Hujung Minggu Saya Yang Sedikit Spoiled

Sepatutnya minggu ini saya balik ke kampung halaman. Tetapi tiket bus ke Kuala Kangsar Bandar Diraja semunya habis pada petang jumaat. Yang ada pagi je. Takkan la saya nak ponteng sekolah pulak kannn... So kensel balik kampung minggu ni. Ini adalah spoil yang pertama. Insya Allah akan balik 2 minggu lagi. [tak paham betul la, ramai jugak orang Kuale menetap di Kolumpo ni ek? Padahal kalo naik bus balik Kuale, haram sekor pun aku tak kenal]

Sabtu semalam saya bercadang mahu ke Mid Valley untuk melunaskan hutang saya pada En. Maxis. Sampai aje di Mid Valley, saya nak keluar la duit dari mulut harimau. Sekali tengok dalam purse, ATM card tertinggal kat umah. Hampeh! Duit di tangan mana cukup nak bayar bil. Sebab lepas tu berjanji nak jumpe Min, nak makan-makan. Kang tak cukup pulak duit den. Ini adalah spoil yang kedua.

Err, semasa otw ke Mid Valley sebenarnya berlaku juga ke'spoil'an. Saya berdiri di dalam Komuter. Sekali pandang budak lelaki sebelah saya tu macam anak murid saya. Dengan slumber wa wa nye saya tegur dia.

Sekali bila dia toleh, tengok-tengok orang lain. Mampos aku.

"Eh, muka macam penah nampak. Sekolah mana ek?"

"SMK S*egamb*ut Ja*ya*".

"Aaa, patut pun. Penah nampak masa datang sekolah tu. Akak ni cikgu. Aritu ada datang sekolah tu". Wahuahauahua. Gile ah aku. Nak meng'cover' ni sebenornya.

Tetiba teringat ada sorang membe di sekolah tu.

"Kenal Cikgu N*or *Azi*da* tak?"

"Errmmm??". Sambil budak tu buat muka konpius dan pandang kawan dia minta pertolongan mengingat nama guru mereka.

"Dia ajar Kimia. U all form brape?"

"Form 3".

"Ooo, patut tak kenal". Saya senyum je la kat diorang. Dalam hati menyumpah-nyumpah diri. Cinabeng. Malu siot! Tersalah orang!

Disebabkan tak dapat membayar bil Maxis, saya tunggu ajelah kehadiran Min. Saya cakap kat Min, saya tunggu dia di MPH. Masuk MPH saya cari buku Science UPSR. Ada kakak atas rumah saya ni nak hantar anak dia tusyen kat saya. Kena la saya cari buku Science UPSR. [nasib baik duit cukup untuk bayar 3 jenis buku tu].

Saya dan Min makan di Nando's. [nasib baik jugak cukup duit. Min, sebenarnya kalo duit aku cukup, aku nak je belanja ko makan aritu. tapi apakan daya. takdir telah menentukan aku tak dapat belanja ko. bukan rezeki ko la tu, hehehe].

Setelah berborak sambil makan dengan Min, kami pun membawa haluan masing-masing. Saya terus ambil Komuter ke KL Sentral dan menukar pula ke PUTRA LRT untuk ke destinasi saya seterusnya iaitu ke Wangsa Maju. [giler skema ayat nih!]. Nak ke rumah Chor [makcik saya], menghantar minuman herba INTRA yang di'order'nya dari saya.

Sampai rumah Chor dia tak bagi balik pulak. Dia suh tido umah dia je. Masa tu jam dah pukul 5 petang. Saya kena balik, sebab esoknya nak ke Kelana Jaya rumah Mak Ndak [makcik ku jugak], nak hantar baju kurung cousin.

"Err, underwear tak bawak la Chor". Alasan kukuh nih!

"Kat pasar malam nun melambak. 4 seploh rengget". Adoi la. Ranap segala alasan daku.

Masuk bilik saya belek-belek dalam almari, masih ada lagi saki-baki pakaian saya hasil peninggalan saya semasa duduk dengan Chor saya ni di awal-awal saya bekerja di KL ni. Nak tak nak kena la tido umah Chor. [hampeh punyer anak sedara. macam terpaksa je] :D

Lepas Maghrib saya nak ajak anak sedara saya yang dok tingkat bawah flat tu pegi pasar malam. Tengok-tengok diorang dah pegi dulu. Tapi jumpe balik kat celah-celah orang ramai kat pasar malam tu. Beli-beli apa nak makan, belanja diorang kepak ayam, balik rumah, amek pinggan dan makan sambil tunggu AF7 start [1st time tengok konsert AF7. ntah-hape-hape-ntah bebudak AF7 ni. layankan je la]

Cadangnya esok [Ahad, means hari ni] nak balik awal ke rumah sewa. Sekali makcik tak bagi balik lagi. Bila sampai tengah hari pun, dia kata awal lagi. Sebenarnya kan dah janji dengan sepupu di Kelana Jaya, nak hantar baju kurung dia. Tu yang nak balik awal tu. Bila jam 2 petang, sekali hujan menderu-deru plak. Last2, pukul 4 petang baru saya dapat keluar. Tunggu taxi tepi jalan, nasib baik tak tunggu lama. Sampai PUTRA Wangsa Maju, saya terus beli Tiket ke Kelana Jaya. Sampai sana, sepupu ambil, terus hantar saya balik ke rumah sewa saya dan dia pun dapat ambil baju kurung dia. Sepanjang jalan hujan amatlah lebat.

Spoil yang seterusnya adalah, segala house chores saya terbengkalai. Dengan baju tak lipat bertambun atas katil. Rak buku setinggi 4 tingkat ni pun dah tak tersusun. Buku dah lintang-pukang. Record Book xm budak kelas saya pun tak siap lagi. Isk! Spoil. Spoil. [ni gara-gara makcik tak bagi balik la ni.kalo tak mmg saya nak langsaikan kerja-kerja saya]. But make it positif. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. This is universal law :D



[ruru, blog ko dah ditutup ke? kenapa? dah tak nak berblog ke?]

7 comments:

mama_Lieya said...

salam singgah..

apa kata jom masuk sini..

http://youthsays.com/go/dql

tchersally said...

Penat baca n3 kali ni Dayah weyyy..len kali kamu ke rumah Chor tu..standby kena tahan la ye..dan..satu lagi pegi rumah dia make sure underwear bawak skali!! kehkehkeh..

TEACHER OF SOMEONE said...

betul...setiap yang berlaku mesti ada sebabnyer ;-)

Alex Lacey said...

akak rasalah, itu dah masuk law of attraction tu Dayah hehehe...sbb masa spoil yg pertama tu Dayah dah fokus pada benda yg tak best, betul tak? (kalau salah tu mintak ampuuuun hehe)...that's why berturut dpt tak best tu...hmmm...next time, kalau first dapat tak best, kena tukar fokus...jangan fikir lebih-lebih pada yg tak best itewww....fikir yg menarik yg Dayah nak berlaku....hmmm...

Yasz said...

lor hang ade niat nk blnje aku ker aritu?hehe..takpe2 dayah..lain kali kite jumpe lagi, ko blanje lah..ahah..takyah la susah2 wei, nk jmp ko je pun..lama tak ber'goss'..hehe..wei ape name buku law of attraction yg ko bace tu?nak full name, author's name..rase2 cam nak try cari online..heeh..n nnt ko dah g seminar attraction tu, sile kasi feedback kat blog ek. nak blajar gak tips2

Chekgu BaniHassim said...

byknye spoiler dlm citer ko nih...
kene mandi bunge nih...
hehe

hayad said...

semua-semua,
thanx for the comment. tak sempat nk bls la, ehe. c u later in next posting :D

Followers