Eksplorasi Siput

Cuti CNY saya habiskan dengan duduk di kampung jer. Hari Isnin memenuhi undangan makan-makan Uncle Teh di rumah dia. Hari-hari lain, ulang-alik ke Pekan Padang Rengas dan ke Bandar Kuala Kangsar pabila bosan melanda. Makan laksa Pak Ngah, ke kedai buku DBP mencari sukatan pelajaran yang dipesan rakan di sekolah, ke Pekan Sabtu membeli tudung. Habeh Rm250 untuk 6 helai tudung. Zaman sekarang tudung lagi mahal dari baju. Upah jahit baju pun mahal dari harga kain. Tidakkah itu hampeh namanya. Hurmmm...

Petang semalam Cik Na dan Pak Ngah datang. Pak Ngah memang rajin datang menjenguk kampung. Lepas tu Pak Ngah cakap kat sungai tengah banyak siput. Tiba-tiba rasa nak terjun sungai kutip siput. Segera la kami menukar pakaian basahan.

Jalan ke sungai ni dah semak. Kena la bersabar menunggu Pak Ngah mesin semak-samun yang bermaharajalela tu. Dulu laluan ke sungai sentiasa bersih tanpa semak pasal zaman saya kecik-kecik sungai masih berleluasa penggunaannya. Kami budak-budak ni pun memang hantu sungai! (Makcik aku dalam gambo ni lagi kurus dari aku. Adoi laaa!!!)


Setelah berhempas-pulas, kami dapat mengumpul sebaldi siput sedut. Heh, takde la sebaldi penuh. Senang cakap, seperiuk siput sedut lah. Awalnya saya dah fed up dan berputus asa. Asik tak dapat je sedangkan makcik dan adik saya asik dok dapat je. Lepas dah fed up tu apa lagi, lebih baik saya pi menyelam mandi.

"Kamu raba celah-celah ni. Kat tepi-tepi ni". Bagitau adik saya. Sambil tangan dia meraba-raba kat tepi-tepi sungai yang bertanah liat tu. Di balik-balik timbunan daun-daun dan batang-batang kayu tersadai.

Ok la, i give it a try! Saya pun cari port yang sesuai. Saya pun meraba-raba la di celah-celah timbunan kayu kat tepi-tepi tu. Sekali raba dapat. Dua kali raba dapat lagi. Tiga kali raba dapat jugak! Dan seterusnya raba dapat ajeee. Dekat 30 ekor siput sedut saya dapat hanya di tempat rabaan yang sama :D

"Wooo, best giler!" Kata saya.

"Haa, kan best. Baru tau nikmat meraba!"

Hahahahampeh! Zaman saya budak-budak dulu tak payah cari teruk macam ni pun. Memang banyak je siput kat tepi-tepi pasir tu. Sekarang ni siput dah makin pupus. Nak cari pun payah.

"Eh, dah pukul berapa ni? Pak Ngah keje malam ni. Kena balik nih".

"Ala, jap la Pak Ngah. Tengah best meraba ni, hahahaha!". Kata saya.



Tapi disebabkan jam pun dah pukul 5 lebih, kami pun berhenti la. Takpe, nanti bulan depan kita kutip lagi. Sebenarnya saya bukan makan pun siput sedut. Masa kecik-kecik dulu suka amat. Tapi dah besor ni tiba-tiba bertukar jadi geli. Tak lalu nak telan. Lagi pun dah tak reti nak sedut siput tu. Nasib baik la masa kecik dah puas makan, siput sedut masak lemak, ehe. Paling tak suka bila dapat yang betina, masa nak kunyah, tetiba rasa biji-biji banyak. Memang sah siput sedut tu tengah mengandung! Buwekkk!

Hari ni dah Khamis, saya balik KL semula hari ni. Terpaksa balik awal pasal yuran budak saya tak settle lagi. Budak dah bagi, tapi saya tak bagi pada kerani kewangan lagi. Kena bagi sebelum 31hb. Haha, padan muka saya. Sape suh tak bagi awal-awal!

Masa tunggu Pak Ngah mesin semak-samun tu, kami lepak-lepak sambil pandang ke atas. Nampak pokok nyor tu berayun-ayun kiri ke kanan ditiup angin.

"Dibah, best giler kalo aku dapat dok atas pokok nyor tu. Mesti syok dibuai-buai gitu".

"Giler kamu ni!"

Hehehehe... Best ape buat keje giler.







13 comments:

cikgu jawe said...

meraba dn diraba mmg best. hehe.. ok abaikan yg itu. :))

aku juga tak makan sgt siput sedut skrg. kecik2 mmg ada makan. tp bila dh besar rasa mcm kegelian pulak. huhu...

slmt balik ke KL dayah. sblm balik, cuba le panjat pokok nyior tuh puas2. kt KL tadek pokok setinggi tuh. hehe

tchersally said...

Salam,
fuhh..siput sedut..kalau d rumah ni..seperiuk tu sekali hadap je jawabnye..anak ngan bapak je le..maknye tukang masak je..ish ade kegelian di situ utk menyedut..
err.."miker" org Pdg Rengah ye..teman org Lubok Merebo(lubuk Merbau)..ini kalo bersorih ni..harus bau2 deroyan nih..

hayad said...

cikgu jawe--> ko pun geli ek? hehe. sm la kita. tak tau kenapa. tp mmg tak lalu.

tchersally--> haa..lg sorg geng, geli mkn siput sedut. leh tubuh club la kita ni. Aah, teman org pdg rengaih, kg pdg assam.

Lubok Merebo ek? ada gak sedara belah2 sana. arwah atok ada tanah kat situ. tp dah terbior. ada la tu bau2 bacang kita ni,ehe

Alex Lacey said...

akak tak reti nak makan siput sedut ni heheheh...hilang satu nikmat dunia tu kan? hahhaha...

Dayah, akak dah email dah...sori la lambat sikit...

disturbia said...

salam...

masih bercuti ek...
bestnya cari siput sedut tuh....

Chekgu BaniHassim said...

waa...
siput sedut...tangkap sendiri lak tuh...
selalu makan yg org tangkapkan ye...

seronokla dpt balik kpg...
maknenye tak lupe lagi la mak dan ayah di kampung...
KL ni ape la sgt kan??? :P

Pa'chik said...

lenguh weh makan shiput shedut nih....
sottt sootttt...

hayad said...

alex lacey--> haa, lg sorang geng. tak mkn siput sedut jugak :) nnt dayah tgk emel. thanx ek kak wan :)

disturbia--> aah, masih bercuti, tp skrg dah kt kl dah.

chekgu BH--> Ape? ko ingat aku lupekan kg ke? aku ttp budak kampung laaa. hehe

pa'chik--> hahaha, jg2 pa'chik, takut tersedut sekali gg palsu pa'chik, hahaha

Azhar Ahmad said...

Siput sedut masak lemak, sangat heaven di makan hokey!!!

"Haa, kan best. Baru tau nikmat meraba!"

Ada unsur2 tak elok disini... Ahahahah

hayad said...

azhar ahmad--> hahaha! jika dipikir tak elok, tak elok la jadinya :p

NedDy said...

wahhh...camne nk kutip siput tu??? erkk...best gak kan klu leh kutip siput tu...tak takut ek?

hayad said...

nedDy--> aiyak! saya ni org kg. dah biasa ngan sungai sumer. seluk je la tangan kat tepi2 sungai yang bertanah liat, kat celah2 kayu... mesti jumpe :)

Anonymous said...

aku mmg suka siput ni compare ngan siput belitung....tolong bg infor kat sungai sungai mana yang masih boleh di perolehi siput jenis ni pls...msg aku di pepohon2xxx@gmail.com

Followers