Tak Tahu la Nak Letak Tajuk Apa

2 hari sudah saya tidak dapat berintenet. Hari Rabu saya bawa lap top ke sekolah. Bila dah sampai rumah baru perasan lap top tertinggal di sekolah. Cepat-cepat call Nora dan minta tolong dia bawa balikkan lap top saya tu. Tengok-tengok esoknya Nora lupe bawak. Hampeh!

Hari ni Nora bawak lap top saya. Itu pun setelah di sms di pagi-pagi hari. Itu pun nyaris lupa juga. Nasib baik saya membuat langkah bijak dengan meng-sms housemate Nora supaya mengingatkan Nora. Tak senang duduk saya lap top tiada di samping. Rasa macam ilang laki sekejap! Hahaha.

Gambar dicuri dari blog CJ

Sudah minggu ke-2 persekolahan. Alhamdulillah saya sudah dapat Butang Hijau. Tidak lagi berkira-kira untuk ke kelas. Dah dapat semula flow untuk mengajar. Minggu pertama masih blur-blur apa yang nak dibuat. Rasa seronok pulak mengajar kelas Form 1. Asalnya rasa tak suke dapat kelas Form 1. Tapi sekarang dah ok. Masuk kelas 1G mesti nak tergelak bila dengar CK, Ketua Kelas 1G beri salam. Ada nada. Cepat-cepat saya tutup mulut dengan tangan. Sebenarnya memang nak tergelak, hehehe. Ada juga kelas yang beri salam macam Upin Ipin. Macam-macam la diorang ni.

Saya suka telatah Hakim di kelas 1I. Suka mengenakan kawan-kawan dia. Dia naughty. Tapi naughty yang mencuit hati. Suka tanya saya macam-macam soalan. Nampak saya ada kotak pensil NIKE. Siap tanya ori ke tak ori. Berapa harga. Layankan aje laa...

Saya mengajar 3 kelas form 1. Masih belum dapat hafal nama pelajar-pelajar. Kadang-kadang saya tersalah sebut. Habis satu kelas gelak besar. Sabo je la. Ada yang bila ditanya siapa nama, disambut pulak oleh rakan yang lain dengan menyebut nama orang lain. Bila saya sebut nama tu, semua gelak. Memang la nakal. Bila dah banyak kali, saya pun naik angin. Saya tengking. Semua senyap. Hahaha! Padan muke!

Ada satu kelas tu, homework saya bagi ada beberapa orang yang tidak buat, buku tertinggal la, lupa fotostat la, lupe tampal la. Saya suruh berdiri, terus saya bagi 1st warning. Semua muka kecut. Hahahaha!

Pelajar Form 1, masih ada rasa gerun dengan guru. Cuba Form 5, haraaammmm. Kena la guna pendekatan lain pula pada Form 5 dan Form 4 ni. Kena buat mereka macam kawan. Jadikan geng. Tapi saya masih lagi tak dapat tackle satu group pelajar lelaki cina dan melayu yang sangatlah *&%$#@ perangai mereka. Kerja selalu tak siap. Dalam kelas suka sangat berjalan ke pintu. Buat-buat betul seluar. Jalan-jalan ke tempat kawan. Ganggu pelajar lain nak belajar. Sakit hati seh! Macam mana la saya nak tackle diorang ni? Huhu.

Semalam saya ke sekolah. Ada sedikit perubahan imej.

"Cikgu, baru balik Mekah ke?"

"Cikgu, cikgu nak pegi Mekah ke?"

"Cikgu, I like your tudung!"

"Wahhhh, lawanya cikgu arini"

"Cikgu! Macam orang nak pegi kawen".

"Cikgu, baru lepas nikah ke?"

Bila ke kantin...

"Dayah, meja pengantin kat sana yer?"

Hahahaha! Pulakk...

"Oi, Mak Aji!". Hahaha, dapat gelaran Mak Aji la pulak.

"Wei! Lawa tudung. Beli kat mana? Berapa?"

Sebenarnya takde la perubahan apa pun. Sekadar pakai tudung jenis selendang yang ada labuci-labuci. Memang la sebelum ni saya tak penah pakai. Sekali pakai nampak lain giler la kan... Paling suka seorang rakan sekerja kata saya nampak keibuan. Auuuuwww! Tak penah lagi ada yang menegur saya nampak riak keibuan. Hik hik hik! Terkesima saya dibuatnya, kekekeke.

Apa-apa pun minggu ke-2 ni saya rasa happy je bekerja. Tiada rasa tensen. Macam tu lah adat keje, ada minggunya rasa best jer. Ada minggunya rasa hampehhh. Tapi apa yang saya perhatikan, saya akan rasa best dan seronok pabila saya dapat menyampaikan pengajaran saya dengan sehabis baik. Rasa puas gile bile keluar dari kelas tu.

Ok lah, nak pegi mandi. Kejap lagi nak ke Mydin Selayang. Nak beli barang-barang kelas. Esok hari sekolah ganti seluruh Malaysia. Pagi ada P&P. Lepas rehat ada gotong-royong menceriakan kelas. Saya nak kerahkan askar-askar saya tu menghias kelas. Biar jadi juara keceriaan kelas! :)

8 comments:

Shah CJ said...

ok.. aku dpt bygkan keayuan awk dgn tudung selendang berlabuci tuh. :)

esok sklh aku juga sklh ganti. tp tadek p&p. kami buat merentas desa sambil makan2. hehe

hayad said...

CJ--> haha, terima kasih kerana dpt membayangkan :p

ooo, merentas desa kitorg lmbt lg rsnye

Ah Win said...

pembetulan;

tak semua bersekolah ganti esok
ada sekolah tak amik cuti berganti..takde cuti peristiwa juga..CNY cukup bercuti isnin selasa..

contoh; sekolah saya dan suami..sama2 tak amik cuti berganti 2 hari tu

izinni said...

nanti amik gambar bertudung ala2 keibuan tu yaaa .... nak gak tenung wajah dayah tu lama2. :D

snm | snm said...

nama cikgu sendiri dh melambangkan seorang yg lembut spt ibu2 :) i likeee!!

achik said...

nak tgk gambar pakai tudung labuci tuuuuuuu.. ;)

hayad said...

nik awin--> ooo, sekolah cikgu awin tak ganti ek? ok la tu

izinni--> eh, malu la saye, hahaha

snm--> saya seorang yg lembut? hehehe. macam tak je rasanya, hik hik

achik--> alaaa..maluuu laaa..wakakakaka!

Anonymous said...

keibuan..
muahaahahaha..
glamer ko ..
tu baru tudung labuci..nnt kalu tdg manik2 ala2 berkilauan..camne la gamaknya
hehe

Followers