling amat tidak selesa sekali, saya rasa saya hanya tido2 ayam jer. Sekejap2 saya bangun dan tido dalam keadaan duduk. Memang hampir tiada udara yg boleh masuk ke dalam hidung, dan saya hanya bernafas melalui mulut. Barulah terasa nikmat hidung yg Allah beri,huhu. Lepas ni anda sumer rajin2 lah korek hidung yer spy udara lancar masuk dan keluar :p

Saya sampai ke tempat rawatan pukul 5. Trs saya diperiksa oleh Dr.Umi, check tekanan darah, cek kolestrol dan kandungan gula dalam darah. Sungguh saya tidak sangka saya yang kecik molek ini [haha,perasan!] dan kurus ni mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Arggghhhh!!! TIDAKKKKK!!!!! Itu tidak benar sama sekali. Tapi sesungguhnya amatlah benar. Kerana setelah saya bermuhasabah diri akhirnya saya mendapat jawapan kepada keraguan tersebut. Pertamanya saya ni mmg seorang yang kuat makan. Sesiapa yang sudah kenal saya pastinya tidak menafikan yang saya memang kuat makan, tak padan dengan saiz badan. Dah la kuat makan, jarang exercise pulak tuh, kalo di U dulu tahan la jugak sbb hari2 ke kuliah saya berjalan kaki. Tahap kesihatan saya pada masa itu amatlah memberansangkan!

Setelah check2 sumer, saya disuruh basuh muka. Lepas tu saya kena duduk atas kerusi dan ada meja. Then Dr. Rashid [asben Dr.Umi] masukkan cotton bud yang dah dia celup dalam satu cecair jernih ke dalam dua2 belah telinga saya. Sebaik saya cotton bud ni masuk, dengar bunyi meletup2, lebih kurang macam bunyi kalo kita bakar rumput kering tu. Saya tak keseorangan buat rawatan resdung nih. Sepupu saya turut serta. Masing-masing ada 2 antena kat telinga. Macam alien pun ade. Kami kena tunggu sampai bunyi meletup tu tak kedengaran dah. Lepas tu kami disuruh korek telinga macam biasa. Takde ape2 yang kuar, yang ade taik telinga :p

Langkah yang seterusnya: Kami kena sedut herba yang saiznya halus. Sedut ikut hidung. Memang seriyau saya masa ni. Kazen saya lagi la, sbb dia ni mmg penakut ya amat pada doktor dan ubat. Tapi terpaksa la jugak sedut. Sebaik je sedut pedih la wei! Herba tu masuk dalam hidung. Adeh, seksa2. Kami diberi mangkuk sorang satu dan segala apa yang bakal keluar mesti dalam mangkuk tu. Memang sebaik je herba tu masuk kita otomatik akan rasa nak meludah. Setelah lbh kurang 20 minit, doktor tu kata dah ok dah, dah abeh. Fuhh...lega. Dalam hati kata boleh balik, yea! yea! Siap cakap kat kazen lenkali kita buat lg nak? xde la sakit.

Tetapi anggapan saya ternyata meleset sama sekali. Tiba2 saya nampak doktor tu masukkan cecair warna hijau kekuningan dalam picagari. Dia akan inject bahan tu melalui lubang hidung. Sure akan pedih. Lepas je inject dua-dua belah hidung, kami kena tunduk. Kazen saya kena dulu. Memang nampak terseksa. Saya dah cuak. Kini giliran saya pulak. Inject sebelah hidung dulu, elok je cecair tu masuk, ya Allah pedihnya mak datokk! Sampai ke telinga. Lepas je sebelah lagi kena inject otomatik saya tunduk dalam mangkuk, kuar la benda2 yang kotoq tu dari hidung dan mulut. Saya tengok kazen saya banyak kuar buih2 warna kuning coklat2, tapi yang saya takde. Lepas 10 minit tunduk, Dr.Umi kata dia nak inject saya sekali lagi. Ah, sudahh...Mati aku!

Lepas je injection yang kedua nih, barulah kuar cecair yang sama macam kazen saya tu. Dekat 40 minit jugak kena tunduk. Tapi rawatan ni memang menyakitkan.Saya rasa kalo nak buat lagi sekali kena pikir 88 kali,hehe. Bayangkan je lah, kalo hidung kita termasuk air pun dah rasa pedih, ni pulak masukkan cecair herba. Saya rela lagi buat rawatan resdung yang asap tu tapi Dr.Umi kata dia bkn nak tutup periuk nasi orang tapi kaedah yang tu kurang berkesan. Lepas dah setel, doktor tu cuci muka kami dengan sejenis sabun, pedih gak sabun nih bile kena kulit muka. Biarkan kering then cuci. Sebelum balik kami diberi ubat. Bayaran rawatan adalah rm45. Mahal gak kan?

Pukul 7 selesai lah sumer. Hopefully rawatan ni berkesan untuk saya. Dan anda di luar sana jangan ingat muka anda licin anda tiada resdung. Sebabnya sepupu saya tu yang tiada seketul jerawat pun, kuar kotoran yg lagi banyak melalui hidungnya.

Kalaulah saya tahu kena pantang makan laksa sebulan, sure sebelum rawatan saya tibai laksa cukup2 dulu. Walaupun 3 benda ni yang jd pantang, tapi saya rasa sumer benda saya takleh makan. Sejak semalam tiap kali nak makan, saya akan sebut "Laksa, Telur, Ais". Sebelum nak makan nasi semalam pun saya akan sebut "Laksa,Telur, Ais". Laksa oh laksa...kita bertemu nanti pada 20 hb 10 ;p


Perjumpaan Tak Rasmi :p

9 pg :
Tunggu wasabe kat tepi jalan. Tak kenal rupe wasabe. Tapi diarahkan tunggu kereta wira hitam plat number A** *4*0. Wasabe pula diberitahu dua orang maknusia berpakaian pink dan oren akan menunggu beliau di tepi jalan. Setelah 10 minit menanti wira hitam plat number A** *4*0 berhenti dan 2 orang maknusia baju oren dan pink masuk dalam kete.

Jam hampir kul 10:
Sampai umah aminbakish. Tunggu dia siap2, sambil minum ayaq teh. Lepas hangat2 taik ayam meletakkan punggung kat sofa terus berangkat keluor. Naik kete MyVi aminbakish. Nak pegi mana ar? Pegi Bukit Larut,jom!


Jam hampir kul 11 kot:
Masuk kat tempat beli tiket naik land rover. Pakcik India tu kata naik kul 1 turun kul 3. Aiseh,lambat lg lor. Kena lepak tempat lain dulu. Jom blah! Tapi seb baik tak blah awal pasal tetiba pakcik tu panggil. Dia bagi naik sekarang. Ade satu jeep nak naik atas.

11 pg:
Jeep pun bergerak dengan gagah perkasanya mendaki Bukit Larut. Seb baik saya dah ade pengalaman naik jeep nih masa pektikel dulu, bawak bebudak naik Bukit Larut, so takde ler seriyau sangat dengan jalan kat lereng2 bukit yang bengkang-bengkok mcm ulaq kena palu nih.

11.30 pg:
Sampai kat puncak Bukit Larut.

Tarrraaaa!!!!

11.30 pg sampai pukul 2 ptg:
Menghabiskan masa menikmati keindahan alam di atas puncak bukit,eceh! Tangkap gambo yang lebihnya ;) Tujuan utama nak tengok bunga tulip kat Tulip Garden, tapi bila sampai atas org tu kata musim bunga tulip berbunga bulan 12 nanti. So, tak dapek nak nolong. Nasib kami amat baik sbb cuaca amatlah molek sekali sampai ke petang. Kusangka panas sampai ke petang rupa2nya memang panaslah sampai ke petang. Syukran...syukran...

Pertama kali kami bersua muke...

Mari kita tengok gambo ye anak-anak murid.. ;p

pokok-pokok utan

Suke ah gambo nih!

Bandar Taiping

Tinggi lagi dan lagi

Lawo tak saya amek? ;p

Bunga bentuk burung

Gambo yg dikategorikan cun,haha

menarik gak ek kalo atap dipenuhi lumut

Kalo takut sejuk jgn berumah di atas bukit

saya tak rasa sejuk sgt kt atas bukit nih, pg2 mst giler punyer sejuk

Ini titi :p

pokok2 tanah tinggi

Bungaaa...Bungaaa... (sebut btul2)
2 ptg:
Turun dari bukit Larut.

Adik saya terpaksa naik jeep lain ms trn

2.30 ptg-6.30 ptg:
Pegi makan2 tgh ari, then solat zuhur, pegi pulak muzium sbb tgh ade pameran bahan buatan dari buluh. Lepas tu acara diteruskan dengan melepak di Taman Tasik Taiping yang indah permai. Lepas asar terus balik umah.

pukul 7 mlm:
Sampai umah. Mak 'bising'. Tapi kejap jer, terus tekel dgn cara menunjukkan gambo2 di atas Bukit Larut :p

***untuk keterangan yg lbh lanjut xpdc ini silalah layari ke aminbakish dan wasabe***

[Tq to wasabe sbb tumpang kete pegi dan balik. Mekaseh gak kat aminbakish sbg mastermind dalam perjumpaan tak rasmi ini ;p salah silap terkasar bhs mohon diampun ('',)]

Home Is Where The Heart Is

Alhamdulillah, saya sekarang dah balik Perak. Lega paler otak. Tak tahan la dgn suasana KL. Saya tak boleh adapt ngan suasana yang sesak. Rasa sempit sesempitnya. Tapi sekarang saya kat umah makcik di Manjung. Lusa baru balik umah sendiri. Mak dah bising suruh balik. Suruh buat kueh katanya. Sian jugak kat mak balik keje xde orang amek. Selalunya saya yang amek. Abeh aje drama Bawang Putih Bawang Merah saya trs start moto amek mak.

Tak pegi mana pun kat KL. Jumpe kak ayu pun tak, sory tau kak Ayu. Lenkali dayah dtg, hehe. Stay kat umah makcik kat Kelana Jaya. Kazen saya plak kursus ari isnin dan selasa. Ari isnin saya pegi umah makcik kat Setapak Jaya. Dah terlanjur kt kl, dia tahu saya dtg, klu tak gi kang, takut dikata sombong pulak. Ari selasa saya pegi UPM jumpe Chieffy, sahabat kamceng masa kat USM. Dari Kelana Jaya saya kena amek komuter kat KL Central untuk ke Serdang. Takut jgk nih. Al-maklumlah, dah 5 tahun saya tak jejak KL central tuh. Masa matrik kat Kola Pilah dulu selalulah ke sini nak ke Seremban. Tapi disebabkan ke'gamble'an saya nih, berjaya jugak akhirnya,haha.

Sampai kat stesen Serdang Chieffy dah menunggu, terus balik UPM, lepak2, makan tgh ari then balik bilik pulak sbb nak nonton Bawang Putih Bawang Merah. Saya tetap tak nak miss sinetron nih,hehe. Lepas tuh terus ke Putrajaya. Saya yg bersungguh2 nak ke Putrajaya nih, sbbnya seumo idop tak penah dtg Putrajaya :p Hangpa suma jgn le gelak ek! ;) Nak tgk mcm mana ghopenye Putrajaya nih secara Life. Dalam pukul 2.45 saya pun dibawa naik moto untuk sesi lawatan tersebut ;p Sampai2 jer, round2... "ceh, ini ke Putrajaya? Cam tak best jer aku nengok. Bosan tul dok dalam nih. Baik dok kampung lg best!". Tapi Masjid, bangunan Perdana Menteri tu lawa la.

Kami singgah makan kat Taman Warisan Botani. Makan laksa. Semangkuk rm3.50. Mangkuk hayun tul la! Kat kampung aku satu hengget jer, lg sedap lak tuh. Chieffy lak banjer sate Kajang, mekaseh ek Chieffy ;) Lepas makan saya pun terus nak balik Kelana Jaya. Sampai umah makcik dah pukul 6.30. Untuk mengelakkan daripada dibebel saya sudah siap sedia dengan buah tangan Sate Kajang,ngeh ngeh! Malamnye pulak tepat kul 8.30 saya dgn kazen bertolak balik ke Perak. Pukul 11.30 kami sampai umah kat Manjung. Sampai2 jer saya trs titon! Ngantukkk... Zzzzzz

Barter Oh Barter

Seminggu yang lalu...

hayad to esis :
ni aku hayad..yg nak tuko buku dgn ko tuh... ko tima buku yg mcm mn utk sistem barter nih? aku ade buku karya dr hm tuah iskandar, tajuknya Hatimu Untuk Siapa ko leh rujuk http://www.drtuah.com/hatimu_utk_siapa.html kalo ko setuju aku ok jer....

esis to hayad:
tuko buku okey
kasi alamat. next week aku pos
ni alamat aku:

(esis),
no. 32, jalan 4/4, ***** *** *******,
43300 **** *********,
********.

hayad to esis :
okeh! aku pun next week pos...
ni add aku:

BATU 18, HADAPAN MASJID (nama kampung),
33700 (nama daerah),
(nama bandar),
PERAK...

Semalam saya dah dpt buku GOBLOG hasil tukaran barter dgn si esis nih. [Sep duit aku,haha]. Sebenarnya saya terbeli sampai dua novel Dr.HM Tuah tu. Beli2, tengok2 kat dalam almari dah ade buku Hatimu Untuk Siapa nih. Terjumpa blog esis yang menawarkan tukaran dengan GOBLOG. Apa lagi, menggunakan peluang yg ade la.

Tak tahu la nak komen pasal buku nih. Baru baca sampai muka surat 99. Semua sekali ade 176 ms. Apa yang boleh saya katakan, buku ini adalah himpunan tulisan blog 13 orang blogger. Setakat nih saya sukakan tulisan blogger Lokman, Izwan dan Pipi. Yang lain-lain tak baca abeh lg. Tak tahulah buku ni ilmiah ke tak...ade certain-certain entry yg ilmiah, tapi ada jgk yg biasa2 aje. Itu hanya pendapat saya. Salah silap mintak AMPUN! ;)


Seronok Dan Tak Seronok

Tak tahu mahu menulis ape, yang sebenarnya saya suka baca blog orang, dari satu blog ke satu blog sampai la mata ni dah tak larat nak ngadap skrin komputer. Berjam2 jugak makan masa. Adus, quran jarang baca..blog ko baca!! [hati kecil saya cakap kat hati besar saya].

Sebenarnya hari ini rasa sedikit tak seronottt. Apa rasa anda bila dikritik? Sebetulnya saya rasa hot jugak. Tapi tak sepatutnya mengkritik jika kita benar-benar tak kenal orang tuh. Tambah-tambah lagi di dunia maya, tanpa kenal rupe fizikal dan memek wajah. Bila dah jadi gitu saya pun apa lagi, kritik balik. Macam bagus sangat. Who you are to determine what you see or hear. Saya tak kisah jika nak kritik saya tapi tak seharusnya mengkritik jika hanya disebabkan saya tersalah cakap. Macamlah awak bercakap baik juga. Kata-kata yang pada mulanya saya niatkan gurauan dianggap tidak elok pula oleh dia... Dia nasihat pikir dulu sebelum bercakap. Baiklah, saya ambil nasihat tu.

Tapi takpelah, mungkin saya seharusnya kenal betul dulu sebelum nak bergurau. Saya tak kesah pun. Saya bukan kenal pun awak. Saya dikatakan kurang ajar. Up to you to judge me whatever way u want [betoi ke ayat omputeh aku nih?haha]. Apa-apa pun saya dah mintak maaf seikhlasnya. Saya ini manusia. Kalau dah namanya manusia semestinya terkadang alpa. Kalau ade dosa dengan Tuhan boleh mintak ampun pada-Nya. Kalau dengan sesama manusia? Jadinya saya tak nak ade sangkut dosa dengan manusia.

" Know me for what I do and for not what I am. Judge me for what I can do and not for what I have done."

Teringat satu ayat nih.. Apabila anda dikritik, hadapilah dengan senyuman. Yer, saya sedang cuba senyum nih =) Semoga dengan senyum dapat aura terang. Baca kat sini di mana penulisnya sedang aktifkan hikmat senyum simpul aura terang peringkat ke 12 tahap dewa-dewi [peringkat ape ni fiq, hehe]

Dapat sms dari seorang teman : Malam ni nisfu syaaban. Jgn lupa wat solat taubat dan baca yassin 3x. Minta pada Allah panjang umur, rezki yang halal, dan iman yang sempurna. [Insya Allah saya akan buat. Sejak akhir-akhir ni terasa banyak sangat ke'lagha'an yg dah dibuat]

Lupakan bab kritik mengkritik...

Saya nak cerita sikit nih. Yang seronot sket. Nak habaq mai ;) Saya dah mulakan projek nak jual kueh raya. Buat masa ni saya buat Almond London dulu. Ade sejenis lagi yang bakal saya buat. Tapi bahan-bahannya tak beli lagi.

RM18 untuk 51 ketul (free seketul,hehe) almond london made in mesia

ps: Ade sesapa nak buat bisnes dengan saya? ngeh ngeh ngeh ;)

Terbang Lagi Duitku


Semalam terbang lagi duit saya beli novel grafik karya aie nih. Ekceli pow duit aboh,ngeh ngeh! Ade 5 buah semuanya, Permulaan Sebuah Akhiran ni adalah yang 1st, bulan depan kuar yg 2nd punyer lak. Kecik aje buku nih, sebesar saiz Ujang, Blues Selamanya dan seangkatan dengannya tu lah... tapi hard cover. Papernya pun jenis tebal tu, paling best sbb lukisan semua berkaler, baru semangat nak baca.

Masa hulur kat budak pompuan kedai buku tu, dia terus pusing belakang buku sbb nak tgk harga... "doblas hinggit sembilan kupang!!".Yang sebetulnya saya dah tahu harga buku tu. Tetiba minah tu pusing depan nak tgk buku ape yang saya beli.

Dengan mata sedikit terjegil dia kata, "Erk, sanggup tu beli buku gini..."

"Heh...minat ler...", sambil senyum sumbing sampai ke tlinga :p Tak sabo nak tunggu novel grafik bersiri Mambo di Kuale nurazmi pulak ;) tapi lambat lagi keluor, bulan 1 tahun depan maa...

End Of The Sad Story...

Dah 2 hari tak ber'updet' blog nih,heh..takde la lama sgt pun :p Saya dah rasa ok sket sejak kehilangan Uteh, dua ari jugak nangis, tapi yang dah mati tetap mati. Bak kata Amanitium dalam komen beliau, " yang pergi usah dikenang... pemergian Uteh dah ditulis sebelum Uteh dipelihara awak lagi...bersabarlah".

Saya jumpe sekerat badan tikus yang Uteh makan ni bawah katil. Tak bersemut lansung bangkai ni. Adakah ini membuktikan tikus ni dah beracun? Jadi CSI kejap :p

Apa-apa pun biarlah Uteh bersemadi dengan aman. Sejak takde Uteh, Bulat anak susuan Uteh dah tak berapa nak masuk umah. Bulat masuk kejap2 jer, tu pun untuk makan Frieskies. Lepas tu Bulat akan keluar. Hari pertama Uteh xde Bulat macam bingung sket. Perangai Bulat pun jadi 'giler2' sket. Macam mencari-cari sesuatu. Bile dia naik atas umah dia akan pandang2 semua tempat kat atas umah tu, tempat dia selalu main dengan Uteh, lepas tu dia turun tangga terus kuar umah. Skang ni memang Bulat dah jadi sedikit liar, nak tangkap dia pun payah. Saya hanya dapat usap Bulat bile time Bulat tgh makan.

Sian Bulat tinggal sorang2(baca: sekor2)

Orang kata jangan tangkap gambo kucing nanti kucing mati, ntah betul ntah tak. Saya penah cakap mcm tu kat sorang blogger, tapi saya pulak kena ceramah... Dia kata tak payah dok percaya. Takde dalil pun. Pegangan orang Islam hanya ada dua jer, bukan cakap2 orang.
Teringat pulak bicara saya dengan adik saya...

"Weh, kamu tanya dah ustaz Sarafi? Kalo kucing mati masuk syurga ke macam mana?"
"Dah, ustaz kata kucing ni takde hisab di akhirat, dia akan abeh macam tu jer, xde dihitung pahala dosa.."
"Oooooo, lagi?"
"Lagi ustaz kata kucing ni dia tak masuk mana2, sama macam dia x sokong mana2, PAS ke UMNO ke KEADILAN ke DAP ke..."

"Hahahaha! Ustaz Sarafi cakap camtu?"
"Aah..."

Ampeh...

"Ermm...nanti kat Syurga aku nak mintak kat Tuhan aku nak jumpe Uteh lah!"
"Macam kamu sure masuk Syurga!", tempelak adik saya.
"A'ah kan? hehehehe....."

Tapi semua orang nak masuk Syurga, kalo tanye pencuri pun dia kata nak masuk Syurga...huhuhu

Saya ingin menamatkan kisah Uteh, segala kenangan tetap dalam ingatan. Yang pergi tetap pergi. Moral of the story, sayangilah apa jua yang ada pada kita sebelum ia ditarik balik oleh yang berhak yakni Yang Maha Pencipta. Segalanya hanya sekadar pinjaman dari-Nya.

[ TQ to akirasuri atas pemberian buah nona yang diterbangkan khas dari utara tanah air ;p Nampaknya perkenalan di blogger memang benar-benar mem'buah'kan hasil,hehehe ;) ]

Masih Lagi Kisah Uteh...


Saya masih bersedih atas kematian Uteh, biar la sesape yang baca ni kata saya giler ker ape ker. Uteh saya, sayalah yang lebih merasainya. Patah hati dibuatnye. Putus cinta pun tak sedih macam ni. Masa putus cinta hepi lagi ade laa.. Saya nak tahu jugak pasal kematian Uteh. Saya jumpe forum pasal verterinar nih...

Soalan saya :

Posted: Fri Sep 01, 2006 10:36 am
Post subject: Sedih sgt, tak dpt selamatkan kucing saya... :(


Doc,
semalam kucing saya mati..tepat pukul 7 mlm, sedih tak terkira, mati depan mata saya pulak tu..

Kisahnya macam ni, pg semalam saya nampak dia makan tikus. Kucing saya ni mmg biasa makan binatang yg dia tangkap, cicak, sesumpah dan tikus. Tgh ari tu saya perasan dia tinggalkan muntah dia atas lantai, (muntah ni semuanya isi kandungan tikus tuh) tapi saya tgk dia ok jer lps muntah. Then bile petang dalam pukul 4 tetiba dia mengiau2 dan turun dari tangga. Saya tgk mulut dia berbuih, air liur meleleh2 jadi buih.

Dulu penah sekali dia jadi mcm ni. Saya bwk klinik, doc tu kata dia keracunan psl makan binatang. Doc tu suruh bg minum susu jer. Saya sedikit ralat sbb saya tak bg dia susu smlm. Mcm mana boleh tak teringat lansung ntah la..ape boleh buat...

Tapi kejadian mulut dia berbuih semalam tu lg teruk dr yg sebelum nih. Pukul 6 saya sedar dia semacam kejang. Dia mengeliat , anak mata tertarik ke atas. Badan dia mengeras. Otot dia macam menarik, sesekali dia ggt lidah dia. Macam kena sawan kot. Badan dia sejuk, saya tak tahu nak buat ape, just tuam badan dia dgn botol yg isi air suam. 30 minit jugak dia keadaan mcm tu, sekejap2 dia megeliat mcm kekejangan...saya dah rasa kucing saya takde harapan dah... Crying or Very sad

Then tepat pukul 7 mlm, tiba2 dia mengeliat lama, trs mati. Masa dia dalam keadaan kejang2 tu mata dia bulat membesar, mata hitam dia pun jadi bulat penuh, mata dia terjegil, saya tekan mata tu rasa sejuk dan keras. Dah lama2 sket saya perhati mata dia kebiru-biruan.

Kenapa kucing saya macam tu doc? Keracunan ker? sepatutnya dalam keadaan mcm tu ape saya harus buat. Nak pegi klinik haiwan pun semalam cuti merdeka, mst tutup...

Harap doc boleh cerita sikit. Thanx a lot..

-Saya yang sedih-

Jawapan Dr. Nat :

Posted: Fri Sep 01, 2006 7:14 pm

Nampaknya kucing anda terkena racun. Kadang-kala kucing boleh terkena racun bila makan tikus yang telah makan racun tikus. Tapi, ada banyak lagi jenis racun yang boleh dia kena. Beberapa jenis racun memang ada "antidote"nya dan boleh dineutralkan.

Biasanya, bila termakan racun, tanda yang pertama akan dilihat adalah muntah. Kadang-kala cirit juga ada.

Racun itu ada effect pada otaknya. Oleh itu, anda lihat dia dalam keadaan kejang dan terkena sawan. Tanda-tanda lain jika racun terkena pada otak adalah seperti: tidak boleh berjalan terus (incoordination), lemah kaki, anak mata terbuka besar (pupils dilated), kejang, mudah terkejut, tidak ada reaksi jika dipanggil/disentuh, koma, etc. Apabila racun sudak kena pada otak, biasanya ianya sudah dalam peringkat yang teruk. Dalam peringkat ini, bila bawa ke klinik pun tidak semestinya boleh disembuh.

Jika dalam keadaan seperti itu, ianya adalah kes "emergency". Jika nampak dia muntah banyak, dan ada buih di mulutnya, bawalah ke klinik dengan segera. Jika diberi rawatan yang awal, kucing itu mungkin boleh diselamatkan. Lebih baik kalau ada simpan no tel dan alamat klinik yang ada memberi rawatan emergency 24 jam. Mana tau bila diperlukan lagi.

[Memang konpomlah Uteh keracunan sebab dek tikus tu yg mungkin dah makan racun... Uwaaarghhhh!!! :cry: Takpelah, walaupun Uteh dah takde, segala kenangan tetap dalam ingatan. Sabarlah wahai hati...]

Uteh Dalam Kenangan


Saya tengah sedih sangat nih. Kucing saya Uteh baru je mati. Uteh mati keracunan. Mungkin sbb makan tikus pagi tadi. Saya nampak Uteh makan tikus tu, dalam bilik saya pulak tu, siap saya snap gambo lagi. Tapi saya biarkan jer, sbb sebelum2 ni Uteh mmg akan makan tikus yang dia tangkap. Bukan tikus je dia makan, kalo Uteh dapat tangkap sesumpah, dia makan...tangkap burung dia makan..tangkap cicak pun dia makan..

Tengah ari semalam Uteh muntah. Kuar semua isi perut dia yang terkandung isi badan tikus tu. Dalam pukul 4 sedang saya asyik layan tenet, tiba2 Uteh mengiau-ngiau turun dr atas umah. Mulut Uteh berbuih, badan Uteh lemah. Uteh dok kat tepi tangga. Saya angkat Uteh letak kat pangkin kat luar umah. Pastu saya terus sambung main tenet.

Lepas main main tenet, saya pegi sapu sampah kat laman. Saya tengok Uteh terbaring lemah. Mulut Uteh yang berbuih tu saya lap dengan tisu. Saya pikir Uteh akan cure sendiri sbb dulu pun mulut Uteh pernah berbuih. Saya bawak ke klinik hewan, doc tu kata xde pape. Dia keracunan. Bagi dia minum susu jer...

Tapi saya menyesal sangat sbb saya lansung tak teringat nak bg Uteh minum susu. Ahhh..ralatnya saya rasa. Lepas sapu halaman, saya makan, tiba2 adik saya jerit, "Kak Yong! Kak Yong! Uteh jatuh!". Cepat2 saya basuh tangan. Saya tengok Uteh dah kejang, badan dia dah keras. Saya angkat Uteh letak kat atas pangkin semula. Mak datang dan gosok2 badan Uteh. Badan Uteh sejuk. Saya gi dapur, isi air panas2 suam dalam botol. Saya tuam badan Uteh. Uteh nampak ok, sbb dpt rasa panas. Tapi kadang2 dia mengeliat macam orang kena sawan tu, otot Uteh mengeras macam kejang. Dia gigit lidah dia. Dekat 30 minit jgk saya tuam badan Uteh.

Saya capai enset, anto sms kat kenalan saya, Doc Seoparjoo kat spital K.T'ganu.

"Doc! Kalo org kejang nak wat camne? Kucing aku tgh kejang nih. Nampak painful sgt. Mcn mn nak buat? Tlg! Urgent!"

Tapi lama saya tunggu takde balasan. Uteh terus-terusan kejang. Badan Uteh tambah sejuk. Mata hitam Uteh membesar, bulat, besar sangat. Saya dah nak menangis. Dalam hati rasa macam Uteh dah takde harapan. Mata Uteh dah tak berkedip masa ni. Terjegil jer... Tiba2 Uteh mengeliat kuat seakan melepaskan sesuatu yang berat. Mata hitam Uteh ke atas, terus Uteh kaku lepas tu. Takde lagi mengeliat2. Saya tekan mata Uteh yg terbukak tu. Terasa keras dan sejuk. Saya rasa tubuh Uteh, dah xde sebarang degupan. Uteh kesayangan saya dah xde...

Saya panggil adik kat dalam umah. "Dib! Uteh dah mati!"

Dib keluar dengan mak. Dib goyang2kan tubuh Uteh. Lepas tu kami sama2 nangis. Uteh dah xde. Uteh dah mati. Saya capai camera terus snap gambo mayat Uteh. Biar jadi kenangan walaupun Uteh dah mati.

Hari dah nak gelap, mak suruh tanam Uteh. Saya ambil cangkul nak korek lubang untuk tanam Uteh. Saya suruh Dib yang kambus tanah. Tak sanggup nak tanam Uteh dalam tanah, tapi ape bleh buat. Uteh dah mati. Uteh mesti kena tanam.

Abeh je tanam, tak lama lepas tu azan maghrib. Saya masuk umah. Skang tinggal Bulat, anak susuan Uteh. Bulat bukan anak kandung Uteh, tapi Uteh susukan Bulat lepas Uteh keguguran. Uteh dah anggap Bulat macam anak sendiri. Walaupun susu Uteh dah xde dan Bulat pun dah besor, tapi Bulat ttp jugak nenen ngan Uteh. Uteh pun bagi jer.. Saya naik atas umah, saya tgk Bulat tgh tido dalam keadaan yang sungguh comel sekali. Saya usap bulu Bulat.

"Bulat, Uteh dah mati. Lepas ni Bulat tak dapat isap nenen uteh lagi. Lps ni xde dah Uteh yang selalu jilat bulu Bulat, yang slalu bersihkan tlinga Bulat sampai xde sikit pun taik tlinga kat tlinga Bulat. kak Yong sedih sgt. Lps ni Bulat mesti cari2 Uteh. Bulat slalu main kejar2 ngan Uteh, gigit2 Uteh, lepas main2 Bulat akan isap nenen Uteh. Uteh pulak akan jilat bulu Bulat".

Lps saya mandi saya nampak Bulat keluar. Dia cium2 tempat Uteh mati atas pangkin tu. Mungkin Bulat tercari2 Uteh. Mungkin Bulat paham yg Uteh dah mati. Bulat selalu makan dgn Uteh, tdo dengan Uteh, masuk umah dengan Uteh. Kalo Uteh xde dalam umah mst Bulat ngiau2 panggil Uteh. Malam ni dan malam2 seterusnya Bulat dah xde Uteh...

Bulat

Kak Yong pun dah xde Uteh. Uteh suke tido kat ujung kaki Kak Yong. Bila bangun pagi Uteh ade kat ujung kaki. Uteh penah tangkap ular besar ibu jari yang msuk umah. Masa tu Kak Yong panic tak reti buat ape. Seb baik ade Uteh. 2 kali dah Uteh tangkap ular. Uteh rajin menangkap binatang. Umah ni dah kurang tikus, dah kurang cicak sbb Uteh rajin berburu.

Kak Yong rasa ralat sangat sbb tak halang Uteh mkn tikus tu. Patutnya Kak Yong buang je tikus tu masa nmpak Uteh makan. Kak Yong ralat jugak sbb tak bg Uteh minum susu masa mulut Uteh berbuih tu. Uteh kucing terbaik yang penah Kak Yong ade.

Lepas setengah jam Uteh ditanam, baru Doc Seoparjoo bls sms..

"Biarkan je. Nnt ok tu. Pastikan dia jauh dari benda2 yang bahaya je"

Saya balas," Kucing aku dah mati dah pun. Baru je tnm. Sedih btol..huhu"

"Np g2? ke mmg beliau nak ninggal?

Saya balas," Aku tak tau. Dia mkn tikus pg td..bla bla bla...."

"Mungkin kena penyakit tikus tu. Ko kena basuh tangan bersih2"

Hmmmm....pastinya saya sudah tersalah doctor..nak buat mcm mn. Saya tiada kenalan yg jd doctor hewan....

Lps ni saya rasa macam xnak bela kucing dah. Sangat sedih dan tak boleh nak terima bila kucing yg dibela mati... :(

Uteh dalam kenangan,
31 Ogos 2006,
7 pm...

Followers