Wellness Analysis

Ahad lepas saya kan ke kelas Face Massage. Lepas tu kat situ boleh buat Personal Wellness Analysis.

Daripada analysis yang dibuat menggunakan satu alat di mana kita perlu berdiri di atasnya ( berdiri macam nak timbang berat badan tu). Lepas tu tangan pegang macam handle beskal tu). Tunggu beberapa saat, lepas tu diambil bacaan.

Dari bacaan tu boleh tau body fat, visceral fat level (VFAT), basal metabolic rate (BMR) dan body mass index (BMI).

BMI saya masih di dalam rate normal. VFAT saya juga normal. Tetapi body fat saya tinggi dan BMR saya rendah. BMR saya 1112 kcal. Normal BMR is 1200 calorie. The higher the BMR the better katanya. Katanya lagi metabolic saya rendah. Saya makan, tapi makanan saya tidak dibakar dengan sempurna, then ia jadi lemak, dan sebab itulah body fat saya tinggi.

5 bulan yang lepas saya ada membuat healthscreen. Sample darah saya diambil dan diuji di makmal. Dengan bayaran RM200, saya telah dapat profil lengkap tentang analisis kesihatan saya dengan menguji darah saya. Reference range bagi total cholestrol adalah kurang dari 5.7. Dan total cholestrol saya pada masa itu adalah 5.0 mmol/L dan masih di tahap dalam range. Cuma doktor menasihatkan saya supaya mengurangkannya lagi.

Metabolic rate saya juga masih di tahap yang bagus menurut doktor yang menerangkan pada saya keseluruhan hasil ujian darah itu. Saya tidak pasti sama ada alat yang seperti handle basikal itu accurate atau tidak. Tapi apa-apa pun saya pasti perlu melakukan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan saya. Becoz health is wealth!

Paling sedih my biologycal age menurut alat handle basikal tu adalah 32 tahun. Uwaaaa!!!! Ini tidak boleh jadi. Dato' yang buat ekspidisi Kutub Utara sorang-sorang tu biologycal age dia 25 tahun sedangkan umo dia dah 40+. Tapi accuratekah alat itu ek? Hehehe.

Paling sedih jugak berat badan saya memang dah naik! Memang! Itu memang dapat dirasai. Tu pasal, pakai kebaya pun sekarang ni dah rasa ketat semacam je, hahaha. Tapi as long as my BMI is normal, i think it's still ok. Kalau kurus sangat nanti tak huggable la pulak kan? Wakakakaka!

8 comments:

13may said...

takpa...camna pun takpa...

janji senang hati :D

Alex Lacey said...

hehehehe....tak percaya? (mcm dlm iklan)...
mahal gak ek nak dpt profil lengkap kesihatan tuh hmmmmm....tapi bagus sangat sebab Dayah prihatin dengan kesihatan Dayah....salute!!!

achik said...

akaknya biological age lagi la dayah.. 49.. huwaaaaa..

tak leh jadi ni, pasni kena lagi jaga kesihatan dalaman.. eceh, kunun la.. ;p

Hafiz said...

mahal juga tu nak dapat profil lengkap pasal kesihatan. result tu sure agak detail.

untuk kurangkan kolestrol, kenalah check makan makanan apa :)

bagus Dayah prihatin pasal kesihatan diri sendiri.

Chekgu BaniHassim said...

hahah...
ko kene blajar terima kenyataan...
jgn salahkan mesin tu...huhu

itu usia biological jee..
tp bulih diimprovekan...

jadi kene amik langkah untuk tingkatkan laa system badan ko...

ko kurus je kan, nk riso ape...

DeeN said...

Ya, betul, betul, betul.
Tak best gak kalu kurus2 neh. Er.. nak gak la buat ujian biological age tuh. Nak wat kat ner ek yg senang? ;D

snm said...

cikgu..lpsni tgk BMI je. x pun cikgu prektis turun naik tangga sekolah :)

hayad said...

13 may--> hehehe, insya allah :)

kak wan--> becoz health is wealth rite? :)

achik--> hahaha, ye ke? rs tak best je dgr umo tua2 ni kan? hik hik

hafiz--> sbb byk mkn kot,asik mkn je, tu psl kolestrol jd tinggi kot. senaman nye kurang :D

chekgu banihassim--> biasa la, pompuan ni sensitip sikit bab2 umo ni,hehhe

deen--> kt mn nak buat tu tak tau la deen. cuba tye doctor kt klinik yg berhampiran, ehe

snm--> ari2 dok panjat turun tanggan dek oi :)

Followers