Suara

Adalah sesuatu yang wajib untuk seorang guru bercakap dengan kuat, terang, jelas dan kadangkala orang ingat seperti sedang marah. Suara adalah aset seorang guru. Bukan baju baru, bukan handbag baru dan bukan juga kasut baru untuk melaram di sekolah. Tapi SUARA. Tanpa suara punahlah P&P :p

Saya selalu ditafsir sebagai seorang yang garang apabila seseorang itu bercakap dengan saya menerusi telefon. Terutamanya lelaki. Mungkin mereka budget, perempuan mesti bercakap dengan penuh keayuan dan mendayu-dayu.

"Cikgu memang cakap garang macam ni eh?"

"Saya tau la awak cikgu, tapi jangan la garang sangat".

Hahaha. Mungkin nada saya tu je kedengaran seperti garang dan tegas. Ye la, ape-kejadah-nya saya nak cakap merdu, mendayu-dayu, lembut bagai. Lain la bercakap dengan buah-hati-pengarang-jantung. Mungkin akan jadi lain sikit, hahahaha!

Saya pernah keluar dengan adik ke satu kedai. Saya perlukan explanation tentang satu produk tu. Saya tanya la macam-macam. Siap adik cakap,

"Wei, kamu sekarang bukan dalam kelas".

"Oppps! Lupe!". Hehehe.

Cuba anda perhatikan, kalau cikgu-cikgu bercakap. Kat kedai makan tu, kalau semeja tu semua cikgu, siap la. Sebatu suara boleh dengar. Kalau di kaunter bank pun sama. Siap orang bank tu boleh tanya, "Cikgu kaaa?"

Lagi satu, saya bengkek giler bila pergi klinik. Bila nurse or pembantu klinik tu nak panggil nama patient. Contoh :

Pembantu klinik tu bukak pintu bilik doktor, dan panggil...

"Faridah..faridah.." [ Sila bayangkan nada suara si pemanggil yang penuh kelembutan dan mendayu-dayu. Sehingga kadang-kadang patient tu tak dengar pun nama dia dipanggil. Dah tu kalo kita tak dengar, siap kena marah lagi dengan nurse tu].

Saya nak je bangun, dan kata, " Faridah! Faridah! Sila masuk!". [dengan nada yang jelas, terang dan nyata serta cukup segala Idgham Ma'al Ghunnahnya]

Kalau masa nama dipanggil untuk ambil ubat pun sama. Alahai... lembut la giler. Saya kalau pergi ke klinik, kerajaan atau swasta, memang saya pasang telinga sangat-sangat. Sampaikan untuk leka bersembang pun saya tak berani. Rasa nak letak je corong besar pada cuping telinga ni supaya bunyi boleh dapat ditangkap dengan lebih banyak. Hehe.

Agaknya itu pasal la saya memang tak-kan-pernah-boleh menjadi doktor. Suara je dah buat patient takut kot, hehehe. Cuba tengok kalau doktor bercakap. Waduh waduh. Lembut ajerr. Sakit pun boleh jadi baik rasanya, hehehe.

Doktor tu takpe la cakap slow dan lembut. Tapi nurse yang memanggil nama patient tu boleh tak cakap kuat sikit. [aku tak dengar la wei!!!]

15 comments:

ruru said...

ko memg cikgu sejati..hihi
weh..xg pesta buku ke?

Alex Lacey said...

lecturer pun sama suara kena kuat dan jelas keekeke...

Nurse baru-baru ni semua dah lemah lembut....kalau nurse otai rasanya suara depa memang bak halilintar...esp. bab marah orang...satu hospital boleh dengar....ooopsss...jangan marah para misi ek...

hayad said...

ruru--> hehehe. guru sejati la sgt :p tak g pun. kang kalo g habeh lg duit aku. buku2 thn lps beli pun tak abeh baca lg :D

[weh! ko dah stop berblog ke?]

alex lacey--> aah. yg otai2 tu suara depa leh wat kita kecut perut jgk :p

Mazarina said...

hehhhee...sy masa bulan2 pertama posting, suara belum kuat lg..dh 2,3 bulan suara dah makin power.suara budak2 bukan stakat kuat, dah memang nyaring dia menjerit lak lgk.lagi la sakit hati.maka terpaksalah kite lbh nyaring dr die.yg tak suka marah, jd cikgu dgn automatiknya akan jd garang.tegas, bengis kadg2.hehehe..sek ren lagi la, nk disiplinkan bdk2 dr awal, memang kena marah2.kalo tak, berterabur habis, lari sana lari sini.lompat sana, terajang sini.

slalu org ckp x dpt bayang sy ngajar dlm kelas cam mana.tp kalo tgk, tau lah.hhahaaa...

tapi,rasanya dlm kelas elok la menjerit,ckp kuat2 sbb budak tk dgr. tp kalo dh pegi jln2, sembang ngan kawan buat per nak kuat2 dok? tgk situasi la.tp kalo nurse tu memang x patut la ckp lembut2 nak panggil org.yg tak patutnya bila ckp dgn pesakit, marah2.tu memang nak kena fire.

tchersally said...

kih..kih..ne Dayah ni..mmg kena batang idung smua insan bergelar guru/teacher..faham ke tak ni??..uiks..mcm dlm kelas la plak..

hayad said...

maza--> mmg la org tertanybuta2. sbb maza kan lembut je orgnya. ckp pun slow je. tetiba jd cikgu. ehe. tp bende ni otomatik. yg lembut pun leh jd singa bila dah jadi cikgu kan?

tchersally--> hehe, kena btg idung sendiri ek?

Kasawari said...

masa kat PD camping ari tu.. rasanya suara cikgu dayah ni lemah gemalai.. ombak di lauk pun lagi kuat he he

nik awin said...

dayah,
trademark kita memang suara.
akak ni ada kelebihan tersendiri.
kalau function apa2 (kecuali jd MC majlis besar2) akak jenis tak suka guna mic.
takut pecah speaker dgr suara akak nih.

kalo masa perhimpunan, jadi guru bertugas ke..mmg tak suka pakai mic.
sebab tu nak test power kita, nk tgk budak2 ni amik pot tak dgn apa yg kita nak sampaikan.

p/s:akak ni bekas cikgu disiplin thn lepas.
suara cikgu disiplin tak kuat, tak gempak la,kan?kan?

hayad said...

kasawari--> ala, tu br mula2 jumpe geng msjbox yg den tak biaso. mmg la malu2 kuceng :p suara pun mcm kuceng malu2 la, hehehe.

kak awin--> wah! suara akak mmg power la kalo gini ni.

TEACHER OF SOMEONE said...

suara tu aset berharga seorang guru...
saya setuju sgt tu...
hehehe

hayad said...

teacher of someone--> hehehe, cikgu2 semua mmg wajib setuju!

Chekgu BaniHassim said...

aku terkenal kat sekolah sbg cikgu yg kuat memekik...
aku suke...trademark aku tuh..!
huhu

hayad said...

chekgu BH--> hehe, ok la tu. ada trademark. seorang guru mmg bgs kalo ada trademark.

kakLuna said...

suara akak garang x dayah?tp org suka teka akak ni Cikgu. :P

hayad said...

kak luna--> ada ciri2 cikgu le tu, hehehe

Followers