Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-49

Hari ini hari merdeka. Semua orang cuti. Saya kira mesti ramai yang mengeluh, nape la tak jatuh ari jumaat, boleh terus sambung sabtu dan ahad. Jatuh ari khamis pulak, nak balik kampung pun tak boleh,heh...

Kebetulan hari merdeka, saya rasa nak buat posting yang sedikit patriotik. Saya juga harap saya menjadi seorang yang sayangkan tanah air saya ini.


Saya surf punya surf tetiba dapat gambar Tok Janggut, seorang pejuang yang mempertahankan maruah di tanah air sendiri tetapi dianggap penderhaka oleh Sultan Kelantan pada masa tu, Tuan Long Senik Mulut Merah yang juga dikenali sebagai Sultan Muhammad I.


Dalam satu pertempuran dengan British Tok Janggut telah mati syahid. Jenazah Tok Janggut yang dibawa ke Kota Bharu telah diarak sekeliling bandar dan kemudian dibiarkan tergantung kepala ke bawah selama beberapa hari.

Pada masa ni tv menayangkan konsert merdeka, macam2 jenis penyanyi menyanyi. Saya rasa meluat nak tengok. Tak larat dah nak tengok anak-anak muda melayu nih terkinja-kinja kat konsert [saya bukan budget saya ni baik sangat yer], tapi saya rasa geram. Rasa nak jerit, tak payah la menyanyi2 untuk merdeka, tak gunaaa!! Tapi pastinya takde sape yang dengar, macam suara sang semut yang minta dirinya tidak dipijak [eh,semut leh berkata-kata ker? mungkin yer, sapa tahu kan?]

Saya kira betapa sukarnya meraih erti sebuah kemerdekaan ditambah pula dengan semangat generasi muda yang kini sudah melupai pahit getir sejarah silam. Yang mereka tahu tepat jam 12 tengah malam, ramai-ramai menjerit "Merdeka! Merdeka!". Tetapi untuk meraih kemerdekaan tidaklah semudah melaungkan jeritan "Merdeka!Merdeka!" itu...

Mambo Bersama Kartunis

Petang semalam saya pegi blind date ngan penulis "Mambo di Kuale". Saya acah dia suh blanje saya makan laksa kat tepi sungai perak sbb duit saya dah terbang beli buku novel grafik dia, hehe. Kebetulan dia balik kampung kat Kuale Kangsor nih, jadinya kami pun janji jumpa. Dia bawak kawan dia dan saya bawak adik saya sebagai peneman (2+2=4) :p Memang mak dah warning suh bawak adik teman jumpe orang yang tak kenal,hehe...

Manusia yang diblanjer makan laksa oleh bro azmi ;p

Dia datang setelah 20 minit saya tunggu. Untuk pengetahuan anda saya ini punctual orangnya. So kepada bakal-bakal pakwe saya sila pastikan anda punctual ketika mahu deting,haha! Untuk lebih sedap berborak kami pun pi la makan kat gerai laksa. Saya oder laksa ngan cendol pulut. Memang incet azmi ni banyak mulut gak. Banyak dia bercerita pasal jamming, pasal group2 muzik, under ground, upper ground, play ground, dan marry go round..hehehe

Saya mendengar dan mendengar kerana saya tak reti nak mencelah. Ini kerana saya tiada pengetahuan lansung tentang topik yang dibincangkan,kekeke...

Di akhir pertemuan, bro azmi nih telah berbesar hati mengautograf buku "Mambo di Kuale" hasil karya beliau tu.

TQ ya bro azmi sbb tandatangan buku dan banjer saya makan ;)

[mekaseh gak kat Fuad sbb secara tak sengaja terbelanja saya dulu,hik hik]

Macam-Macam...

Sedang abah belek-belek surat khabar kat kedai, tetiba datang sorang budak pompuan kecik dengan emaknya.

"Huh, mawi jahatt!!", kata budak kecik tu.

Abah tengok budak tu. Ooo, dia nampak gambo mawi terpampang kat akhbar, kat majalah pasal mawi putus tunang.

Apalah sangat seorang budak kecil paham pasal tunang-tunang. Tapi dia pasti paham pasal kasih-sayang...

Semalam saya tak suka tengok muka mawi masa bersemuka dengan ina. Muka macam ego jer. Ina nampak tenang, muka pun nampak ikhlas bila pandang mawi. Bak kata kawan lelaki saya, "Aku yakin, kalau ina ni pergi melangit, mawi pasti menyesal... Mawi ni pentingkan kerja sebenarnya...biasa la, as a beginner mmg gitu".

Ada satu lagi benda saya tak suke, saya tak suka ina menyanyi. Aduhh, tolonglah jgn nyanyi. Saya tak sanggup nak tengok,huhu...

ppssstt..ppssstt: Saya ni bukan le suke benor pasal gosip2 artis nih. Tapi sebagai manusia kerdil yang biasa saya nak amik tau jugek! ngeh..ngeh ;;)

Saya Nak Buat Hiasan ;)

Saya dah lama usha tau awak... Mak saya kata dah lama ada kat situ.

"Dia guna lagi ke tak ar?"

Mak kata,"tak dah kot...anak-anak dia dah besor".

Saya tunggu gak sekian lamanya. Time sapu sampah saya usha2 gak...akhirnya saya amik keputusan saya nak amik jugak. Saya yakin awak tak guna dah. Kalo nanti awak nak guna pun mesti awak buat lain punyer. Awak kan pandai buat, dah anugerah Allah bagi awak pandai sangat buat. Penuh dengan kesenian.

Saya suka sangat dengan hasil seni awak tu. Jadi saya amik tau! Halalkan ek! Nanti awak nak buat lagi hasil seni awak tu, awak buat je kat mana2 kat kawasan umah saya ni. "Saya tak kesahhh tau.." =)

Bangun Sebelum Subuh


Semasa jalan2 dalam kete masa kat penang aritu CT sahabat saya yang jadi driver citer pasal satu kursus yang dia pegi untuk siswazah yang menganggur. Penceramah tu tanya sapa kat sini yang bangun sebelum subuh? Takde sorang pun yang angkat tangan. Pastu dengan slumberjer nya penceramah tu kata "tu pasal awak sumer tak dpt keje!". Adeh, kena sejibik...

Sebenarnya kalau kita bangun sebelum subuh rezeki kita murah. Saya pun tanya balik kat CT, "sebelum subuh tu kalo lepas azan leh tak?". CT jawab tak boleh, kena bangun sebelum azan subuh, baru la namanya sebelum subuh. CT jawab berdasarkan kata2 penceramah tu bg tau la kan.

"Hangpa ingat tak kita selalu kata K** S** selalu bernasib baik. Kalau g shopping mesti dapat cabutan bertuah la, adiah free la, dapat beli barang harga murah la, dapat benda yang cantik2 la. Pastu kita pun gi shopping kat tempat yang sama ngan dia g, tapi tak dpt plak mcm yang dia dpt. Hangpa perasan tak yang K**S** selalu bangun sebelum subuh. Pukul 5.30 dia dah bangun. Basuh baju, mandi, terus solat subuh. Tu pasal dia selalu bernasib baik, selalu murah rezki.. Exam pun kalo tak study setara mana pun dia leh dapat result ok.. Duit loan dia pun sokmo cukup je.."

Saya dan chifi senyap mendengar celoteh CT yang penuh dgn kebenaran itu. *Sambil berfikir yang saya ni tak pernah bgn sebelum subuh. Subuh gajah tu selalu la. Ohh, anak sapa la ni*. Saya juga baru perasan yang mak saya mmg dari dulu bgn awal pg sebelum azan lg. Walaupun mak saya keje bergaji kecil tapi dia tak pernah tak cukup duit. Selalu je ada duit. Tak pernah meminta-minta kat orang. Mungkin ni lah berkat namanya.

Dan baru kejap tadi berita kat Buletin Utama Hishamudin bagi tahu posting paling lewat hujung thn ni. Keutamaan posting sebelum hujung tahun ni diberi pada yang dah menganggur setahun. Saya pun sms Chifi meluahkan rasa tak puas hati.

Chifi: Byk2 sabaq dayah...byk berdoa. Bangun awal sebelum subuh,haha! ;)

Ermmm...saya pun rasa begitu. Bangun sebelum subuh, moga2 rezeki saya murah ikut saluran lain sementara menanti posting,ahaks! =)

Bosannyerrrrr....

Gambar sekadar hiasan :p

Sebetulnya memang saya terasa bosan pulak sejak dari petang tadi. Konvo dah abis, gambo2 konvo pun dah bosan saya tgk,huhu. Tak cuci pun lagi. Bior la tersimpan dulu dalam drive D. Duit pun takde ni nak cuci. Saya dah berkira-kira, mau dekat rm100 jugak kos mencucinya pasal memang banyak. Nanti2 lah.

Sekarang saya tengah berfikir ape yang patut saya buat sepanjang menjadi penganggur menanti surat posting nih. Plan pertama kalau dalam bulan bulan 9 ni saya masih tak posting saya ade projek besar. Buat kueh raya secara besar-besaran,haha. Seb baik penah keje kat kilang kuih raya lepas spm dulu. Rasa saya 3 kali jugak saya jd pekerja kat kilang kuih tu. Masa cuti matrik ngan cuti U tahun pertama dulu. Alhamdulillah, pengalaman memang sebaik-baik guru. Tahun lepas saya buat kuih raya, banyak jugak untung. Itu pun buat main-main jual kat sekolah lama saya. *Projek kuih raya insya allah akan berjalan jika tidak posting bulan 9*.

Sementara menanti bulan puasa menjelang tiba [skemanya ayat] ape pulak yang harus saya buat? Kadang-kadang naik bosan jugak ari2 mengadap intenet nih. Saya rasa saya perlu paksa diri jadi ulat buku lah. Borang jadi ahli perpustakaan awam tu dah saya amek 3 minggu lepas, tapi tak anto2 lagi. Saya plan nak baca sumer karya Faisal Tehrani dan Ramli Awang Mursyid. Saya penah baca satu novel Ramli Awang Mursyid tajuknya Bagaikan Puteri. Lain dari yang lain. Saya suka novel-novel tulisan mereka berdua nih. Sebab sambil baca kita berfikir. Sebenarnya saya sendiri dah bosan baca novel-novel cinta. Hingga kini saya masih jatuh cinta pada novel Dr.Hm Tuah Iskandar Al-Haj - Enrique Mengundang Jauh

p/s: Bawang Putih Bawang Merah dah tamat ke? Saya tak tahu ape2. Seminggu kat penang, seminggu terlepas rancangan tv. Asalnya nak pastikan diri ni tak miss sinetron tu tapi terlalu banyak aktiviti jalan2 semasa di penang. CT nikah Dato' K pun tak dapat tgk. [nak tengok tak semestinya saya suka tengok,ahaks]

Kursus kawen CT n Dato' K kat opis Dato' K. Dapat dr emel. [err,buang tebiat ke aku ni wat post gambo CT-DK nih. Tak best lansung. Nyampah!]

Pictures Worth A Thousand Words



Semalam saya dah letak slide ni tapi ade problem plak dan terpaksa saya delete. Banyak pulak cekadak masalahnya. Ni edit yang baru. Hope dis slide goes smoothly...

I'm backkk!!! :)


Aduhhh, rindunya saya pada blog saya ni. Blog rakan-rakan jugak dah lama saya tak jenguk. Genap seminggu saya ke seberang laut (penang jer..hehehe). Saya sudah puas berkonvo, berposing, bersenyum2, berborak, bergosip, berongeng2, berjalan2, dan macam2 'ber' lagi :D


Terasa kejap jer 4 tahun masa berlalu. Sedar2 saya dah konvo. Lebih kurang pukul 10.30 pagi tadi saya dan rakan saya meninggalkan usm. Sepanjang jalan ke pintu utama saya pandang sepuas-puasnya usm saya ini. Bila dah nak ditinggalkan barulah terasa sedih. Masa jadi studentnya macam2 usm dikutuk, banyak sangat yang tak puas ati. Bukan saya je yang macam tu, yg lain2 pun sama :p


Dari atas jambatan saya pandang ke belakang. Sayup-sayup kelihatan kami meninggalkan kampus usm. Entah bila saya akan datang lagi ke kampus dalam taman ini... Sob! sob!

Saya Bercuti Seminggu

Esok pagi saya bertolak ke penang, dengan seorang sahabat yang saya selalu tumpang keretanya. Tengah hari saya pegi amek jubah, petangnya pula akan ke MPPPP (Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang). Saya menumpang rumah membe. Tak sabo rasanya nak jumpe membe hu ha hu ha saya, ct dan cify ;)

Seminggu saya akan berada di penang. Saya akan pastikan saya takkan miss sinetron "Bawang Merah Bawang putih" di tv3 :D

Drama bersiri ni saya kira ok la untuk ditonton, tp menyakitkan hati bila tgk kekejaman Bawang Merah dan ibunya. Yang si Bawang Putih pun satu, lembut sangat. Kalo saya la, saya bg flying kick je kat ibu tiri yang macam ampeh tuh!

Tapi ada jugak tak logiknya cerita ni. Macam episod petang tadi, masa tu si Bawang Putih tgh tuang bahan kimia yang saya kira asid. Tetiba Bawang Merah menyiku lengan Bawang Putih, terus tumpah asid tu kat tangan dan mengakis kulit dia. Yang tak logiknya boleh plak cikgunya pi tanya ape yang berlaku? sape yang buat? siap leh bagi nasihat panjang2 lagi. Dan bagi ceramah plak kat Bawang Merah yang markah labnya akan dipotong. Patutnya pegi suruh si Bawang Putih tu basuh tangan kt bawah aliran air yang banyak dulu. Tangan kawan tu dah mengakis lama baru disuruh pegi bilik rawatan untuk balut. Aduh, tolong la logik sket!

Apa2 pun tetap enggak leh lawan cerita Malin Kundang kok! =)

Oh ya, saya sudah dapat kasut untuk konvo :p itu pun bila dah balik umah rasa menyesal pulak sbb saya rasa patern yg lg satu tu lg lawa dari yg dah dibeli ni. Inilah susah menjadi saya yang cepat buat keputusan dan cepat menyesal, huhu. Sememangnya rahsia kelahiran bulan 4 yg satu ini amat tepat dgn diri saya.

Sidang konvo saya ari ahad pagi 20hb, doa saya sumernya berjln dgn lancar..
Saya tinggalkan blog ini buat sementara waktu.. ;)

Terbang Duitku Terbang

Saya ke Kuala Kangsar semalam, cadangnya nak beli kasut untuk konvo tapi sumer kasut yg dijual tak menepati cita rasa saya. Minggu lepas sudah ke Taiping, juga mencari kasut. Tetap tidak dapat kasut yang saya suka. Mak saya dah marah-marah. " Kasut melambok-lambok, satu pun kamu tak beli?!!". Inilah susahnya menjadi saya ini. Bila tengok kain-kain baju pulak mula la saya bagai orang giler hilang separuh kewarasan, rasa mahu beli ajer mana yang berkenan. Susahnya menjadi saya yang amat suka membeli membeli dan membeli.

Walaupun dalam keadaan kekontangan wang saku, saya tetap tidak dapat menahan nafsu berahi bila melihat buku-buku dan majalah-majalah. HARMONI, NUR, BLUES SELAMANYA, SERI DEWI KELUARGA adalah majalah wajib saya tiap-tiap bulan. Majalah PA N MA pula akan dibeli suatu hari nanti,haha. Itu pun sudah berkurang. Kalau tidak DARA dan CANTIK RAPI SIHAT juga masuk senarai. Tapi telah dihentikan pembeliannya sebab saya rasa DARA sudah tak sesuai dengan citarasa saya. Terlalu keremajaan. Walaupun i'm not a girl not yet a woman, tapi majalah yang terlalu remaja tidak berapa saya minat. Majalah CANTIK RAPI SIHAT pula dah saya tak beli sebab topiknya saya kira asik berulang dan sama aje...

Dan semalam terbang RM19 saya. Wang bertukar dengan sebuah buku novel grafik "Mambo di Kuale". Itupun terkulat-kulat jugak tengok buku-buku berkaitan kewangan tentang cara mahu jadi kaya. Buku "Jutawan Senyap" dan "Biar Kecil Asal Berhasil" tulisan Chef Li dah saya beli tahun lepas. Dah habis baca tapi tak saya buat seperti yang Chef Li sarankan. Dan saya tabik spring kat seorang kenalan ni yang telah meniaga iced blend sebaik saja lepas abis baca buku "Menjejaki Jutawan Senyap" Chef Li ini. To Fuad saya akan ke gerai awak bile datang penang minggu depan. Bagi la saya iced blend free satu,hehehe :p

Inilah buku yang telah menerbangkan RM19 saya :p Karya orang kampung saya ni. Satu kape. Orang kuale! ;) Novel garfik ni karya nur azmi, seorang pelukis catan gaya post naive.(err..gaya post naive ni ekceli mcm mana ar?). Saya habiskan dalam masa satu setengah jam jer membacanya. Menarik...lawa lukisan-lukisan kartunnya. Kalo berkaler lagi lawooo...tapi mungkin reganya akan menjadi 88 juta kali dari harga asal :p Haa.. incet nur azmi, teman dah nolong promote karya mike nih, ape lagi balik kuale nanti blanje teman makan laksa kat Sungai Perok tu,ngeh ngeh!

Sedang Ingin Bercinta

Saya tak tahu la nak citer pasal ape, takde idea yang bernas. Nak nulis pasal politik saya tak reti, pasal ekonomi si akirasuri lagi terrer kot,haha :p

Jadinya saya kongsikan satu buku yang saya baru selesai baca aje la...


“Persoalan cinta adalah satu subjek yang sukar untuk diungkai dan dibincangkan. Ianya sungguh Kompleks dan halus. Namun buku ini telah berjaya mengungkap erti dan kemelut cinta dengan begitu komprehensif, dalam keadaan segar dan santai. Sungguh menarik. Dengan gaya bahasa yang bersahaja, anda masih tetap dapat menerokai pahit dan manis, duri dan madu dalam percintaan. Dan yang paling penting, ia memberikan anda suluhan dan panduan, samada anda sedang mencari cinta atau lari dari cinta. ’’

Buku ini memang menarik, tertarik dan da boommm!! Mengajar kita cara bercinta yg betul, langkah dan panduan yg betul untuk mencintai seorang manusia yg berlawanan jantina tp dari spesies yg sama :p Tapi pada saya dua-dua kena baca buku ni, si makwe dan si pakwe.. barulah beri kesan, kalo salah sorang je baca amatlah tidak berguna. Harga buku ni RM25.90.

Tujuan saya beli buku ni sebab tertarik pada covernya jer. Agak lama jugak simpan baru dibaca. Memang fiil saya macam tu. Untuk maklumat lanjut gi la kat sini.

“Kita tidak boleh mencintai orang lain,
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri..
sebelum mencintai Allah!

Anak perempuan penentu masuk syurga, neraka..


DARIPADA Aisyah, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu dia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu
bangsa terletak di tangan mereka.

Ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak perempuan. Mereka adalah aset
penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau
terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah dalam perkara
yang berhubung dengan kaum wanita."

Hadis itu bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah
sentiasa mengawasi anak perempuan dan isteri mereka supaya sentiasa berpegang
teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah.

Ramai ibu bapa yang menjaga anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal,
makan dan minum semata-mata seperti memelihara binatang ternakan yang hanya
bertujuan menggemukkan saja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan
sepatutnya.

Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai wanita yang
menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan pelbagai keburukan mencemarkan nama
baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak yang diajar dengan didikan agama memberi faedah kepada ibu
bapanya ketika hidup dan selepas mati.

Petikan e-hadis, Jabatan Kemajuan Islam


Saya Sama Macam Garfield



Petang semalam pegi K.Kangsar, saje teringin makan kfc yg macam pizza tu, ape namanya ntah? Tak ingat plak sbb adik yang pi oder. Jalan-jalan ternampak plak iklan jawatan kosong kat kedai 'kek n roti'. Tetiba plak dalam dilema...nak keje ke idok,nak keje ke idok? Rasa nak pegi tanye jer...

Last2 tak tanye pun pasal rasa malas plak nak keje pasal dah lame sgt dok umah, makan cukup, leh main intenet doploh pat jam...diri ni dah jadi manja sgt, huhu

"Bila lah aku ni akan dipostingkan oleh mereka-mereka"

Do u know how was Tsunami!!

captured by a satellite near indian ocean...

Walaupun topik tsunami ni dah kira lapok mengalahkan cite ct nurhaliza kawen dato K, tapi saya ttp gak wat entry psl tergezut nengok gambo satelit nih!
Klik untuk lihat ia lebih besar...

K-A-W-E-N

Kadang-kadang saya tension beserta sedikit jeles bila tgk kawan-kawan kawen :p semalam saya surf friendster saya, ade antara kawan-kawan dan kawan kepada kawan saya post gambo2 terbaru diorang masa majlis kawen. Amatlah comel mereka berpasangan. Ada yang masih belajo, tapi dah kawen, dua-dua blajo lg pun ade..aduhh. Ada yang masih menunggu posting macam saya juga..huhu

Tapi saya amat tertanya-tanya kalau dua2 masih belajo mana dpt duit utk kawen? Zaman sekarang plg kurang mau ada rm20 ribu ++ utk majlis kawen. Ramai juga kawan saya di U masa semester akhir kawen, ada yang nikah gantung, ada yg nikah tak gantung terus kenduri. Paling saya pelik dua-dua masih belajo. Oh, tolong la bagi tahu saya macam mana anda dapat duit sebab saya pun nak kawen juga,hahaha.

Ataupun saya yang tak reti menyimpan duit?? Korang dapat duit dari mana. Korang pun tak keja lagi sama macam saya. Duit PTPTIPU? duit loan? duit biasiswa JPA? KPM? MARA? Duit FAMA (father mother)? Duit2 loan ni bukannya banyak sangat pun :p

Tapi eloklah kawen, dapat elak maksiat. Ada senior saya sebulan kenal, terus dapat rombongan peminangan. Ada pula rakan saya kenal 3 minggu trs dpt rombongan merisik trs bertunang. Senang aje jodoh mereka. Teringat kata-kata dr.fadzillah kamsah masa dtg U saya jd panel Forum Mencari Cinta, dia kata Allah tahu sama ada seseorang hambanya tu dah bersedia untuk jadi suami or isteri. Allah tahu yang terbaik buat diri kita, Dia tahu kita dah bersedia ke belum untuk pikul tanggungjawab. Sebab tu ada org cepat jodohnya, ada yg lambat sikit. Oleh itu kena buat diri kita bersedia untuk kawen, baru la jodoh itu senang.

By da way, rasa macam nak wat kad kawen macam ni je nnt :p
(klik jika kurang jelas)

Petua Dan Tips Daripada Dr.fatma..

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk
selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat
tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.

Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken from Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan

Sepetang di Kuala Sepetang

Petang tadi saya, emak, abg faizul ngan encik mat pegi Matang,Taiping sbb mak nak g kilang yg wat kerepek ubi, nak borong banyak untuk jual kat koperasi sekolah. Lps beli tu trs pegi Kuala Sepetang. Kononnya nak beli ikan fresh tapi sampai2 jer tokei2 ikan tu kata arini diorang tak ke laut. Last2 beli udang kering jer.


Kawasan jeti Kuala Sepetang ni mostly chinese yang tinggal. Segala ikan kering, udang kering, sotong kering sumernya made by chinese. Masa kami merayau-rayau kat kawasan jeti ni ada sekumpulan cina lelaki yg tak trn laut tgh main mahjung. Ade plak sekumpulan pomp tgh tampi udang kering. Ada yang potong kepala ikan nak wat ikan kering. Budak-budak baya sek rendah pun tlg, yg muda-mudi pun bekeje. Terpikir lak, tak mcm budak lelaki melayu. Ptg2 abis sekolah melepak je pandai. Tambah2 ujung minggu. Entah la..nak kutuk pun bangsa sendiri. Tapi bila tgk cina2 tu bekerja mmg bersungguh2, mmg cari duit...buat duit. Nampak sengkek je tp duit berkepuk!

Kat Kuala Sepetang ni ade satu gerai mee udang yg femes. Jadinya kami pun pegi makan sbb kena blanja abg faizul yg sudi drive dan encik mat yg jd tourist guide bwk saya dan mak ke kilang tu. Diorang dua ni rakan sekerja mak. Mula-mula saya nak order bihun udang. Sekali dgr encik mat order laksa udang. Dgr je laksa saya trs teruja sbb saya ni hantu laksa. Rupa2nya kat gerai ni order je ape pun dia akan bubuh udang. Sepinggan laksa udang rm5 ade 15 ketul udang yg sederhana besaq. Mmg puas hati..

Abis makan kami pun balik. Makanya petang yg sepatutnya saya spend masa untuk cabut KEMUNCUP dah dihabiskan kat Kuala Sepetang...

Jeti Kuala Sepetang


Cuba Teka Apa Bendanya?


Cuba teka apakah benda alahnya yang bila kita ingat kita tak bawak, tapi bila kita tak ingat kita bawak? Masa dapat soalan teka-teki ni jenuh saya pikir ape la bendanya... Last2 serender jer la. Jawapannya KEMUNCUP. Memang betul pun, masa kita ingat kemuncup ni takde la melekat kat kaki seluar ataupun kain yang dipakai.

Dan inilah masalah yang melanda halaman rumah saya yang berumput. Tak sampai sebulan mesin rumput, mula la kemuncup ni meninggi balik. Tumbuh bagai cendawan lps ujan,huhu. Setiap kali saya sapu daun-daun kat halaman, pastinya kaki seluar saya penuh dgn kemuncup ni. Terpaksa la terkial-kial buang satu demi satu. Amatlah membuang masa.

Ptg tadi lps aje sapu daun-daun, saya mencangkung dan cabut satu demi satu pokok2 kemuncup ni. Halaman umah saya ni luas la jgk..x abis pun cabut td. Kenalah disambung esok dan esok lagi. Harapnya dgn mencabut sampai akarnya, kemuncup tu takde la tumbuh lagi. Terpikir jugak xde ke advantages kemuncup ni? Mcm kacip fatimah tu ke, pegaga ke..kan ke berkhasiat. Kalau la betul ada khasiatnya, tentu saya boleh buat duit dengan menjadi pembekal kemuncup :p

Tandatangan Kita Diperlukan

Pagi tadi buka YM dapat offline msg :

For All The Muslims : Tolonglah Bantah Penubuhan IFC

Sape2 yg belum menurunkan petisyen membantah
penubuhan IFC, tolong berbuat demikian secara
online di www.myislamnetwork.net selewat2nya 4/8 ni.

Tolong sebarkan sebanyk mungkin msg ni kpd
saudara-saudara kita. Sasaran kita 1 juta. Setakat ni baru
30 ribu. Tolong sgt2.-TOLONG 4WADKN MSG INI

Jangan salahkan OIC atau PBB kerana tidak
mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman
Israel. Salahkan diri sendiri, kerana kita juga
ada kuasa untuk membantu rakyat Palestin dan
Lubnan. DOA adalah senjata paling utama. Doakan
kemenangan rakyat Palestin dan Lubnan. Doakan
kehancuran tentera pengganas Israel dan sekutunya.
BOIKOT barangan serta syarikat Israel atau secara
langsung dan tidak langsung menyumbang kepada
rejim zionis.

Saya kira tak susah pun. Klik pd URL, then klik pada Petisyen Online, isi nama, ic dan emel. Itu saja...

Hari-hari


Takde cerita hari ni, hari-hari rutin yg sama saya buat. Bgn pg kdg2 lps subuh tido balik. Kalo tak tido saya trs kemas umah. Dah kemas dalam umah, pegi sapu daun-daun kat laman umah plak. Masuk umah, mandi. Then dalam pukul 10 saya mengadap intenet sambil sarapan. Kalo terasa rajin nak masak, saya masak. Yang sebetulnya saya mmg tak pandai masak :p Mmg mak dah bising dah.

Aritu pegi pasar malam, jumpe dgn pakcik kantin sekolah dulu. Dia tanya dah abih blajo ker? Sudah saya kata. "Haaa..boleh la kawen". "Nak kawen tapi mak tak bg la pakcik..hehehe". "Dia masak pun tak reti!!". Adeh, kena sebijik ngan mak. Bukan saya tak reti masak, cuma tak terer jer. Tunggu la suatu masa nanti, pasti malatupsss..heh heh..

Khamis yg lps pegi kursus ukiran buah, ada jgk la xtvt dari saya takde buat apa. Ntah ape la jd kt buah tembikai tu. Abih saya kerjakan. "Ni bukan ukir ni cik adik oii, ni korek namanya", kena sound ngan pakcik yg tukang ajo tuh. Nasib ko la tembikai. Saya budak baru blajo =)

Semalam dah dapat surat pengesahan convocation. Lega rasa hati. Kwn2 lain sumer dah dapat, tinggal saya je tak dapat lagi. Lambat dapat sbb saya kena repeat paper.

"Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Universiti mengesahkan anda telah lulus peperiksaan akhir, memenuhi semua syarat pengijazahan dan layak dianugerahi Ijazah : SARJANA MUDA SAINS DENGAN PENDIDIKAN [KEPUJIAN]"

Pointer saya takde lah tinggi mana pun. Malu pun nak didedahkan. Teringat kata-kata sorang coursemate. "Biaqlah pointer aku rendah pun, janji gaji sama ja". Oh, entahlah..sesetengah orang memandang pointer. Kalo tinggi org tu pandai, kalo rendah tak berapa pandai. Saya mengaku sememangnya saya jadi pemalas bila masuk U. Tak tahu kenapa. Mungkin sbb kursus yang saya harapkan tak dapat saya ambil. Jadinya saya belajar semata-mata memenuhi syarat pengijazahan.

Benda dah lepas, biarlah. Sekarang kalau dah keje nanti saya seharusnya keje dgn ikhlas. Yer, saya mesti ikhlas. Kalau ikhlas rezeki berkat, insya allah.. Ok lah, saya kena ambil mak saya kat sekolah ni. Cau cin cau :)


Followers