The Good Old Days



"Mentadak mentadu macam mana aku tido?"

Masa kecil-kecil dulu, kalau jumpe mentadak mesti tanya soalan gini. Zaman budak-budak yang asik ingat main je. Masing-masing tanya soalan yang sama. Mentadak ni pun dah bosan agaknya.


Mentadak atas tu macam tau je posing bila nampak lensa kamera saya. Dah moden ko sekarang ek?


Hurm, tetiba teringat zaman budak-budak dulu. Main je kejenye. Tak balik rumah, tak makan pun takpe. Asal dapat main dengan kawan-kawan sekampung. Mula-mula main atas tanah, pastu naik ke pokok. Pokok tu kononnya macam kapal angkasa Gaban. Bengong betoi! haha. Biasanya pokok yang banyak dahan la jadi sasaran. Biasanya port kami adalah pokok jambu kat rumah Wan Hendon. Dah la makcik ni rajin menyapu dedaun kat halaman rumah dia, kitorang pulak pegi buat daun-daun dari pokok tu jatuh berguguran dengan lebih banyak.


Teringat saat saya belajar kayuh basikal tanpa roda tiga. Selalu je jatuh sebab tak pandai balance badan. Tapi tetap dapat sokongan kawan-kawan. Sorang akan pegang belakang, sorang lagi akan pegang depan sambil kita belajar kayuh. Kalau ada yang lain masing-masing akan beri sokongan moral. Perlahan-lahan kawan akan lepaskan pegangan. Nampak kita macam nak jatuh, masing-masing akan segera memberi pertolongan memegang semula bahagian depan dan belakang basikal. Sokongan moral pada masa tu amatlah di tahap maksimum. Bila dah berjaya bawa basikal sendiri, balancing dah ok, tepukan gemuruh pasti diberi.


Hmmm, kanak-kanak. Takde rasa dengki. Masing-masing tolong-menolong. Beri sokongan moral tanpa jemu. Tapi bila meningkat dewasa kita kadang-kala lupa dan alpa. Masing-masing ada sikap pentingkan diri sendiri. [saya juga kadangkala begitu]. Manusia.. manusia..


Kalau saya dapat main, saya akan jadi lupa diri. Tambah-tambah bila aktiviti kami dilanjutkan ke sungai di belakang kampung. Sampaikan makcik saya yang suka menyibuk tu perambat saya dengan ranting kayu suruh balik. Kami akan mandi di lubuk yang pada masa tu memang dalam. Hapus sampai kepala. Ada satu pokok yang dahannya merentang lubuk tu. Jadi kami akan panjat batang pokok tu dan terjun ke bawah terus jatuh ke lubuk. Terer kan? hehehe. Masing-masing wajib buat pasal nak menunjukkan kehandalan.


Mandi sungai tanpa baju. Pompuan lelaki masing-masing pakai seluar je. Kadang-kadang je pakai baju. Bila naik darjah 4,5,6 dah mula rasa malu. Bila buat silap kawan-kawan lelaki akan ungkit yang kita penah tak berbaju dulu. Masa tu dah mula rasa nak masuk kepala dalam tanah. Hehehe. Hormon dah berbeza. Bila meningkat lagi usia, masing-masing dah jadi macam malu-malu. Tapi tetap bertegur sapa dan senyum-senyum kalau jumpe. Ada yang satu kelas hingga ke menengah, ada yang bertukar sekolah.


Sekarang masing-masing dah tak berhubung. Tiada lagi bertandang ke rumah masing-masing. Kalau dulu kami selamba-wa-wa je masuk rumah kawan-kawan. Dah jadi macam rumoh ko rumah ku jua :D


Cuma sesekali balik terserempak la juga. Kadang-kadang berselisih kenderaan. Masing-masing dah kendong anak. FYI, kawan-kawan sepermainan semasa kecil saya yang satu kampung semua sudah berumahtangga dan sudah beranak. Macam tak percaya je saya je yang tak lagi, hehehe.

Seronok jadi kanak-kanak. Takde perasaan takut dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Saya tak pernah takut untuk panjat pokok yang berdahan licin, terjun ke lubuk dan cekau tepi-tepi sungai untuk cari belut. Gile la kalau kena sengat belut. Tapi masa tu tak penah pikir pun pasal apa itu takut dan sakit. Masa mandi nampak kura-kura, boleh pegi tangkap kura-kura tu bawa balik rumah, lepas tu ramai-ramai buat eksperimen kat kura-kura tu. Masa tengah syok mandi tu juga penah sekali ada ular melintas. Tetiba semua takut, naik atas darat lekas. Tak sampai seminit, terjun balik. Ular ke mana takut ke mana.


Paling best kami dimomokkan dengan kononnya kalau kura-kura gigit jari, kena tunggu guruh berdentum kat langit baru kura-kura tu lepaskan jari kita yang digigit tu. Lepas je dengar tu kitorang semua takut dan lepaskan balik kura-kura tu ke sungai. Hehehe. Sangat suci kan kami? :D


Saya penah jatuh dari pokok jambu. Masa tu jatuh terlentang mengadap ke langit. Masa dah jatuh tu tetiba rasa tak boleh gerak seluruh badan. Mata pandang atas je. Kawan-kawan mengerumun. Saya nampak muka mereka semua panik tak tau nak buat ape. Yang saya ingat diorang tanya saya ok ke tak sambil diorang gerak-gerakkan badan saya. Tapi saya tetap kayu. Nak cakap tapi suara semacam tersekat di kerongkong. Tapi lepas diorang gerak-gerakkan badan saya tetiba boleh bangun balik, hehehe. Terlumpuh seketika sebab hentakan masa jatuh tu kot, hehe.


Kitorang budak pompuan penah gaduh dengan sorang abang ni yang masa tu dia dah sekolah darjah 6. Kami perang-perang mulut. Sekali dia tendang perot saya. Senak wooo. Mengadu kat abah. Abah marah dia, hahaha. Padan muka. Lepas tu opah yang memang pandai mengurut, urut perut saya. Sebenarnya perot tu takde la sakit mana. Hati lagi sakit. Rasa nak flying kick balik je abang tu. Nasib baik ko dah darjah 6 masa tu! [kononnya ada rasa respek lagi la pada senior, kekeke]


Tapi dalam banyak-banyak yang saya buat tu ada 2 benda yang saya takut. Nak tau ape?




Bunyi blender dan bunyi keretapi, ehe.


Kalau mak masak, tetiba saya dengar bunyi blender saya akan cepat-cepat lari meyorok belakang pintu. Gile takut bunyi blender tu. Pasai ape ntah. Bunyi blender tu pada saya macam menggerunkan.


Dulu opah ada kebun di tanah rezab keretapi. Saya selalu ikut mak dan opah ke kebun tu petang-petang. Macam-macam opah tanam kat kebun tu. Saya datang sebab tujuan utamanya adalah untuk main. Suka main kat landasan ketapi. Letak telinga kat rel ketapi konon nak dengar bunyi ketapi kalo ketapi dah nak datang. [ni gara-gara tengok tv la, pelakon tu wat cenggitu]. Tapi saya tak penah dengar apa-apa, hehe.


Tapi kita boleh tau ketapi akan datang bila dengar bunyi hon ketapi sayup-sayup kedengaran. Opah akan menjerit pada saya suruh lari dari landasan. Masa tu akan bergegas lari cari mak dan berdiri menyorok belakang mak sambil kepala terjongok tepi pinggang mak sebab nak tengok jugak ketapi tu, walaupun takut. Saya takut sebab pada saya bunyi ketapi tu amat menggerunkan, hehehe. Kadang-kadang ada penumpang dalam ketapi tu yang melambai tangan, pastinya saya akan lambai balik tapi tetap dalam keadaan menyorok belakang mak. Lepas ketapi lepas, baru sambung main semula.


Pelik betul la. Ape yang saya takut dengan bunyi blender dengan bunyi ketapi ntah la.


Wei! Panjangnya saya membebel. Sory ler, tetiba teringat kisah nostalgia zaman bebudak. Hmmm, dah besor ghopenyer aku ek? hehehehe.







Sudah Settle Menghantar Adik

Semalam dah selamat menghantar adik ke Uitm Seri Iskandar. Lepas tu terlupa bawak kamera. Tak jauh lagi dari rumah sedar kamera tiada dalam beg . Mintak pakcik pusing balik, tapi kata dia tak elok patah balik kalau dah keluar. Kalau dah tertinggal, tertinggal je lah. Hmmm, ikutkan je la kata orang-orang tua.


Kalau kita orang-orang muda ni patah je balik kalau ada benda tinggal ye tak? hehehe.


Jadinya tak dapat la nak bergambo kenangan menghantar adik. Tak dapat merakamkan la acara-acara tersebut. Dan perasaan saya juga sedikit rasa tak selesa sebab tidak bersama kamera. Sebab dah biasa, ke mana-mana mesti bawa kamera. Huhu.


Masa nak balik, adik cakap dia macam sedih, but i told her no need to feel sad or cry. Bukan jauh pun. Still dalam Perak. Dulu masa saya masuk matrik kat Kuala Pilah, berair jugak air mata bila family dah blah tu. Ada sorang budak pompuan tu saya nampak dia menangis juga, siap peluk-peluk ayah dia lagi. Maybe dia orang jauh, tercampak ke Perak.


Bila tengok adik masuk U, suasana kampus, hostel, rasa macam nak ganti je tempat dia, hehehe. Saya cakap kalau kita ada magik, kita tuka. Ko pegi keje, aku masuk belajo. Hmmm, belajo tetap best walaupun kita belajo dengan tidak bersungguh-sungguh [macam saya dulu, kekekeke].


Kononnya nak buat keje sekolah kat kampung. Nak isi buku report card students dan nak keep in markah dalam excell. Sekali markah-markah budak yang dah saya tulis dalam scoring sheet, saya tak bawak. Sia-sia je bawa buku report card. Hampeh betul la. Dah la bus ke KL pukul 6 petang nanti, sampai rumah mesti dah dalam pukul 10 lebih. Adoi la. Tu la, careless, tak cek awal-awal. Borang markah budak tu saya pergi selit dalam Buku Rancangan Mengajar yang sudah saya hantar pada Ketua Bidang untuk ditandatangani seperti biasa.


Nampaknya sekarang ni kerja yang saya boleh buat adalah, menyediakan teks bagi mengacarakan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah esok.





______________
Bosan juga adik saya takde kat rumah. Bosan sebab takde kawan bergaduh :D



It's Friday! :)

"Dayah, semalam aku kuar dengan K*syf*l. K*syful cakap si J tu macam minat kat ko".


J adalah kawan K*syf*l. Dalam sebulan ni memang la saya ada keluar dengan As dan pakwenya Si K*syf*l tu. Biasala, saya kan tak suka duduk rumah. Suka keluar beronggeng-ronggeng melakukan ronggengan yang berfaedah :D


"K*syf*ul cakap Si J banyak tanya pasal ko". Kata As lagi.


Tanya dah ada pakwe ke belom dan bla bla bla lagi. Sekali Si J tanya umo. K*syful cakap la 26. Si J terkejut sebab dia ingat baya-baya dia jer. Saya memang tau Si J umo 22. Hahahaha. Nak pecah perot dibuatnya.


Well, i feel very happy and proud. Wakakakaka. Masih awets muda la nampaknya saya kan? Hahahaha. Ape? korang kata saya perasan. Suka hati la. Kadang-kadang saya memang ada sifat narsisis yang tinggi, hahahaha :p



Ok lah, nak balik kampung ni. Beg pun dah pack. Esok sekolah ganti tapi saya apply cuti rehat. Esok nak kena ngantor adik kesayangan yang kadang-kalanya teman bergaduh pegi masuk UiTM. Masuk jugak ko Unibersiti ye Peah! Hehehehe.


Esok juga sepupu saya yang bertunang dengan orang Iran tu kawen. Memang saya nak pegi sangat. Tapi apakan daya. Sebagai anak sulung, saya adalah seorang yang sangat bertanggungjawab. [errr, sekali lagi sifat narsisis saya keluar, hehehe]. Adik mesti didahulukan. Abah je pegi jadi wakil sebab abah kira orang penting juga la untuk kenduri esok.



Ok lah, cau cin cau dulu!




_____________
Balik ni bawak buku report card students sekali ni. Minggu ni dan minggu depan sangatlah banyak keje. Balik kampung pun terpaksa bawak keje sekolah. Sekolah dulu buat keje sekolah, dah keje pun buat keje sekolah!
If you can't be a pencil to write anyone's happiness, try at least to be a
nice rubber to erase everyone's sorrows…………

We make a living by what we get, but we make a life by what we give.

Source : gleez.com

Photo Shoot


Hari ni ada sesi fotografi untuk majalah. Yang tak setel lagi adalah photo shoot untuk form 5 dan semua guru-guru yang mengajar diorang.

Ni dengan anak-anak saya bersama dengan guru-guru subjek yang mengajar kelas diorang.


Dengan team Rumah Kuning yang berjaya menggondol tempat terakhir dalam sukan tahunan bulan 3 lalu, hehehe. Tahun depan lagi sekali saya jadi Ketua Rumah. Lepas tu lepas bebas :D Setiap guru mesti pegang kontrak 2 tahun sebagai Ketua Rumah, huhu.


Tahun depan tak tau la nombor berapa ni. Dah la ramai atlet-atlet rumah kuning yang tukar sekolah. Adoi la.






My Pet

Bulan 12 tahun lepas saya beli Chot dan Coco ni. Lihatlah foto-foto meraka. Cute kan? :) Arnab ni mak yang banyak jaga. Tapi gatai mengaku my pet pulak kan, hehehe.



Semakin hari mereka membesar menjadi arnab yang super comel :D




Dibiarkan lepas bebas dalam rumah [kadang-kadang je la].


Dulu sebesar tapak tangan saya je.... Sekarang....
















Dah terlebih-lebih. Erm, goreng pun sodap neh!

Sekarang mereka dah tak boleh duduk dalam rumah. Kencing berak yang teramat kerap dan banyak. Dah panggil tukang untuk buat reban diorang, tapi tukang tu tak la datang-datang rumah nak mai buat. Mentang-mentang la dia dapat buat projek rumah orang besor-besor, rumah kecik untuk arnab ni bolayan la ek?


Sabo je la.



________________
Dah lama takde kucing sebagai pet sejak kematian Uteh dan Bulat.




Bulat dalam kenangan. I miss u so much Bulat. Sob! Sob!








eee...Yew!

Semalam seharian saya tiada di rumah. Balik rumah dalam 2 jam je. Pagi, saya ikut Nor bawa budak ke Universiti Malaya. Ada kuiz OLIMPIAD MATEMATIK. Kami pergi satu bus.


Lepas habis kuiz, balik sekolah, then terus balik rumah. On the way tu beli lauk untuk makan tengah hari kat Restoran Bapak di Jalan Kuching, osmet dah siap-siap masak nasi. Makan tengah hari ramai-ramai. Lepas makan rehat + tidur sekejap. [ tido untuk proses penghadaman makanan, hehe].


Lepas tu pukul 3.30 dah janji dengan As, my osmet nak ikut Kasyful si pakwe as, [errr actually As's fiancee to be] pegi Cheras. Balik dari Cheras kami bertiga terus ke Selayang. Ada membe Kasyful buka kedai bekam lintah. Dia dok promote.


Saya memang dah lama nak try bekam lintah. Tapi takde geng. Sekali Kasyful tanya, minat tak nak buat. Jom je la. Saya tak kisah. Ajak As buat sekali, tapi dia tak nak. Geli kata dia. Takpe la, muka ko pun memang dah licin As weh.


Saya dan Kasyful je la yang buat bekam ni. Ala, tak rasa apa pun. Si Jeff tuan punyer kedai ni suruh saya buat set, 5 ekor lintah, RM60. Tapi tak gamak lak rasanya. Kita cuba je la dulu 2 ekor. Mula-mula saya macam takut jugak, tapi takde pape ah.

Lepas ni saya nak buat lagi. Nak letak 5 ekor plak. Saya pun memang ada resdung. As kata dia ada migrain, tapi geli nak buat. Hehe.


Lepas berbekam, pegi makan. Sampai rumah dah jam 11.30 malam. Asalnya hujung minggu yang kononnya saya plan nak lepak-lepak di rumah,tak nak pegi mana-mana, dah jadi aktiviti lain. Hehe.





_____________
Selamat Hari Bapa untuk abah. Lupe semalam hari bapa. Tak ingat pun nak sms. Maybe abah baca blog ni. So wish kat sini je lah :D Juga Selamat Hari Bapa kepada blogger-blogger yang sudah bergelar bapa kecuali Bapa Ayam.





Hari Jumaat Hatiku Girang

Seronotnya hari ni dah Jumaat. Esok lusa cuti hujung minggu. Yeay! Bukan setakat seronok, dua ronok, 3 ronok, beronok-ronok rasanya. Rasanya nak duduk rumah je lah minggu ni. Nak lepak-lepak.


Tadi kat sekolah sempat bergambar dengan H*zr*, yang akan bertukar sekolah. Walaupun selalu bergaduh mulut tapi bila rakan sekerja nak bertukar, baru la rasa kehilangan ye tak? chewah!

H*zr* kata dia kena tukar sebab cikgu IT dah lebih + kononnya ada parent yang komplen H*zr* ni garang dan biasa la, dia guna cara cikgu dulu-dulu, kasi piap tangan budak dengan rotan kalau tak buat kerja. Itu pun parent komplen.

Cikgu denda mesti ada sebab. Takkan la kami sesuka sesuki hati nak denda budak. Cuba lihat muka-muka kami yang suci lagi murni ni. Ada muka pendera ke? Hehehe.


Suci la sangat! Hahaha. Adoi la, dia ni dah la jadi Ketua Guru Badminton. Lepas ni tinggal la saya dengan lagi sorang cikgu tu. Haiiishhh. Susah tau kalau bab-bab sukan ni takde cikgu lelaki.


Bulan 6 ni ramai cikgu yang bertukar sekolah dan yang keluar sebab dapat sambung belajar. Kak **da yang free hair tu pun akan pergi hujung bulan ni. Dapat sambung belajar di UKM. UKM taja buat master dengan PHD sekali di UK. Giler best! Kak F pun dapat offer sambung belajar full time bergaji penuh di UKM.


Cikgu yang keluar ramai. Cikgu yang masuk takde. Jabatan, tolong la hantar cikgu-cikgi ke sekolah kami. Amat payah nak dapat cikgu baru datang berkhidmat ke sekolah kami ni. Huhu.









_____________
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya bukan? Saya memang tengah ada masalah. Sabar, sabar. Kerana sabar itu sangat ajaib. Whatever doesn't kill you makes you stronger!

90/10

Sudi-sudikan lah tengok sedikit perkongsian ilmu ni.





Rasa macam jadi motivator plak! :D

Hari Pertama Sekolah Selepas Cuti Semester Pertama


Hurm, gile sakit kena bendera Jepun kat sekolah tadi. Dah la masa ketiga dia datang. Lambat lagi nak balik sekolah. Masa menahan sakit tu bibir rasanya dah tak berdarah plus seram-seram sejuk satu badan. Rasa nak tumbang pun ada. Tapi tahankan aje la. Masuk kelas pun saya tak mengajar, suruh budak buat kerja sendiri, nasib baik la Boss tak round masa tu. Kalau tak mampos. Budak pulak buat bising walaupun dah disuruh senyap.


Kilang telur aku dah macam nak pecah ok! Tak larat nak bertempik lagi. Gasak korang lah nak bising pun.

Ada tak sesiapa ada petua untuk hilangkan senggugut. Saya tak malu nak bicara soal ni. Sebab ini pun salah satu proses biologi manusia. Dulu saya dah cuba makan pil herba, tak jadi jugak. Ada juga ambil makanan tambahan dari produk-produk MLM yang macam-macam sekarang ni. Tak jalan juga. Tiap-tiap bulan mesti sakit jugak untuk hari pertama saja la. Hari seterusnya tak dah.


Lagi satu petua, orang tua-tua kata, nak hilang senggugut, kawen je. Nanti ilang ler. Ye ke? Ada setengah orang tu kawen anak dah setengah dozen pun masih senggugut lagi. Ape kes?


Sakitnya memang la tak lama. Tapi dalam 4-5 jam jugak la. Rasa gila meroyan jugak la. Ni belom sakit nak bersalin. Kalau bersalin tak tau la. Menurut kawan-kawan yang dah mengalami, 10 kali ganda sakit senggugut time nak beranak. Haish!



Dalam dok sakit-sakit tu tapi dah beransur-ansur nak baik, sempat lagi pergi Pusat Koko kat Taman Titiwangsa, belakang Istana Budaya tu. Pi join aktiviti Kokurikulum kat situ. Lepas sembang-sembang dengan peserta lain barulah tau yang diorang tu dapat surat yang dihantar ke sekolah, mengkehendaki sekolah menghantar seorang peserta untuk jadi wakil ke Pusat Koko ni. Ada yang kena paksa pun ada.


Yang kami bertiga ni plak [saya, nora dan nor] memang gatai pi join, sebab kenal sorang abang Pusat Koko ni, Abg Sham. Saya suruh Azwa tanya pasal aktiviti Pusat Koko ni, lepas Abg Sham kata datang je la arini, ada taklimat dan gerak kerja koko, kami bertiga pun pegi je lah. Nasib baik Nor dan Nora pun minat sama. Ada la geng, hehe.


Pusat Koko ni tempat latih guru-guru yang nak terlibat jadi coach untuk aktiviti koko macam kayak, rakit, cat crawl, snorkeling dan yang seangkatan dengannya la. Saya pulak memang sedang mencari-cari aktiviti yang berfaedah yang boleh dilakukan oleh saya sementelah kawan-kawan ronggeng saya sudah kawen dan pindah.


Setakat ini shopping seperti yang selalu dilakukan oleh pompuan-pompuan sejati itu belum lagi boleh menjadi terapi yang baik bagi saya. Sebab biasanya lepas shopping mesti saya menyesal pasal, "kenapa aku pi beli benda alah ni? Pasal benda alah ni bukan perlu pun?". Hmmm.


Jadi saya ingat, ingin menceburkan diri dengan aktiviti kayak contohnya. Tak sabar nak belajar kayak. Tup-tup Abg Sham kata datang je join Pusat Koko. Rezeki tuuu.

Balik KL Sudaaa...


Sudah terlalu lama saya tak buat kek. Semalam saya buat sebijik Blueberry Cheesecake. Asek-asek buat kek ni je, hehe. Nasib baik saya masih ber'skill'..huk huk! Saja buat sebagai buah tangan untuk housemate.



Saya dah berada di KL sekarang ni. Balik tumpang kete Nor. Sangat la bosan dan nak muntoh melihat pemandangan sepanjang perjalanan nak sampai ke rumah sewa. Pemandangan yang bakal saya tengok hari-hari pergi dan balik sekolah.


Baru je sampai beberapa jam dah rasa macam homesick. Hmmm, home is always where the heart is.

Takpe takpe. Bulan 8 ni cuti sekolah lagi :D




Makan Je la Koje Sampai Lelemak dah Bertambah


Fuh! Habis marking. Tapi bukan habis semua, hehehe. Habis untuk Paper 2 untuk kelas 5M. Untuk me'reward'kan diri saya kerana berjaya menanda paper xm, saya ajak adik ke Bandar Diraja. Tetiba rasa nak makan kek. Huhu, saya dah lama tak buat kek sendiri. Risau juga skill hilang. Hahaha, macam la berskill sangat! Poodacit!


Seperti biasa, minah sekor ni mesti menge'pow' saya. Dia mintak lamb chop sekali. Sebenarnya kami baru lepas gaduh. Hehoheho. 2 hari tak bercakap, hehehehe. Tapi memang la pelik. Setiap kali gaduh, bengang tahap gaban, dah azam tak nak tegur dan tak nak kawan, tak nak pedulik dan amek tau... last-last baik semula. Patut la peribahasa kata adik-badik ni macam air dicincang tak kan putus. Tapi memang tak best adik-badik sikit ni. Bila gaduh je kita dah jadi takde orang lain nak bersembang. Akhirnya terpaksa bercakap balik la, hehehe.


Disebabkan saya yang bayor, harus wajib la juga saya makan benda alah ni. Tapi makan sikit dah muak. Tekak Melayu pure kan. Tak rasi teman dengan makanan gini.


Opps! 62 scripts jawapan lagi perlu ditanda.


Till then. :)






Pen Merah Pen Biru, You Marah I Lebiu!


Pen Merah hanya untuk cikgu. Don't u ever try to use red ink pen. Dulu masa zaman sekolah kalau cikgu bagi jawapan dan cikgu suruh tanda sendiri salah atau betul mesti tanya cikgu dulu, boleh ke tak pakai pen merah. Kalau cikgu kata boleh baru guna.

Sampai sekarang anak-anak murid saya pun macam tu. Mesti mintak izin dulu, hehehe. Tapi ada gak ketegaq. Sesuka hati dia pakai pen merah.

Saya suka pakai pen merah seperti gambarajah di atas. Jenama Papermate, 0.5 mm. Ni kali kedua saya beli. Kali pertama saya beli 3 batang. Semua dah habis. Lepas tu pakai pen PILOT. Sedap memang sedap tapi dakwat dia sangat cepat habis. Tak macam pen Papermate ni, lambat plak habisnya padahal saya rasa dah berkajang-kajang saya menanda.

Tadi pergi Bandar Diraja saya grab 8 batang pen ni. Err, kenapa saya tak cukupkan 10 batang je ek? Baru perasan, hehehe.




_____________
Esok dah Khamis. Uwaaaa!!!! Cuti dah nak habis. Paper 3 Chemistry tak tanda lagi. Malasnyerrr rasa... hehe :D






Grrrrr

Sedang saya sidai kain, dengar henpon bunyik.

Erk! Sekolah tepon? Takut la pulakkkk...

"Hello??"

"H******..."

"Yerp!".

"Ni P*ng*t*a nak cakap".

Apa-ke-heynye pulok ni?

"Helllo".

"Yer Cik Boss. Kenapa?"

"Sorry ganggu awak cuti-cuti ni. Kita nak ubah jadual ni. Biasala, ada cikgu masuk, cikgu keluar. So saya nak masukkan awak untuk ajar math. Boleh tak?"

"err, saya math ni tak boleh Cik Boss. Saya tak reti cara nak ajar math".

"Kalau camtu kita tambah awak Science".

"Ok, kalau Science takpe. Math saya kurang reti".

Lepas tu... "Tap!". Bunyi telefon diletak.

Erk??? Ya, seriusly i dont like the way my boss talk to us on the phone. Di bilik guru, tempat saya adalah paling hampir dengan telefon yang bersambung dari pejabat. Dan sayalah yang selalu jadi telefonisnya. Saya lebih suka cara PK HEM, PK KOKO, dan PK 1 menjawab telefon. Dari start memulakan perbualan sehingga akhir. Pasti ada ucapan hello, hye dan diakhiri dengan terima kasih yang bernada riang dan tidak tegang.

Walaupun kita tak nampak muka orang dalam telefon tu tapi dari segi nada, kita boleh tahu sama ada orang tu bercakap sambil senyum atau pun tidak. Tak percaya cuba korang try sendiri. Ucap Hello dengan muka tak senyum dan ucap Hello sambil senyum. Pasti ada perbezaannya. Dan penerima panggilan anda pasti lebih suka mendengar ucapan Hello sambil anda tersenyum bukan?

Perkara ni bukan pertama kali berlaku. Tapi dah banyak kali. Kami-kami yang sering mengangkat telefon menjawab panggilan dari boss sering mengatakan benda yang sama. Lepas dia dapat apa yang dia nak dari kita, terus "TAP!". Kuat pulak hentakannya tu. I know u r the boss. But we all have manner on how to talk to people. I think she should read the book title "How to Talk to Anyone" by.. errr, penulisnya saya lupe. Agghhh, melambak kat kedai buku sana. Ataupun Institut Aminuddin Baki sana kena buat kursus lebih untuk cara berkomunikasi khas untuk bos-bos di sekolah. Huh!




_________________
The word thank you walaupun nampak simple tapi beri impak yang sangat besar. So, always practise to say thank you. [Peringatan ini untuk diri sendiri juga].






Kawen Jugak Akhirnya Kawan Ku

Saya kenal Cik Nurul sehari sebelum online subjek yang nak diambil pada semester pertama intake USM tahun 2002. Kebetulan kami sama-sama kalut mencari senior untuk ditanya, hehehe. Saya perasan dia bagi nombor telefonnya pada seorang senior tu dan nombor telefon Cik Nurul itu bermula dengan 013- 5 ******. Oh! Mesti orang Perak jugak ni.

"Awak orang Perak ke?". Kata saya.

"Aah, awak?"

"Perak jugak. Kat Kuala Kangsar. Awak?"

"Kat Lenggong".

"Oh, dekat je la kita".

Sejak dari itu kami jadi kawan. Tiada lagi ber'awak-awak'. Lebih mesra dengan ber'hang-hang' :) Satu course, major sama, minor je lain. Blok hostel pun sama. Kami kerap balik kampung sama. Praktikal pun dapat daerah yang sama. Sampai la kami kerja dapat negeri yang lain tapi masih dekat antara satu sama lain. Masih lagi balik ke kampung dengan Cik Nurul. Boleh dikatakan sejak dari USM sampai la dah keje kami kerap balik kampung dan pulang semula ke KL bersama-sama dengan saya sebagai penumpang kereta Cik Nurul, ehe.


Tapi Hari Jumaat, lepas Maghrib, Cik Nurul dah jadi Puan Nurul. Dia dah jadi isteri orang, huhuhu. Saya dah tak boleh sesuka hati beronggeng bersama Puan Nurul sesuka hati saya.


Kami semua sentiasa satu blok dari tahun satu sampai tahun akhir tapi kos lain-lain :) Walaupun saya ambil kos pendidikan, kawan pendidikan yang saya rapat hanya 2,3 orang je kot. Lain-lain semua bukan budak pendidikan. Saya tak kawan sangat dengan budak kos cikgu, hehehe. Tapi paling rapat dengan Puan Nurul la.

Malam nikah tu ada Majlis Berinai. Saya pun tak tau. Sebagai kawan baik Puan Nurul [baik ke? hehehehe] saya telah disuruh oleh makcik nurul untuk mencalitkan inai pada tapak tangan pengantin. Ooo, macam ni ke Majlis Berinai. Baru saya tauuuu.

Sabtunya majlis persandingan kedua mempelai. Selamat Pengantin Baru buat Nurul Salehah dan Salehuddin. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat :) [Salehuddin, hang memang kijam. Curik membe aku]

Ni pulak anak Ija yang bertudung putih tu. Giler comey anak Ija ni. Geram saya. Kudukung-dukung, kupicit-picit badan dia. Nak kat semua orang pulak tu. Semua orang nak pegang dia. Adoi la, kalo dapat anak comey macam ni memang tak keluar rumah dah aku, hehehe.

Balik dari kenduri Nurul, balik rumah saya kejap, kemas-kemas, rehat-rehat then kena pergi Ipoh pulak. Siti kena balik Terengganu bus pukul 8.30 malam. Tapi sebelum tu kami singgah Jelapang, rumah Kak Chah, senior kami yang sangat disayangi semasa di USM, hehehe.

Lepas tu Kak Chah ajak makan kat Medan Selera dekat Medan Gopeng. Seperti biasa, kami mengepow duit Kak Chah. Lepas makan-makan, Siti pun naik bus.. Ini kira reunion kedua kami. Tu pun sebab attend kawan kawen. Hopefully korang [Siti, Chieffy dan adik Siti] berpuas hati dengan layanan aku kat umah aku selama 2 malam. Semoga kita jumpa lagi lepas ni. Keep in touch okeh!

Mandi dan Manda

Hari Khamis -- berpoya-poya dengan Azwa di Lost World. Bawa adik sekali. Biasala, sebagai kakak yang baik hati :p Kalau bawak adik dia boleh jadi tukang amek gambo jugak, hehehe. Saksikan je la gambo-gambo yang tak seberapa ni plus ala-ala gambo syok sendiri, hahaha.



Rasanya banyak lemak kami yang dah terbakar kerana kami bertiga bersungguh-sungguh berenang tanpa henti. Sekarang kulit dah jadi burn. Dah la hitam. Legam pulak jadiknya! Huk huk huk!








Hurm, saya dah balik kampung dah 2 hari lepas. Saya tipu yang saya nak tanda habis skrip jawapan student saya, hehehe. Tak sempat habis pun. Saya terpaksa bawak balik ke kampung juga akhirnya :D


Cuba lihat. Bertuah punye anak murid. Ada ke suruh saya yang pilih jawapan dia. Sorry la beb! Saya kasi pangkah terus. Semasa marking jawapan, saya memang strict jugak. Tapi ada masanya tidak. Bergantung pada keadaan. Kadang-kadang ada student yang tersalah bubuh cas pada ion, saya consider la jawapan dia, saya betulkan casnya dan bagi betul. Tapi dalam kes di atas memang saya malas nk layan. Kalau dia tak tulis 'nota' tu maybe saya boleh consider. Tapi nak consider betul pun tak boleh sebab dua-dua jawapan yang diberi tu memang sah salah. Huhu.


Nak tido tapi tak ngantuk lagi. Esok pagi-pagi nak ke Ipoh. Dah janji dengan Azwa nak mandi-manda di Lost World. Tapi sekarang dah 1 pagi. Kena off jugak lah.

Till then. Assalamualaikum dan selamat malam :)









Followers