Cuba Teka Apa Bendanya?


Cuba teka apakah benda alahnya yang bila kita ingat kita tak bawak, tapi bila kita tak ingat kita bawak? Masa dapat soalan teka-teki ni jenuh saya pikir ape la bendanya... Last2 serender jer la. Jawapannya KEMUNCUP. Memang betul pun, masa kita ingat kemuncup ni takde la melekat kat kaki seluar ataupun kain yang dipakai.

Dan inilah masalah yang melanda halaman rumah saya yang berumput. Tak sampai sebulan mesin rumput, mula la kemuncup ni meninggi balik. Tumbuh bagai cendawan lps ujan,huhu. Setiap kali saya sapu daun-daun kat halaman, pastinya kaki seluar saya penuh dgn kemuncup ni. Terpaksa la terkial-kial buang satu demi satu. Amatlah membuang masa.

Ptg tadi lps aje sapu daun-daun, saya mencangkung dan cabut satu demi satu pokok2 kemuncup ni. Halaman umah saya ni luas la jgk..x abis pun cabut td. Kenalah disambung esok dan esok lagi. Harapnya dgn mencabut sampai akarnya, kemuncup tu takde la tumbuh lagi. Terpikir jugak xde ke advantages kemuncup ni? Mcm kacip fatimah tu ke, pegaga ke..kan ke berkhasiat. Kalau la betul ada khasiatnya, tentu saya boleh buat duit dengan menjadi pembekal kemuncup :p

2 comments:

Nieys said...

hahah.. jadi tokei kemuncup.. ok gak.. wat la kajian.. pastu patternkan nama melayu.. :)

*lawa gak kemuncup ni bila pandai shot... :)

dayah said...

nak wat kajian yg tak reti tuu,hehehe..
gambo kemuncup tu bkn sy shot pn..sy search kt google,ehe
thanx to da photographer
nk tangkap sendiri, dg cam pn tarak :p

Followers