Sudah Kebah

Terima kasih pada semua yang mendoakan saya sempena dengan Hari Keputeriaan saya :D Terima kasih berjuta-juta kasih pada emak saya Pn. _________ ( orang kata tak boleh bagi nama mak sembarangan, nanti orang mandrem senang jadi. Eee, takot saya! :D ) yang telah melahirkan saya. Love her very much!

Jika tahun lepas saya menyambut hari lahir di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, tahun ni pula saya menyambut hari lahir saya dengan demam, selsema, batuk dan sakit tekak sejak hari Ahad. Semalam saya ambil MC sebab dah tak tahan. Seharian saya di atas katil je. Makan ubat, kebah. Lepas tu panas balik. Makan ubat, kebah balik. Tapi sekarang dah ok. Cuma batuk yang masih bersisa. Dari hari Ahad sampai hari ini tak makan nasi lagi. Saya beli sup sayur jer. Itu pun rasa macam telan air paip. Waduh waduh!

Hari Isnin saya masih ke sekolah. Dalam kelas, terbatuk-batuk. Lepas tu S*eng K*in datang pada saya.

"Teacher, i suggest u to try Pei Pa Ko. It's a throat medicine. It can cure cough and sore throat".

"Could u plz write down the what? Pei... what?"

Dia pun menulis atas kertas yang saya bagi. Oooo, Pei Pa Ko.

"Where can i find it? In Chinese Farmacy?"

"No teacher. U can buy it from Guardian or Watson!".

"Ooo, ok. Thank you S*eng K*in!"

Kebetulan lepas sekolah tu Aishah lab assistant nak ke Guardian, saya pun bagi kertas yang dah tulis nama ubat tu suruh Aishah tunjuk je kat farmasi tu nanti. Sebelum balik Aishah sms bagitau dia dah beli. Terus saya pergi ambil dari dia.

Ha, ni la ghopernye! PEI PA KO, Ubat Batuk Herba DUA ORANG TUA, hehehe.

Saya tunjuk pada Pn. Tan, saya tanya sama ada halal atau tidak. Pn. Tan kata, takde ape-ape. Ubat ni ubat herba. Memang orang Chinese ambil, kalau tak batuk or sakit tekak pun boleh ambil. Ubat ni kiranya untuk cleankan tekak kita.

Alhamdulillah, lepas ambil 3 kali dah lega tekak saya. Tak perlu lagi saya hisap ubat sakit tekak LOZENGES yang tak sedap lansung tuh, huhuhu.

Saya tak sempat nak melawat blog kawan-kawan semua, disebabkan demam yang melanda ni. Nanti saya jenguk-jenguk yer. Esok nak ke Tanah Tinggi Cameron. Mula-mula macam tak nak pegi. Tapi kesian pula kat Azwa. Nanti dia sorang-sorang pula dalam bus jadi guru pengiring. Mesti bosan.

Ok lah, doakan perjalanan pergi dan balik kami selamat. Salam semua!





________________
believeincinta, saya sudah dapat kad jemputan anda. Sangatlah comel. Takda aral melintang patah membujur lalu, akan saya penuhi jemputan anda itu, ok! :)

9 comments:

disturbia said...

dayah...

ciannya.. demam ek..
tapi alhamdulillah dah sembuh yer...

so enjoy urself tomorrow kat genting highlands yer...

Sally said...

alhamdulillah da sihat..nak membesor la tu..budak2 kalau nak tumbuh gigi kan demam..hehe

jangan lupa bwk baju sejuk..nanti takut demam kembali bila kena hawa sejuk bukit tu..

hayad said...

dsiturbia--> tu la, enjoy, enjoy juga, tp kena ingat diri masih tak berapa sihat :D

teachersally--> aah, dayah mmg akan bawak sweater :)

DeeN said...

Dayah, sorry lambat wish! Hepi belated birthday. semoga panjang umur, murah rezki dan terus sukses! Aku takdak hadiah nak kasik kat hang. Tp aku hanya dapat wish kat hang thru blog aku jer. Hehehee...

Semoga cepat sembuh dan selamat pulang dari tanah tinggi cameron!

Hafiz said...

peliknya nama ubat tu. Semoga cepat sembuh dari demam tu.

Kujie said...

syukurlah kalau dah makin baik...

boleh menjerit2 dlm kelas lagi

:)

chekgu Bani Hassim said...

tuhan tu saje nk bagi ko rehat kat umah...

Cikgu Ije said...

oowhh.. hari tu batuk dekat sebulan gak. seminggu dua ni je ok sket. kalau tau, awal2 beli pei pa ko ni. habis la gak breacol 2 botol hari tu. haram x bkesan.

Intanaziela said...

dayah...selamat panjang umur..mudah2an kebahagiaan sentiasa menjadi milik dayah... :P

Followers