Saya Bercuti Seminggu

Esok pagi saya bertolak ke penang, dengan seorang sahabat yang saya selalu tumpang keretanya. Tengah hari saya pegi amek jubah, petangnya pula akan ke MPPPP (Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang). Saya menumpang rumah membe. Tak sabo rasanya nak jumpe membe hu ha hu ha saya, ct dan cify ;)

Seminggu saya akan berada di penang. Saya akan pastikan saya takkan miss sinetron "Bawang Merah Bawang putih" di tv3 :D

Drama bersiri ni saya kira ok la untuk ditonton, tp menyakitkan hati bila tgk kekejaman Bawang Merah dan ibunya. Yang si Bawang Putih pun satu, lembut sangat. Kalo saya la, saya bg flying kick je kat ibu tiri yang macam ampeh tuh!

Tapi ada jugak tak logiknya cerita ni. Macam episod petang tadi, masa tu si Bawang Putih tgh tuang bahan kimia yang saya kira asid. Tetiba Bawang Merah menyiku lengan Bawang Putih, terus tumpah asid tu kat tangan dan mengakis kulit dia. Yang tak logiknya boleh plak cikgunya pi tanya ape yang berlaku? sape yang buat? siap leh bagi nasihat panjang2 lagi. Dan bagi ceramah plak kat Bawang Merah yang markah labnya akan dipotong. Patutnya pegi suruh si Bawang Putih tu basuh tangan kt bawah aliran air yang banyak dulu. Tangan kawan tu dah mengakis lama baru disuruh pegi bilik rawatan untuk balut. Aduh, tolong la logik sket!

Apa2 pun tetap enggak leh lawan cerita Malin Kundang kok! =)

Oh ya, saya sudah dapat kasut untuk konvo :p itu pun bila dah balik umah rasa menyesal pulak sbb saya rasa patern yg lg satu tu lg lawa dari yg dah dibeli ni. Inilah susah menjadi saya yang cepat buat keputusan dan cepat menyesal, huhu. Sememangnya rahsia kelahiran bulan 4 yg satu ini amat tepat dgn diri saya.

Sidang konvo saya ari ahad pagi 20hb, doa saya sumernya berjln dgn lancar..
Saya tinggalkan blog ini buat sementara waktu.. ;)

8 comments:

Mazudi said...

malin Kundang?? Masa ni ramai yg masuk opis awal lepas lunch sbb takut termiss.Aku pung.
Konvo ker?

dayah said...

Aha,cikgu2 kt sek pn nak blk awal sbb nak tgk kul 2.30,hehe
A ah, konvo ahad ni..

Fuad said...

Slamat berkonvo... Jangan lupe beli bunga... Tahukah anda khemah jual bunga konvo USM dikenekan bayaran RM16,00.00. Penyewa tu tak hairan pon sebab dia boleh dapat income RM100,000.00 masa konvo. Slamat berkonvo Dayah, kalo ada masa nnti drop by usha2 budak2 USm ;-)

Alex Lacey said...

selamat berkonvo....
anak2 akak pun sangat suka sama itu Malin Kundang dan Bawang Putih Bawang Merah....hasil didikan maid akak la tuh....hmmmmm

akirasuri said...

wah cuti ke??
mau konvo ye..beshnyee...
alahai bila le saya nak konvo ek..ahakss...

Moeh said...

haha, layan2.. malinnnnn kundangggg (cewah, ingat plak lagu dia hohoho)..

sibla dh abis citer tu,kalau tak dh keja ni rasa rugi wo tak tengok abis.. tu la citer si tanggang versi indonesia hohoho..

eh, anyway good job! congrats for graduating!

faridfadhly said...

selamat berkonvo!

dayah said...

fuad : mekaseh fuad...mmg le kaya jual bunga, 5 ari jual depa dh kaya,huhuh

alex lacey : dah blk konvo dh ni kak wan, bwg putih bwg merah dh abih ke ar? tak tau ape2 dh ni.. :(

akirasuri : sabo2, nnt konvo gak,ekekeke

moeh : wah, moeh tgk jgk malin kundang? hehe

faridfadhly : selamat dah farid ;)

Followers