Hafalan Solat Delisa


Delisa anak perempuan bermata hijau, bening, dan umurnya baru mencecah lima tahun. Dia hidup dalam keluarga yang sentiasa membuatnya tersenyum ceria. Dalam suasana keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakaknya.

Namun Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami datang melumatkan senyuman pada wajah Delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu apakah Delisa mampu tetap tersenyum seperti dahulu dan menyudahkan hafalannya?




__________
Habiburrahman El Shirazy memang tidak menghampakan pembacanya. Buku ini sangat best. Saya baca separuh semasa perjalanan balik ke kampung. Dan separuh lagi semasa perjalanan balik ke KL. Konon macam bagus la membaca dalam bas, hahaha. Podacit! Apa-apa pun tak rugi saya sambar buku ni semasa menemankan Cik Nurul ke kedai buku di Jalan Tar minggu lepas. Sudahlah buku ni terletak di bahagian atas rak yang paling tinggi. Terjengkot-jengkot saya nak mencapainya. Terpaksa la berkaki ballet seketika.

Peminat
Habiburrahman El Shirazy, sila dapatkan segera!



9 comments:

Abang Long said...

Sudah kumpul semua hasil karya Habib ?

Mana yang paling best ?

hayad said...

abang long--> sudah tentu AYAT-AYAT CINTA! Hehe

Mazarina said...

cube baca laskar pelangi pula.kutipan filemnya di indon katanya melebihi ayat2 cinta.

chekgu Bani Hassim said...

mmg ulat buku..
ulat buku2 dogeng..haha...
rajin jugak chekgu kimia membace ye??

DeeN said...

Ya, setuju dgn Mazarina. Hehe ..
Daku xpenah baca lagi karya Habiburrahman. :]

WRA said...

buku2 minda separa sedar tu yg tajuk mana ek yg Dayah baca? Akak sekarang pun tgh membaca yg PTS punya tu i.e. Kuasa MInda separa sedar....baru nak mula hehhehe...

tp sbb dah dpt tips camana nak touch FBS tu, lebih faham la apa yg dia ceritakan :D

hayad said...

maza--> itu lah, dgr cerita mcm tu jgk. nnt aku beli buku tu dan baca.

chekgu BH--> buku2 dongeng? oo oo u r totally wrong. karya Pak Habib is not buku-buku dongeng sembarangan. u better be careful with your words, haha

Deen--> cuba la baca Deen :)

Kak Wan Alex--> alaa..jelesnya kt akak.kenapa tak ajak saya pergi kursus tu...uwaaaaa!!!!

Anonymous said...

Tengok macam best, tahu memang best, tapi sayangnye kalau tengok buku tebal-tebal, agaknye bile boleh habis, kalau difilemkan bagus rasanya

hayad said...

muhammadkamal--> tak tebal sgt buku ni. sehari pun boleh habis rasanya,hehe. sy boleh filemkan. awak keluarkan budget.boleh? kekekeke

Followers