Sedang Ingin Bercinta

Saya tak tahu la nak citer pasal ape, takde idea yang bernas. Nak nulis pasal politik saya tak reti, pasal ekonomi si akirasuri lagi terrer kot,haha :p

Jadinya saya kongsikan satu buku yang saya baru selesai baca aje la...


“Persoalan cinta adalah satu subjek yang sukar untuk diungkai dan dibincangkan. Ianya sungguh Kompleks dan halus. Namun buku ini telah berjaya mengungkap erti dan kemelut cinta dengan begitu komprehensif, dalam keadaan segar dan santai. Sungguh menarik. Dengan gaya bahasa yang bersahaja, anda masih tetap dapat menerokai pahit dan manis, duri dan madu dalam percintaan. Dan yang paling penting, ia memberikan anda suluhan dan panduan, samada anda sedang mencari cinta atau lari dari cinta. ’’

Buku ini memang menarik, tertarik dan da boommm!! Mengajar kita cara bercinta yg betul, langkah dan panduan yg betul untuk mencintai seorang manusia yg berlawanan jantina tp dari spesies yg sama :p Tapi pada saya dua-dua kena baca buku ni, si makwe dan si pakwe.. barulah beri kesan, kalo salah sorang je baca amatlah tidak berguna. Harga buku ni RM25.90.

Tujuan saya beli buku ni sebab tertarik pada covernya jer. Agak lama jugak simpan baru dibaca. Memang fiil saya macam tu. Untuk maklumat lanjut gi la kat sini.

“Kita tidak boleh mencintai orang lain,
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri..
sebelum mencintai Allah!

9 comments:

Nurazmi said...

salam hayad..saya ceritanya saya memang lahir di Kuala Kangsar. dan membesar di dua tempat. saya bersekolah di Sek.men Temenggong Kati. tetapi bila school break saya akan ke Kuala Lumpur untuk melukis di Pasar Budaya. ayah saya juga tinggal di Kuala Lumpur. sememangnya karya saya Mambo di Kuale!! berkenaan dua Kuale-Kuala Kangsar dan Kuala lumpur. untuk pengetahuan karya ini ada contiunity. Mambo di Kuale!! the series.tapi kena baca ibu dia dahulu. Harga di pasaran RM19.ini kerana master "mambo di Kuale!!' sudah digolong sebagai salah satu khazanah komik dan kartun tanahair. ianya limited.tetapi tidak untuk sirinya.harga untuk siri juga berbeza. seronok jumpa orang kuale.

Led said...

aku ada buku berjudul 'petua membuat org jatuh cinta' oleh fadzilah kamsah.

dayah said...

nurazmi-- nnt saya cuba dptkan buku awak ni, klu sebut nama awak dpt diskaun tak? hahaha..sonok gak jumpe org kuale nih ;)

led-- mcm menarik je buku petua tu, tp tak pnh jumpe ler...

Mazudi said...

Salams.
Macam menarik jer pulak buku ni. Lama tak baca buku dengan tema cenggini. Rasanya kena baca jugak la.

dayah said...

aah, menarik buku ni...bkn remaja muda mudi je yg ptt baca..mak2 remaja, bapak2 remaja pun ptt baca ;)

akirasuri said...

dayah...
saya belum terre le bab ekonomi, masih budak-budak baru belajar, kalau salah harap tunjukkan...

huhuhu buku tu dah beberapa kali saya tengok di foyer FE, dok tengok jek tapi tak beli, abang yang jual buku tu sebok suruh saya beli buku tu, menarik ke dayah buku tu??huhuhu....kalau sangat menarik, saya beli sat lagi..he he he...

dayah said...

akirasuri-- AMAT MENARIK!!!! beli jgn tak beli :) nnt rugi wooo..ehe

faridfadhly said...

setiap ada kamu
mengapa jantungku
berdetak lebih kencang
seperti genderang mau perang

dayah said...

heh, my feveret song gak tuh ;p

Followers