Anak perempuan penentu masuk syurga, neraka..


DARIPADA Aisyah, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu dia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu
bangsa terletak di tangan mereka.

Ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak perempuan. Mereka adalah aset
penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau
terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah dalam perkara
yang berhubung dengan kaum wanita."

Hadis itu bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah
sentiasa mengawasi anak perempuan dan isteri mereka supaya sentiasa berpegang
teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah.

Ramai ibu bapa yang menjaga anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal,
makan dan minum semata-mata seperti memelihara binatang ternakan yang hanya
bertujuan menggemukkan saja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan
sepatutnya.

Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai wanita yang
menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan pelbagai keburukan mencemarkan nama
baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak yang diajar dengan didikan agama memberi faedah kepada ibu
bapanya ketika hidup dan selepas mati.

Petikan e-hadis, Jabatan Kemajuan Islam


5 comments:

faridfadhly said...

wanita hiasan dunia
seindah hiasan adalah wanita solehah
yang akan membahagiakan syurga
di dalam rumah tangga

(tetibe je)

Fuad said...

Jika seorang wanita memasuki neraka, maka dia akan menarik 3 lelaki bersama:
1) Suami
2) Bapa
3) Abang
Kesimpulan sayangilah isteri, anak peremupuan dan adik perempuan anda.. :-P

Ayu said...

tepat sekali apa yg dikatakan oleh Farid itu :)

akirasuri said...

lelaki akan tewas dengan 3 Ta...
1. tahTA
2. harTA
3. waniTA

dayah said...

faridfadhly : tetiba je bermadah ek?ekeke

fuad : itu la..kalo awak ade adik pomp,kakak ke baik jg lek lok,sek-sok klu depa wat dosa, ekau gak kena tanggung ei ;p

akirasuri : tp plg depa tewas kt wanita laa...heh heh..terrar tak kiTA? ;)

Followers